Wednesday, April 25, 2012

250412: Pencarian aircond sudah tamat...

Sempena hari gaji 'sedunia' harini (haha..khusus untuk orang macam saya dan Mr F), maka kami berdua telah sekali lagi meronda kedai elektrik untuk mendapatkan apa yang dihajati sekian lama :)

AIRCOND!!!

Mula terasa kena beli sebab cuaca yang semakin panas sejak dua menjak ni. Tapi harini rasa sejuk plak :) Haish...Manatau nanti jadi panas mcm haritu agi..Kang, dua-dua tak boleh tidor...Baik, pergi cari aircond sebelum masa panas tu datang balik.

Maka, seperti biasa, kami pergi jelajah puchong, right after kedua-duanya sampai ke rumah, which is before Maghrib.

Mula-mula tengok kat 'Kots'. Sebab haritu ternampak catalogue promosi dia kata 2 aircond yang bagus, bleh dapat less than 3k. Tapi, bila pergi tengok, dia kata dah tamat promosi tu :( Keciwa jugak. Tapi dia kata yang tu jenis type biasa. Ok.

Maka, kami terus melihat brand aircond yang memang kami dok 'aim' selama ni. SAMSUNG 1hp siri asv10pspn. Di "Kots", reganya OKla. tapi, melebihi sikit apa yang kami pernah dapat masa di kedai "OK" bulan lepas masa kami tinjau first time.

Maka, lepas je tengok kat "Kots", kami terus terjah "OK". Mula-mula sampai, kami terus tuju di tempat aircond, dan minta salesman tu quotekan harga aircond plus installation.

"Harganya X, bang..."

Aik, X tu sama dengan apa yang "Kots" tawar...Maka, Mr F memulakan langkahnya.

"Haritu, Mr J cakap bleh dapat mcm ni. Cuba try tanya balik.."

Hahaha..gelabah kawan tu..dia p check balik...OK!

Hahaha..tu strateginya..walaupun hanya berbeza beberapa ringgit, tapi penting tau!!!

Maka, alhamdulillah, berjaya mengurangkan duit gaji dengan pembelian aircond ini :)
Lepas t, pergi Sengheng plak, saja tengok barang di situ. Reganya lebih kurang dengan "Kots" tetapi dapat rebat..Tolak semua tu, lebih kurang macam "OK" la...ala, biarla..yang penting misi berjaya!

InsyaAllah, Jumaat ni akan dipasang, moga lebih 'aman' selepas ni :)
Anna Da Lady

1 comment:

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails