Pada pukul 6.30 pagi, tetiba ketukan yang bertalu-talu berbunyi dari luar rumah...
Dan tetiba, Abang mengejutkan saya.....Katanya:
Abang: Acik, bangun...Tok dah tak ada...Tok dah tak ada Acik.
Saya: Tok tak ada? Tok tak ada? Betul ka Tok tak ada... :(
Abang: Ha, Acik...Paksu mai habaq tadi.Tok dah tak ada....
Dengan kelam kabut dan perasaan berserabut (tak tahu nak digambarkan), saya terus keluar dari kamar beradu, nak gi umah Tok or juga dikenali umah Cik. Saya berlari sehabis yang boleh menggunakan tenaga 'di pagi hari'....Sebelum tu, masa kat umah tadi Abang call sanak sedara yang lain berada di jauh. Ayah dan Maklong di Taiping, E, AbangLan, AbangLi...Cerita lebih lanjut jugak ada di sini.
Sesampai kat umah Tok, terus pergi ke tempat Tok selalu tido. Kelihatan Mama, Cu, Makcik, Mak teh di sekelilingnya. Saya tengok Tok, macam tak percaya je...Betul ke Tok meninggal ni? Macam tido je. Betul ke? Saya juga perasan Makteh bertanyakan perkara serupa pada sedara mara yang datang seperti Ustaz Halim, Tok belakang umah, Tok Wan Lah. Mereka yang datang awal ni sebab dapat tahu semasa selesai solat Subuh waktu tu di surau. Pakcik Dahalan bagitau depa.
Makteh: Betul ka Mak dah takdak ni. Cuba check tengok.
Ustaz Halim: Hm, kat na yang selalu orang check? Urat besar kan?
Makteh: Ha, urat besar. Dah check tadi tapi tak sure.Tu nak suh check sekali lagi tu.
Mama pula berkata...
Mama: Betoi kan kalu tarik sekali nafas tu tanda dah takde kan? Tadi lagu tu la..Mak tarik sekali je, terus..Tak pandang kiri kanan macam Bapak dulu...Dulu Bapak tengok keliling jugak.
Yang lain: Ha, yelah tu...Takpe kita tunggu Khamis dulu.
Mama: Eh, mana Abah ang ni, Acik? Tadi Khamis tak gi surau ka?
Yang lain: Takdak pulak.
Mama: Acik, Abah mana?
Saya: Satgi dia mai la
Mama: Awat lambat sangat ni...
Abah pun sampai...
Mama: Eh, Abah ni..pasal pa lambat sangat ni?
Makteh: Abang..cuba check tengok nadi mak tu..ada lagi ka tak?
Abah pun check. Dengan geleng kepalanya, dia kata "Takdak dah...."
Semua orang nampak sedih. Semakin ramai yang datang seperti Tok Cik Perempuan dll...Pastu, kami mula membersihkan arwah Tok sebelum orang lain dapat tengok. Bersihkan apa yang patut dulu. Ni first time saya dapat buat perkara seperti ni. Pada Tok pulak tu. Saya, Mama, Makcik dan Cu. Kami sama membersihkan apa yang boleh. Tukar cadar etc. Lepas tu sedara mara lelaki pulak ambil alih letakkan arwah Tok dalam kedudukan yang betul...
Lepas dah selesai semua, saya balik rumah menukar pakaian. Tapi, kepala ni still rasa lain macam. Hm, taktau nak cakap apa....
Al-Fatihah untuk arwah Tok, Siti Esah....
To be continue in the second part,
Anna Da Lady
Hello Anna, I was at Aidah's place about to check out noticed your interesting callsign and buat U turn busybody over.
ReplyDeleteI love your 5S. First time see that. Nice blog you have.
Regret bahasa saya sebelum Merdeka and have to comment in England, ha ha, kalau tidak if silap get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha.
You have a nice day and keep a song in your heart. Lee.