Sunday, March 31, 2013

Alhamdulillah

Alhamdullillah, selamat tiba di rumah sendiri pukul 2 petang tadi dari Kampong...

Cuaca di kampong (Kedah) sangat panas..Sampai rasa sakit kepala la pulak...

Tiada hujan langsung spt di KL ni...

Apapun, rasa bersyukur sebab dapat mengisi masa bersama dengan my parents, abang sekeluarga dan adik sempena majlis akad nikah adik...

Walaupun kakak-kakak tak dapat balik sekali di atas urusan yang tidak dapat dielakkan, namun kehadiran makcik-pakcik, adik-adik sepupu sangat dihargai...

Malam sebelum majlis akad nikah, sempat buat makan-makan bersama-sama adik-adik sepupu kat rumah...

Abang saya masak ayam panggang and kutiau goreng..Hm, sodap!


Gambar gelap sebab pakai enset cikai... :)

Alhamdulillah jugak, adik saya telah selamat menjadi seorang suami pada 30 Mac 2013..Ini kira penamat dalam keluraga...InsyaAllah, majlis sambut menantu akan dibuat awal bulan lima ni...

Anna Da Lady



Thursday, March 28, 2013

Balik kampong!


Yahoo!!!!....

Akhirnya setelah berbulan-bulan tak balik kampong, harini, petang InsyaAllah, saya diiringi Adik and sepupu akan balik bersama-sama...Memang seronok....

Tetapi yang sedihnya, Mr F tak dapat ikut balik bersama-sama sebab beliau ada tugas yang perlu diselesaikan pada minggu ni..Sukar untuk ambik cuti...Hmm, very sad :(

Cuma, dia cakap...

"Ayang...Balik kampong ni nanti, cakap berapa yang diperlukan. Abang sponsor!"

Hehehe....

Saya jawab...."Oh, Abang...You are the best husband in the world..Thank you, sayang!!!!"



Selingan gambar: Photo album ni adalah salah satu hadiah perkahwinan saya dulu, cuma belum digunakan lagi :)
And mungkin saya nak gunakan sebagai 'dummy' masa akad nikah adik saya Sabtu ni...

Sebab Tok kadi kat kampong kami nak tengok duit mas kahwin sebelum akad nikah. Padahal, Adik saya plan nak ganti dengan gelang dll.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah kami buat dummy dengan letak duit mas kahwin tu dalam album, buat sementara....

Anna Da Lady

Tuesday, March 26, 2013

Persiapan akad nikah adik II

Ni saya tangkap gambar ni, sebab Maksu saya minta saya tangkap gambar...Sebab dia nak cari bekas yang sesuai untuk di'match'kan dengan barang yang di bawah ni...

Esok, Maksu nak datang amik barang ni di ofis saya dan dia akan decorate benda bawah ni jadi satu benda yang indah daripada sekarang....

Barang ni Adik saya bagi masa Ahad lepas, sebelum beliau bertolak ke Kluang untuk kursus.

Hehehe..Kenapa bukan saya yang buat ye?

Sebab..............................................

Saya ni bukanlah orang yang berseni...

Masih saya ingat lagi waktu zaman saya nak bertunang dulu....

Konon-konon nak buat sendiri..Last-last, kakngah saya yang buat...Hehehehe...

Tapi, saya sangat jeles dengan mereka yang berseni ni..Camne ye, nak tambah skill ni?



Anna Da Lady

Friday, March 22, 2013

Persiapan akad nikah adik lelaki

Ok..Kita buat cerita macam budak sekolah rendah Tahap 1 ye :)

"Saya ada seorang adik. Nama adik saya Ijan. Pada cuti sekolah nanti, adik saya akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita pilihan hati. Saya sangat gembira untuknya..."

Ok..amacam? simple tak ayat di atas? huhuhu...

Ok, pasal entry ni, nak cerita sikit pasal persiapan ala kadar di pihak lelaki;

1) Alhamdulillah, kita tak payah kisah pasal nak buat makan-makan selepas sesi akad...Just pergi tengok adik kita berjabat tangan ngan tok kadi..Then, dah sah! sah! sah!...Maka, kita pun terus menuju ke rumah perngantin perempuan untuk 'melahap'..(ok, bahasa yang sangat kurang sopan..hehe)

2) Alhamdulillah lagi, rumah kita tak akan berselrak disebabkan sibuk dengan persiapan nak buat kenduri..Maka, satu kelegaan di situ :)

3) Tapi, menjadi satu tanggungjawab bakal pengantin lelaki, untuk menyediakan barang-barang terutama mas kahwin dan duit hantaran untuk pengantin perempuan..Ha...yang ini yang kena check...Adakah sudah cukup? Sudah siap dihias dan sebagainya...Maka, diaolog berikut berlaku di antar sorang kakak yang sangat manis, dan sorang adik yang sangat ohsem!

Akak: Adik, dah siap ke semua kelengkapan untuk majlis minggu depan? Pasal bekas nak letak cincin?

Adik: Hmm, tak pasti la..Kena tanya kat Fatty (bakal isteri)...

Akak: Hmm, kalau belum lagik, takpe nanti mai umah Acik hujung minggu ni, kita cari sama-sama...

Adik: Ok, thank you Acik!!!!!

Oh, satu kepuasan di situ, sebab dapat menjamu mata tengok barang pengantin sekali lagi....

Serius!!!! saya sangat suka 'bershopping' dan menjamu mata tengok kelengkapan dan persiapan untuk majlis prkahwinan..Rasa sangat hepi..dna rasa sangt geram, sebab waktu saya dulu, takdak semua ni...

Oh, best nyer!!!!!
Anna Da Lady

Thursday, March 21, 2013

Shine your way...menyerap dalam hati!

Ayat ini...


And there’s no time for us to waste,
Got to take a leap of faith,
And fly, fly away

Don’t have to walk,
Now you can run,
Nothing can get in your way

Oh, betul-betul bagi nasihat ni..

Shine, shine, shine....
Anna Da Lady

Monday, March 18, 2013

Selingan daripada entry sebelum ini


Kesinambungan daripada cerita sebelum ini....

Sekarang kena fokus kepada benda lain, maka, blog ini sekadar boleh diupdate sekali sekala,
Anna Da Lady

Tuesday, March 12, 2013

Secretary seduces her boss?

Eh, apa ni?

hehe...buat gempak je..takde apapun, sebenarnya...

Just sebagai 'intro' sebelum taip next entry...Ada kaitan dengan statement di atas...

Ok, till then,

Anna Da Lady

Sunday, March 10, 2013

Membuat lubang di meja III SIGNUM (IKEA)

Mari kita tengok gambo ni....


Mr F berusaha menebuk lubang pada meja study/ office menggunakan SIGNUM yang dibeli dari IKEA semalam dengan bantuan drill  Black & Decker ...

Inilah hasilnya selepas di drill


OK la kan?


Yang sebelah kanan tu, adalah scrap daripada meja kayu ni...

Anna Da Lady

Saturday, March 9, 2013

Akhirnya berjaya pergi ke IKEA Damansara III IKEA Family

Alhamdulillah, rasa seronok sebab akhirnya berjaya juga menjejak kaki di IKEA mendapatkan apa yang dicita-citakan...

Namun begitu, apa yang dilistkan pada awalnya bukanlah, hasil yang didapati akhirnya...And, bertambah-tambah bilangannya..Sabo je lah..

Tapi, bak kata orang, untuk menyedapkan hati, "takpe, bukan kita sorang je pakai, nanti ke anak cucu dapat tahan lagi..InsyaAllah..."

Kami pergi sana dengan motor kapcai je..Sebab dok fikir confirm ramai orang...Kul 9.30 pagi, dah bertolak..Dalam setengah jam kemudian, sampai @ IKEA.

Memang best sampai di awal pagi sebab orang tak ramai...Macam IKEA and kawasan sekitar kita yang punya :)

Sampai-sampai je, saya terus tuju kat kiosk untuk daftar kad IKEA Family..Namun begitu, saya terpaksa rujuk kat kaunter costumer service sebab saya tak boleh dapat kad baru disebabkan nombor telefon yang saya dah daftar sebelum ini, dah tak boleh guna...And, saya tak beli apa-apa barang mencecah RM200 semasa kad itu masih valid...

Jadi, saya apply kad baru yang expired date nya harini..Kena bayar RM 2..

Apapun, saya berpuas hati sebab akhirnya saya dapat jadi one of the family members dalam IKEA :) Sebab harini berjaya melebihi angka minimum yang dinyatakan dalam setahun :)

Jadi, apa barang yang dibeli tadi?

Macam yang saya cakap sebelum ni...Saya berjaya membeli study table, kerusi study, satu untuk saya, satu untuk Mr F, book shelf...

Tapi, sata benda yang betul-betul bukan dalam fikiran sebelum pergi IKEA tadi telah berjaya dibeli....Apa tu?

Katil MYDAL 2 tingkat....Hukhuk..Sabo je lah..

Lagipun, kami berdua n dah lama aim nak beli katil ni nak letak kat bilik belakang tu...Lagipun, kami berdua suka warna macam ni..Konsep kayu..Warna birch :)

And, alang-alang nak guna delivery services, belilah ni sekali..Harga promosi delivery: RM55/trip sehingga puluk 3pm...

Nilah katilnya....
MYDAL rangka katil 2 tkt, kayu pain Panjang: 196 sm Lebar: 99 sm Tinggi: 157 sm

Mula-mula, tertarik juga dngan design di bawah ni sebab dia lebih murah...And dia boleh tambah part di bawah ni untuk sorang lagi tidur...
Tapi, bila fikir2 balik, nampak katil berkayu ni lebih tahan....
TROMSÖ rangka katil 2 tkt Panjang: 198 sm Lebar: 98 sm Tinggi: 159 sm
TROMSÖ bawah katil Panjang: 187 sm Lebar: 95 sm Tinggi: 20 sm
Sumber: IKEA 

apapun, Alhamdulillah....dapat membeli apa yang diperlukan..Cuma, total damage tu agak 'menakutkan'' :)
Anna Da Lady

Bila adik bongsu meluahkan apa yang dia rasa terhadap kakak-kakaknya yang dah ada anak

Semalam, satu-satunya adik saya yang sekarang berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera di salah satu kem di KL telah telefon saya..Whats a surprised... :)

Happy sangat dapat bercakap dengan beliau, sebab saya dan dia agak rapat, sebab kami mempunyai gap hanya 3 tahun, manakala kakak-kakak and abang kami, dah 8-6 tahun tua daripada saya...

Pastu, satu soalan cepu emas daripada beliau;

Adik: Acik, bila nak ada anak sendiri?
Acik: Hehehe...Soalan tu pula, nantilah, kalau Allah kata nak beri, Acik terimalah...

Adik: Hm....Ijan rasa nanti kalau Acik ada anak, mesti Ijan rasa lain...
Acik: Sebab apa?

Adik: Sebab Ijan rasa nanti Acik lebih matured..macam Kakak and Angah...So, Ijan macam tak rasa macam dulu...
Acik: Aik? Acik rasa diaorang ok je..Takdaklah matured macam adik cakap tu....Kadang-kadang ada je perangai 'budak-budak' terlekat kat diaorang..Hehe

Adik: Tak..matured ni maksudnya..nampak lebih keibuan...
Acik: Hahahaha...lawaklah adik ni...Habis tu, waktu kami semua kahwin, apa yang adik rasa?

Adik: Hmm..ok je..cuma waktu kakak tu lah, Ijan rasa sedih sikit..tapi, la ni dah ok dah..hehe
Acik: Oh, biaslaah tu, Adik...Kalau Adik selalu bersama dengan diaorang, Adik akan rasa biasa je...Takpe, nanti bila adik ada masa, dont forget to stay overnight at their home, Ok...?

Hehe,
Anna Da Lady


Friday, March 8, 2013

Yakin dengan apa yang telah Allah aturkan

Tadi ada terbaca satu artikel pasal seorang pelajar, sudah kembali ke rahmatullah, tapi sempat ibunya membuat catatan sepanjang sebelum pemergian beliau....

Namun apa yang paling menyerap dalam hati ini ialah bagaimana beliau sentiasa yakin dan bersedia dengan apa yang Allah aturkan...

Hmm, yakin dengan Allah, percaya dengan Allah, InsyaAllah, hati tenang, kan? (sebenarnya ini sebagai semangat pada diri ini tatkala ada benda yang tak terduga terjadi)

Life is too short to regret, untuk rungsing-rungsing pasal hal dunia, kan? Chaiyok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anna Da Lady

Wednesday, March 6, 2013

Bila dapat emel dan message offer @IKEA...

Wah, nampaknya promosi besar-besaran, diskaun bertambah2 kat IKEA sudah bermula...

Sonoknya rasa, sebab tahun lepas , ada satu barang tu yang saya dan Mr F 'aim', memang diskaun sampai 50%, apa lagi, time tu, rembatla...Pernah cerita dalam ni, rasanya...Cuba check link ni....

Kali ni, kami dok 'aim' nak amik drawer, study table and kerusi study....Moga-moga adalah diskaun berlipat kali ganda pada items yang dinyatakan...

Macam nak kena serbu esok je...Hehe
Anna Da Lady

Tuesday, March 5, 2013

Pisang di kebun kami




Pisang kami yang berbuah buat kali pertama..Alhamdulillah...

Wahai pisang, mudah-mudahan awak dapat membesar dengan selamat ye!
Anna Da Lady

Monday, March 4, 2013

Mati syahid..Sebak terasa

Petikan dari artikel Kosmo ini

SEbak je rasa hati ini bila membaca artikel ini...Berat mata memandan, berat lagi bahu memikull...Moga allahyarham dan perwira-perwira negara lain yang terkorban ditempatkan di bawah rahmat Allah...

Koperal Salam ingin mati syahid - balu

04/03/2013 5:19pm

TAWAU — Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, kelmarin sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.
Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata, sejak tiga bulan lalu, Salam, 42, menzahirkan keinginannya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.
"Kalau ada siaran mengenai Palestin, dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.
Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu lalu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.
"Saya tanya dia kenapa. Dia kata ”Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat”. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada pukul 10.15 pagi tadi selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.
"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga,” katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2MZ3uYrSH 
Hakcipta terpelihara 

Bila semua pasukan pertahanan terpilih diminta stand by

Sejak minggu lepas, hati ini selalu berdebar2 sejak membaca berita terkini yang berlaku di Sabah...

Walaupun tiada saudara mara yang duduk berdekatan dengan kawasan krisis, tetapi hati ini tetap sedih dan menangis bila mengenangkan pemergian wira-wira negara dalam mempertahankan tanah air ini...Al-Fatihah untuk yang telah tiada...

Pada perwira lain yang masih segar dan bertenaga mempertahankan negara kita, sama-sama kita doakan semoga semuanya selamat dan moga negara ini dilindungi dan diberkati Allah hendaknya...

Juga, tak lupa penduduk2 yang selalu 'berjaga' dan 'alert' dengan keadaan sekitar walaupun mendiami di tempat sendiri...Hmm, tak dapat bayangkan camne bila benda ni berlaku di zaman milenium ini...

Selalu, tengok kat dalam berita (tu pun luar negara) and dalam filem...

Bila ingat pasukan pertahanan, terus teringat pakcik and adik yang berada dalam pasukan tentera...Semua kena standby jika dipanggil....

Apapun, moga seagalanya berakhir dengan tiada lagi pertumpahan darah dan aman makmur kembali...
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails