Sunday, May 20, 2012

200512: Bila Kelantan "Happy" menang lawan Sime Darby @Bukit Jalil...

Semalam..telah berlangsungnya perlawanan antara Sime Darby and Kelantan...Yeah, Kelantan menang!...Hmm, tetiba je tertengok bola semalam bersama Angah di minit hujung ke-50...Masa tu masih terikat seri 0-0...Taklama lepas tu, tetiba tersumbat gol..ntah waktu bila..Huhu...

Memang, semalam sekitar Stadium B.Jalil telah dipenuhi 'lautan merah'...Bayangkan peminat bola sepak ni berkumpul di Stadiumsejak pagi. Waktu saya pergi hantar Mr F di Masjid Sri Petaling, memang peminat Kelantan penuh dah kat satidum..Tengah relek-relek..sambil mengibarkan 'bendera' mereka :)

Jalan waktu tu, which is before Zuhur, agak lengang sikit..Nampak teratur lagi...

TAPI!!!!!......

Sekali lagi, saya terpaksa meredah lautan peminat bola pabila ter'paksa' mengambil Mr F di Masjid sekitar 11.30 malam. Waktu tu, memang rasa sonok tapi gerun jugak, sebab saya 'perempuan', dahtu sorang-sorang lak tu...Saya baca banyak2 ayat2 pelindung diri supaya tak jadi apa-apa...

Dengan jalan yang sangat sesak,
Dengan bunyi 'terompet' yang membingitkan telinga,
Dengan bunyi hon kereta,
Dengan bunyi sorakan 'horray'
Dengan orang-orang yang penuh melintas jalan ke arah kenderaan mereka yang parking agak jauh dari stadium.

Huh..Memang 'menakutkan'...

Tapi, Alhamdulillah,semuanya selamat dan satu pengalaman baru bagi saya melihat suasana di luar Stadium selepas perlawanan bola.
Anna Da Lady


2 comments:

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails