Ye...Saya ni bukan jenis orang yang suka main hon walaupun ada orang yang menyalahgunakan jalan raya dan anggap jalan raya dia yang punya.
Saya hanya suka main lampu tinggi sahaja, sebab saya rasa itu tak menyebabkan orang rasa terkejut dan nampak lebih sopan.
Dan saya akan 'tegur' Mr F jika dia menggunakan hon.
Namun, pada harini, tahap kesabaran saya sudah diuji dan buat kali ke2 kalau tak salah saya menggunakan hon.
Sebabnya:
1) Orang itu (seorang lelaki) memang jenis pentingkan diri. Potong que kami yang beratur panjang.
2) Celup sesuka hati dia dari awal saya tengok. Last2 dia potong depan saya dan potong secara mengejut. Tapi, saya memang dah ready n dah set mind dia nak masuk, cuma geram sangat, sampai memang kena bunyikan hon.
3) Saya taknak suami saya ternanti2 lama di rumah sebab saya dah lambat nak sampai umah, pastu kena tempuh jalan jem dengan pelbagai ragam manusia seperti beliau.
Tapi, waktu saya nak tekan hon tu tangan saya menggigil2, cuma kena buat jugak, sebab saya ingat kata Mr F dan kaum kerabat saya yang lain...Kata mereka....
"Bunyikan hon ni bukan nak tunjukkan kita samseng, tapi sebab nak bagi peringatan kat orang tu dia kita ada di sebelah dia, elak kemalangan and keduanya, nak bagi pengajaran kat orang tu supaya tak buat kat orang lain.Harap dia sedar"
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you