Saturday, April 21, 2012

210412: Masih di rumah KAMI

Ye, sampai sekarang, saya dan Mr F masih berada di depan komp. memasing. Sorang belah kanan, sorang belah kiri...

Mr F tengah khusyuk membaca artikel di tenet tentang gadget semasa, teknologi semasa, dan game semasa. Itulah salah satu senarai fevret Mr F.

Saya pula baru nak bersenang lenang membuka blog untuk ditaip entry selepas berhempas pulas mengemas rumah yang dah 'serabai' setelah diignorekan sejak sekian lama :)

Baru tadi je lelap sebentar melepaskan penat and baru je mengadap breakfast kami berdua yang cukup simple dan instant!

Supa cendawan Campbell (perisa Ayam Keju dengan Crouton) dan air Teacino Vanilla untuk Mr F dan air nescafe bersusu untuk saya...Baru rasa segar sikit...

Tadi...

Saya: Abang, bila kita nak keluar ni?
Mr F: Taknakla. Abang nak duduk rumah.


Saya: aik, selalu dia yang ajak kita keluar.
Mr F: penatla harini.

Ok..kita tunggu petang2 satgi confirm kena keluarnya :)
Mana pernah duduk umah satu hari suntuk :)

Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails