Saturday, April 28, 2012

280412: Kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui @ Jepun

Sekarang, tengah menonton Majalah 3. Sangat meanrik isu minggu ini. Penjanaan tenaga diperbaharui di Jepun, seperti tenaga elektrik daripada sisa sampah, biomass, isirong kelapa sawit daripada Malaysia selain daripada tenaga nuklear.

Ada juga ditunjukkan Tokyo Motor Show yang menunjukkan kereta-kereta keluaran jepun yang menggunakan tenaga elektrik aka hybrid car. Kalau Mitsubishi, derang letak MieV.

Sememangnya, Jepun sebagai negara Timur yang sangat membangun dengan pesat dari segala segi.

Contohnya, Kawasaki city terkenal sebagai bandar lestari di sana. Pusat pelupusan sampah di situ sangat sistematik.

Bayangkan, untuk menguruskan sisa-sisa sampah tersebut menggunakan sistem automasi yang pelbagai.

Kalau diiuktkan dari apa yang ditonton, sisa-sisa tersebut aka dibahagikan kepada yang 'boleh dibakar' dan 'tidak boleh dibakar'. Then, baru yang boleh dibakar akan dibakar dalam satu tempat khas.

Yang paling menarik, wap pembakaran tadi akan di trasferkan ke 'pendandang' or aka boiler. Then, akan bertukar kepada tenaga elektrik :)

Sememangnya, Malaysia masih bertatih untuk ke arah tersebut dengan penubuhan pelbagai pusat kitar semula menggunakan konsep 3R.

Jepun pun mampu membangun sebegitu dalam hal pelupusan sampah setelah 16 tahun.

Dan yang paling mearik, lori sampah di sana, sangatlah bersih. bersih dan bersih. Sangat kagum tengok.

Kita bila lagi,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails