Tuesday, November 30, 2010

'Photogenic' ke 'Photogedik'?

Ooo...Ibu Chik cakap kat Izzah photogedik ye? Hehe...
Itulah yang dicakapkan oleh Kak Cha' bila tangkap gambar anak dia, Izzah...
Izzah ni bila pantang nampak kamera mesti terus tadah muka dia nak interprem...hehe

Tapi, ni saya tunjuk gambar anak buah saya yang sorang ni dulu..Raimi...
Yang ni memangla...Bila kita nak tangkap gambar dia waktu dia ada mood, memang senang..Just say "Senyum, Dik", terus dia senyum...


Walaupun cuba dihalang, tetap maintain senyum...  :)


Walaupun sebenarnya subjek utama abang dia, tetap dia nak senyum.. :)


Ok, nilah Izzah....
Tengokla...Izzah pun cuba nak senyum...


Ni baru bangun tido..Muka blur lagi..Apa la Ibu Chik buat ni ye?


Ooo..Ibu Chik tangkap gambar ye? Izzah sukala, Ibu Chik..Tangkapla lagi...
Ibu Chik pun cakap kat Izzah, "Izzah ni photogedik la..." :)


Satu lagi panggilan Ibu Chik,
Anna Da Lady

Satu kehilangan...

Ini sambungan dari cerita ini...

Tok selamat dikebumikan di sebelah kubur arwah Tok Wan...
Dah lama tak ziarah kawasan kubur ni...

Start daripada malam tu, Abah, Pakcik-pakcik, my sepupu lelaki bergilir2 tidur di kawasan itu...Tujuan untuk mengaji...Kiranya ni first experience la untuk kebanyakan my sepupu...Kami dirikan satu pangkin dekat area kubur tu..Then nanti orang yang datang mengaji boleh duduk atas tu...

Kami yang kat rumah ni, get ready untuk majlis kenduri...Tiga hari berturut2, then setiap malam Jumaat...
Bila semua dah berkumpul ni, macam2 cerita kita boleh dengar...Yelah, lama dah tak jumpak kan?

Yang saya paling terkejut, my akak sepupu dah selamat melahirkan anak lelaki lagi 2 minggu sebelum hari kejadian...Ingatkan lambat lagi..So, waktu hari kejadian tu dia still berpantang la...

My mom jugak luahkan pad kami, dia sangat rasa bersyukur sebab dia dapat tengok kedua2 ibu bapanya menghembuskan nafas terakhir di depannya...Dia rasa puas hati..Dapat jaga hingga ke nafas terakhir...

Kita camne?
Anna Da Lady

Monday, November 29, 2010

Raya 4=20 Nov=13 Zulhijjah 1431 Part 1 (Duka)

Pada pukul 6.30 pagi, tetiba ketukan yang bertalu-talu berbunyi dari luar rumah...
Dan tetiba, Abang mengejutkan saya.....Katanya:

Abang: Acik, bangun...Tok dah tak ada...Tok dah tak ada Acik.
Saya: Tok tak ada? Tok tak ada? Betul ka Tok tak ada... :(
Abang: Ha, Acik...Paksu mai habaq tadi.Tok dah tak ada....

Dengan kelam kabut dan perasaan berserabut (tak tahu nak digambarkan), saya terus keluar dari kamar beradu, nak gi umah Tok or juga dikenali umah Cik. Saya berlari sehabis yang boleh menggunakan tenaga 'di pagi hari'....Sebelum tu, masa kat umah tadi Abang call sanak sedara yang lain berada di jauh. Ayah dan Maklong di Taiping, E, AbangLan, AbangLi...Cerita lebih lanjut jugak ada di sini.

Sesampai kat umah Tok, terus pergi ke tempat Tok selalu tido. Kelihatan Mama, Cu, Makcik, Mak teh di sekelilingnya. Saya tengok Tok, macam tak percaya je...Betul ke Tok meninggal ni? Macam tido je. Betul ke? Saya juga perasan Makteh bertanyakan perkara serupa pada  sedara mara yang datang seperti Ustaz Halim, Tok belakang umah, Tok Wan Lah. Mereka yang datang awal ni sebab dapat tahu semasa selesai solat Subuh waktu tu di surau. Pakcik Dahalan bagitau depa.

Makteh: Betul ka Mak dah takdak ni. Cuba check tengok.
Ustaz Halim: Hm, kat na yang selalu orang check? Urat besar kan?
Makteh: Ha, urat besar. Dah check tadi tapi tak sure.Tu nak suh check sekali lagi tu. 

Mama pula berkata...

Mama: Betoi kan kalu tarik sekali nafas tu tanda dah takde kan? Tadi lagu tu la..Mak tarik sekali je, terus..Tak pandang kiri kanan macam Bapak dulu...Dulu Bapak tengok keliling jugak. 
Yang lain: Ha, yelah tu...Takpe kita tunggu Khamis dulu.

Mama: Eh, mana Abah ang ni, Acik? Tadi Khamis tak gi surau ka?
Yang lain: Takdak pulak.
Mama: Acik, Abah mana?
Saya: Satgi dia mai la
Mama: Awat lambat sangat ni...

Abah pun sampai...

Mama: Eh, Abah ni..pasal pa lambat sangat ni?
Makteh: Abang..cuba check tengok nadi mak tu..ada lagi ka tak?

Abah pun check. Dengan geleng kepalanya, dia kata "Takdak dah...."

Semua orang nampak sedih. Semakin ramai yang datang seperti Tok Cik Perempuan dll...Pastu, kami mula membersihkan arwah Tok sebelum orang lain dapat tengok. Bersihkan apa yang patut dulu. Ni first time saya dapat buat perkara seperti ni. Pada Tok pulak tu. Saya, Mama, Makcik dan Cu. Kami sama membersihkan apa yang boleh. Tukar cadar etc. Lepas tu sedara mara lelaki pulak ambil alih letakkan arwah Tok dalam kedudukan yang betul...

Lepas dah selesai semua, saya balik rumah menukar pakaian. Tapi, kepala ni still rasa lain macam. Hm, taktau nak cakap apa....

Al-Fatihah untuk arwah Tok, Siti Esah....

To be continue in the second part,
Anna Da Lady

Sunday, November 28, 2010

Suka dan duka cuti AildilAdha (Raya 1 ke 3)

Raya 1:

Pagi:
- As usual, solat sunat hari raya di Surau Kg Tanjong. Kami kat sini panggil surau as 'Lesah'..maybe singkatan untuk Madrasah kot. :)
- Dalam kul 11 pagi, lembu yang ditambat di belakang rumah siap untuk disembelih. Sepanjang tempoh penjgaan lembu ni dari tarikh dibeli sehingga hendak dijadikan korban, mcm2 berlaku. Lembu ni macam taknak makan je bila kita bg makan. Rupa2 nya tali dia terbelit sikit kat kaki. Abah tak perasan masa check mula2 tu. Kami semua dah risau dah..Mana boleh camni. Kurus je. Tapi, tak lama pastu, Mama yang perasan sebabnya...Apa lagi mulala mama panggil..Abah, Abah..Nai tengok lembu ni..Mah tak kuat nak pegang tali dia.satgi takur Mah yang dilarikan...Hehe (lawak betul dgn ayat Mama yang kat belakang tu)....

Tengahari-petang: 
- Pembahagian daging korban. Sebahagian untuk sedekah, dan sebahagian lagi untuk kenduri Aqiqah anak abang yang sulong, Siti Nur Kamalizzah.

Lewat petang-malam: 
- Persiapan buaian anak (Izzah)..Just letak bunga2 disekeliling buaian..simple je.Gambo nanti saya update ye.
- Susun pinggan mangkuk dan set buffet. Senang buat cara buffet ni.Tak renyah nak basuh pinggan byk2, jimat tenaga dan masa.
- Tido agak lewat jugak. Kemas dulu apa yang boleh.

Raya 2:

My BFF datang with his keluarga angkat and his fren. Datang dalam kul 12 till kul 2 lebih. My BFF said sedap lauk yang dijamu tu, terutama bab daging tu...Ish ish...

Raya 3:

- Pagi2 tu, Abang cakap...

Abang: KakCik, satgi petang kita gi tengok MakLang..Pastu, teman Abang gi Penang. Nak tambah stok..Lani Abang nak gi rumah Pakcik Kak Yah jap. Anak dia akad nikah pagi ni.
Saya: Ok.Kul bape kita nak gi?
Abang: Hm, kul 3 lebihla.
Saya: Ok, Kakcik nak gi makan kenduri dengan Mama kat umah MakLong Sarah jap.
Abang: Ok, Nnti tunggu kat umah.

- Pastu, sembang ngan Mama before gi kenduri...

Saya: Mama...ni kenduri apa? Korban jeke?
Mama: Kenduri khatan. Dengaq kata ramai. Berapa Abah?
Abah: Ada dalam 6 orang kot.
Mama: Alamak, kena pecah duit lagi ni. 6 orang..ramai tu. Acik ada.Kita share.
Saya: Aa, ada.
Mama: Kalau anak MakLong kita bagi lebih sikitla...

- Pastu terus memecut motor gi kenduri. Best naik moto kat kg ni.Tak susah2 nak pakai helmet..hehe...
Bila sampai je kat umah Mak Long Sarah, pergi straight tengok sape yang sunatnya...

Saya: Eh, Ma..sapa yang sunat ni?
Mama: Tulah..Aik, pasal pa anak maklong ni tak pakai kain ni..Sunat ke tak?
Anak Maklong: Aa, sunat..
Mama: Aih..tak bleh camni...dah gi pakai kain...pakai seluaq plak..nnti org lain dah sembuh, dia yang lmbat lega..dah..dah..baring...ish, jangan lasak la...
Saya: Anak makngah, ok je..bagus budak ni....

- Dalam kul 3.30 petang, bertolakla saya dengan Abang, Kak Ca' and Izzah gi lawat MakLang kat Sepital Aloq Setar. MakLang tak berapa sihat.Dah lebih seminggu dia dok hospital.Kesian dia. Bbrp bulan yang lepas, dah kena masuk jugak sepital.Antibodi dia lemah sikit. Tapi, skang Alhamdulillah dah OK.

- Pastu, bertolak ke Penang..Alhamdulillah, Izzah ok je sepanjang perjalanan tu. Tapi, saya memang agak penat sepanjang perjalanan tu. Maybe penat kenduri haritu tak hilang lagi kot. Sampai2 umah dalam kul 11 lebih, terus masuk tido. Penat sangat. Waktu balik tu, Abah tak de kat umah lagi...Mama as usual, tido kat umah Tok aka Umah Makcik jugak, jaga Tok yang uzur di situ...

Sambung lagi,
Anna Da Lady




Saturday, November 27, 2010

Suka dan duka cuti AildilAdha (Before raya di kampong)

Pagi tu sesampai je kat umah, mama dah ada kat umah, siapkan sarapan...
Kami pun sarapan la dulu..Adik sambung tido...
Takpe, biarkan dia..Penat kot, terjaga tunggu saya..
Pastu sembang2 la ngan mama..

Saya: Mama, barang2 tuk kenduri esok dah ada semua ka?
Mama: Aa, mama dah beli kelmarin..

Pastu, terus gi tengok Tok yang terlantar sakit tua...
Terkejut tengok Tok..Tok dah kurus...Dulu last time balik, muka dia adala isi jugak..
Kali ni...hmm, tengkuk dia dah panjang nmpak..kesian Tok...
Sembang ngan Naemah, adik sepupu..dia balik awal lagi ngan Adik dia Nasyirah...

Saya: Imah, tok dah kuruslah Imah..Last time Kak Ana balik, takdela macam ni...
Naemah: Tula...Tok tak makan dah lani...minum ayaq pun sikit2..pastu tersedak...
Saya: Hm....Weh, esok masa nak semayang raya, jangan lupa ajak Kak Ana tau...
Naemah: Ok...

Pastu bila sampai umah, lipat kain dulu, tetiba nampak mama, gayanya macam nak bersiap2 gi pekan..

Saya: Mama...nak gi Kuala Nerang ke?
Mama: Aa, nak beli barang...
Saya: Aik tadi kata semua dah beli...Apa lagi yang tak cukup...
Mama: Beras..Gi Kedai Pak Ki..dia kata smpai harini...
Saya: Mama gi ngan sape?
Mama: Sorangla...Acik nak ikut ke? Kalu nak ikut, cepatla lipat baju tu...
Saya: Ok...

Saya memang suka keluar jalan2,
Anna Da Lady

Friday, November 26, 2010

Suka dan duka cuti AildilAdha (Before raya di Shahab Perdana)

Saya balik ke Kampong Pedu hari Isnin malam.
Malam tu before bertolak ngan bas (saya ada driver tau..hehe)...
 msg abang...tanya dia..sape nak mai amik kakcik esok pagi...
dia kata adik mai amik..
terkejut jugak, adik dah ada kat kampong?...ingatkan dia tak jadi balik, sbb dia kata ada exam after raya...
ok...sonokla jugak...ada jugak tambah ahli kat umah nnti..takla sunyi :)

pastu bila dah dekat nak sampai...msg adik...dalam kul 4am gitu...

Saya: Adik...acik dah nak dekat sampai ni..lani kat sungai petani kot...
Adik: Ang nila, Acik..pasal pe la amik bas 'awal' sangat...
Saya: Macammana tak sampai 'awal', I have a lot of works to finish before kelik kampong...

Sesampai je kat Shahab, call Adik...

Saya: Adik, kat mana ni?
Adik: Kat umah lagi..Jap, nak gerak Abah teman jap...Ang lepak dulu kat sana...

Hmm...nampaknya sejam lebih lagila kena tunggu ni....
Takpe, tunggu dekat surau dulu, solat Subuh...
But, waktu tak masuk lagi....Takpela, lepak kat kerusi ni dulula...

Tiba-tiba, datang sorang makcik...

Makcik: Boleh duduk, nak? (sambil senyum)
Saya: Boleh..Dudukla...Makcik tunggu sapa ni? Anak ke?
Makcik: Aa, anak...dari Shah Alam..
Saya: O...
Makcik: Makcik ada 2 orang anak dok kat sana, sorang sampai pagi ni..sorang sampai malam satgi...
Saya: Lor, camtu plak...kira lagi sorang tu sampai malam raya la ye..
Makcik: Aa...
Saya: Makcik dok kat mana?
Makcik: Dok dekat2 sini jugak...
Saya: Umah makcik tak naik air ke?
Makcik: Tak, tapi karen takde..so, makcik kena pindah jugakla...dok umah abang makcik...
Saya: Okla..tidak jenuh jugak nak kemas umah kan, makcik?
Makcik: Aa, tula...
Saya: Makcik masuk Subuh kul bape ye kat sini? 
Makcik: Nak masuk dah ni rasanya...
Saya: Okla, makcik..saya nak solat dulu ni...Selamat Hari Raya Haji makcik...
Makcik: Ok..(sambil salam)

Pastu naik atas gi surau...
Alamak, kain nak semayang takdela...kena la pinjam dari sesapa ni...
Tula, Kam..tak bawa lagi kain semayang...Ish Ish...(cakap dalam hati)

Lepas dah solat semua, gi tunggu kat depan...
Abah n Adik mai dalam kul 7 lebih jugak...Takpe, biar lambat asal selamat...

To be continue,
Anna Da Lady

Suka dan duka cuti AildilAdha

Macam-macam perkara berlaku sekembalinya saya ke kampong haritu....
Tapi, rasa malas pulak nak menaip skang, sebab ada sebahagian gambar tak ditransfer lagi..
So, jawapannya.....



To be continue,
Anna Da Lady

Monday, November 15, 2010

Semalam dan today...

Yesterday, last day exam...menandakan hanya tinggal projek je untuk dibentangkan....
Rasa kejap je masa berlalu...Rasa 1 setengah tahun tu tak rasa apa...
Bak kata Nurul, "Hm...rasa kejap je kan kita kat sini?"

Semalam, lepas abis exam je terus pergi Shah Alam, umah angah anto barang bawak balik kampong....
Takkan nak usung naik bas pulak kan? Banyak tu...

Tapi sementara sampai umah dia tu, pergi Tesco dulu...Alasannya, isi masa lapang dan isi perut sementara tunggu Angah balik dari Genting...OO....Pergi Genting, tak habaq ye...
As usual, isi perut kat Pak Hailam Kopitiam..Kalau pergi sini mesti makan kat sini...
Ntah pasal pa..Maybe sebab servis dia agak cepat sikit kot...

Pastu pusing2, tengok2 apa yang ada...
Maghrib kat situ...Pastu msg Angah...

Acik: Angah, dah sampai umah ke?
Angah: Belum lagi. Around 8pm kot.

Huwaa...dah tak larat ni pusing kat Tesco...Hmm, alamat kena pergi Giant la plak...
So, keluar je dari Tesco terus gi Giant...Hujan rintik2 waktu tu...

Pastu around 8lbh, sampai ke umah Angah...

Angah: Gi mana tadi?Tesco ke Giant?
Acik: Dua-dua..weh, tak larat oo..sakit kaki ni berjalan, tunggu Angah balik..
Angah: Hehe.. :)

Harini...

Pagi-pagi, struggle siapkan tesis after terima draft daripada Dr a few week ago...Memang plan nak edit after exam dan nak hantar harini...Sambil tu jaga anak buah, 2 orang, Nadya and Danis..Nurseri diaorang cuti jap..Huh...Jenuh jugak..Sambil tu dok fikir...hmmm, macam nila kot ye mak2 yang ada anak2 kecik yang rapat2 tu..hehe...Tapi, memang rasa terhibur je tengok gelagat 2 beradik ni...Hehe

After struggle siapkan tesis and 'struggle' jaga anak (hehe), Alhamdulillah, tadi 3pm dapat jugak hantar ke opis fakulti...Akhirnya..Tapi, berdebar2 plak tunggu presentation nanti..Memang yang tula yang paling gerun ketika ni...Nnti adala orang tu, siap masuk dalam mimpi sebab takut sangat..huhu....

Skang, dok kat umah Akak plak, nak ambil barang...sementara tunggu dia balik ambil Along, layan anak buah jap, Raimi..huhu...Petah cakap budak ni..Tak 'larat' plak nak melayan cakap..Huhu...Pastu, ada plak anak ni tutup laptop ni...Nasib baikla ayat ni save as draft...Hehe..Tapi best layan anak yang petah cakap ni..Hiburkan hati.. :)

I love my anak buah,
Anna Da Lady

Thursday, November 11, 2010

Zaman sekolah rendah...

Harini keputusan bebudak UPSR dah keluar kan?Hehe...Saya ada sorang sepupu yang ambil UPSR tahun ni...Taktaula camne...

Teringat lagi zaman sekolah rendah dulu...Dari darjah satu smpai darjah dua, belajar kat SK Kg Salang, Perlis...Pergi sekolah tu sebab ikut my mom..senang nak gi sekolah..balik sekolah....
Pastu, my mom kena tukaq pulak sekolah gi SK Kayang, Perlis...So, saya plak bertukarla ke SK Sri Indra (antara kawasan yang kena 'bah' minggu lepas) sebab sekolah ni antara yang terbaik di Perlis pada zaman tu...Adik saya pulak yang ikut my mom gi sekolah tu dari darjah satu sampai sekerat darjah dua kalau tak salah...

Dulu, kalau pergi sekolah, dari darjah 5-6 kalau tak salah, ada sepasang suami isteri ni akan mai dan hantar balik saya dan rakan2 lain...semua dari sekolah yang sama...so, bertambahla kenalan ketika tu...kiranya kami ni naik satu kereta...
Kadang2, my mom or my dad pergi amik saya ikut sapa yang guna Van waktu tu, jika pakcik makcik ni tak dapat nak berkhidmat..waktu tu pakai Van...hehe..sebab family ramai..5 beradik....
Waktu saya mula2 masuk darjah 3 kat SKSI, my abang sepupu juga sekolah yang sama, darjah 6...kiranya ada gengla...so, rasa secure la sikit...Dulu masuk kat Darjah 3 Mulia kalau tak salah, 4 Berkat, 5?hmm..tak ingat...6 Harmoni....hehe...
Pastu kalau ada kelas sebelah petang atau sukan, saya akan mengayuh basikal dari Taman saya ke sekolah dengan kawan sepermainan, Yanti...Makan masa 10 minit jugakla..tupun ikut shortcut..hehe...

Dulu-dulukan, ada perkhidmatan gigi kat sekolah..dalam kitaran sebulan sekali kot...so, dulu masa kalau nmpak report klinik gigi je dihantar masuk kelas, semua orang akan meremang bulu.takut nama dipanggil..huhu...dan akan ada orang yang akan buat reason yang 'funny'..contohnya..."Mak saya tak bagila".....Termasuklah saya...HAHHAHAHAHHA....

Pastu dulu zaman sekolah, my mom jaga bahagian RMT...so, akan ada lebihan susu kotak dan dia akan bawa balik ke rumah..memang best....SODAP...hehe....
Pastu, my mom juga akan jadi antara wakil beli barang makanan untuk sukaneka sekolah..so, dia akan selalu beli aiskrim kat satu kedai kat Kangar ni..Taktaula sekarang ada lagi ke tak..Kadang2 kami dapat free aiskrim Walls Neoplitan tu satu kotak..hehe..BESTNYA..... 

Saya jugak jadi wakil KOIR masa ISO9000 mula2 diperkenalkan untuk sekolah...saya pun heran macammana la boleh tercalon...hahaha..maybe sebab waktu kena test 'nyanyi' masa kelas Muzik tu saya nyanyi sedap kot...Lagu Erin Malik, babe...hehe....Apa ye tajuk dia...lupa plak....
Kami JV dengan SM Syed Hassan, jiran kami...kiranya gabungan junior and seniorla...
Antara lagu2 yang kami nyanyi; LAGU ISO, wonderful world dan lagi satu tak ingat ape..Waktu tu Dato' Najib jadi Menteri Pelajaran...so, beliau and isterinya datang melawat kami sewaktu perasmian tu....

Tapi, apa yang paling menggembirakan bagi pelajar sekolah rendah adalah waktu selepas selesai UPSR...hahaha...Dan yang paling meresahkan, waktu nak dapat keputusan UPSR...hahaha...

Teringat kekawan lama,
Anna Da Lady


Contest Berapa Nilai KAMI??


Jom join...Firstly, sori, Ibu Imaan..haritu tak dapat join masa Contest Imaan setahun..sangat bz...
nipun walau dalam musim exam, tetap luangkan masa untuk teka bernda ni...Acik Kam teka macam ni ye, Imaan...

1) beg: RM 25
2) sticker: RM10

Kalau Acik Kam, nak benda tu free je...taknak bayar...hehe....lawak je..jangan marah.. :)

Sayang Imaan,
Anna Da Lady

Saturday, November 6, 2010

Do nothing is one of the solution...

Ada seorang lecturer berkongsi...
Jika berlaku apa-apa, kita perlu response to it...But, sometime, DO NOTHING is one of the solution.
Just wait and see what happened. But, ia tidak digalakkan...

Jika kita dalam bisnes, for example....we must be a risk-taker...so that, baru kita boleh maju...Go ahead with our plan, but the most important thing, we must prepare with alternative plan if the first plan, fail...

In our life, decision making process, happened everytime...
Waktu kita nak bangun nak tido pun, nak tentukan samada kita nak bangun tido pun dah satu proses buat keputusan...

Pendek kata, hidup ni setiap masa ada je kita nak putuskan, walaupun ia sekecik-kecik perkara. Tapi dari yang kecik tulah ia jadi besar...

Nak start menulis blog ni pun satu keputusan,
Anna Da Lady

Friday, November 5, 2010

Awning tudung VS awning rumah

Tetiba terpikir benda ni...selama ni dok sebut je awning..awning...terlupa plak, ada 2 benda yang berbeza menggunakan pangkal kata yang sama...

1) Awning tudung

Kalau cakap pasal awning tudung ni, saya sangat suka pakai tudung yang ada awning ni..sebab ia lebih mudah, cepat dan tak renyah2 nak kelepekla. 
Pendek kata memang sesuai la dgn saya yang segalanya nak mudah ni... :)


2) Awning rumah



Style 1:
Saya suka macam ni..ala2 style pagoda gitu (yeke, saya sebut ni..hehe)...nampak sangat UNIK (saya suka sangat dengan benda yang UNIK dan guna perkataan UNIK ni)...nampak sangat kreatif...dengan padanan rekaan moden dan tradisional...Sangat cantik...lagi satu, awning style gini, buat laman umah nmpak cerah sikit..takdela gelap jekan?

Source: Google Image

Style 2: 
Kurang berminat dengan style gini. Sebab ia membuatkan laman rumah nampak gelap...Tapi, rasanya style gini lebih ekonomi kan?

Source: Google Image

Style 3:
 Awning jenis gelembung. Yang ni pun saya suka. Sebab ia bleh menampakkan rumah tu cerah dan luas....

Pendek kata, saya sangat suka awning yang transparent, takde ter'katup'-'katup' tu...yang penting, cahaya boleh menembusi, cerah sikit....

Sekian,
Anna Da Lady

Thursday, November 4, 2010

Bila kepala berserabut...

Apa yang orang lain buat ye bila kepala ni berserabut?Hmmmm...

Kekadang kita cuba nak elak perkara yang menyerabutkan kita ni...
But, benda yang serabut tu tetap nak serabutkan kepala kita ni...Macam mana ye nak buat...
Kalau kita cuba tak nak fikir, nanti bila dah dekat2 due nya, mesti lagi sakit kepala kan?

Saya pernah terbaca satu blog ni..tak pasti plak kat mana...
Kalau kita dok asyik risau pasal sesuatu, for example penyakit kita dan penyakit yang bukan lagi terjadi kepada diri kita, kita ni sebenarnya menghindarkan kita daripada njoy our life...

So, apa yang penting..selagi kita bernyawa, isikanlah masa kita dengan perkara-perkara yang menggembirakan diri kita di samping jaga amalan kita...

Be cool,
Anna Da Lady

Nostalgia air 'bah' di Kedah dan di Perlis...

Bah adalah banjir..banjir adalah bah..hehe...
kat mana2 kalau kita baca paper ke, tonton TV ke mesti dgr pasal banjir ni kan, terutama kat negeri Utara nun...

Hmm, cakap pasal bah kat Perlis ni, dulu masa kecik2 sampaila Form 5, saya dok kat Taman Ira, Kangar ni...
Ingatla lagi..pada zaman 90an tu, adalah sekali tu banjir..teruk gakla..sampai pekan Kangar pun banjir gak..cuma Taman kami je tak di naiki air waktu tu...
kira beruntungla...rasa macam dok kat kawasan tinggi pulak..hehehe...
kalau tengok dari luar kawasan taman, dengan jalan raya besar dinaiki air..memang macam nampak pulau la..
.tula, bila baca paper pasal banjir di Perlis seluruh Arau and Kangar lumpuh, teringat plak citer ni...tapi, maybe Taman tu air dah naik kot..sebab lani tak macam dulu..kalau dulu, sebahagian dari keliling kami ada sawah padi....tapi, lani dah ada tapak perumahan yang agak baru kat situ..memang berbeza keadaannya....

Cakap pasal kat Kedah pulak, kampung saya kat Pedu tak pernah lagi dinaiki air takat nila..Hanya beberapa kampong sebelum masuk kampong saya ni je selalu banjir..
Contohnya, Kampung Jelutong, Barokhas..huh..yang ni memang kawasan rendah..kalau dah abis banjir, blehla tengok kesan2 lumpur kat kebun2 tu..lumpur je...Tapi, selalunya nak masuk kampong kami ni bnyak jalan alternatif.
.Hanya orang yang tahu je, bleh selamat sampai ke kampong ni..hehe..
.kat Pekan Kuala Nerang nun, memang banjir jugakla, a few years ago..maybe tahun ni pun banjir jugakla...sampai umah kawan saya kat pekan nun pun kena naik sekali..nasib nasib...

Pastu, banyakla jugak nostalgia banjir kat Kedah ni...
Satu, dulu masa family saya dok kat Perlis, kami selalu balik kampong setiap hujung minggu..Dari Kangar nak sampai Pedu ni adalah dalam 1 jam setengah ikut jalan kampong..Saya ni agak kurang gemar sikit balik kampong selalu..hehe..sebab saya suka dok kat pekan dari dok kat kampong..hukhuk..Ada ke gitu??

So, ada sekali tu balik, my parents tak la plak tnya kat orang kampong camne keadaan kat kampong tika tu..Tapi, waktu tu memang musim banjirla...tapi takdela teruk mana, macam skang ni...
Pastu, bila dah smpai kat Kuala Nerang, nampak ok je lagi pekannya..takde kesan air ke ape ke..pastu okla...tapi, bila sampai kat jalan nak dekat Kampong Jelutong, Barokhas tu, FUHHHH....banjirla plak...
Saya dlam hati sukala.."Yeye..tak jadi balik kampong"...

But, sukaku hanya seketika...

My mom said to my dad.."Hmm, ada jalan lain ni..jom kita gi guna jalan lagi satu kat atas nun.."
"Alamak"..sedihla balik..hehe...

Then, bila dah smpai jalan yang dikatakan, at first OKLa....tapi, bila dah masuk sebahagian perjalanan...Alamak, banjirla plak..hukhuk..

Dengan hati yang kecewa (saya tak ye, orang lain la..hehe), kami pun berpatah balik ke Perlis..hehehe...
Pastu, bila dah setengah jalan nak dekat sampai Perlis, my mom call my tok, cakap...
"Mak, tak boleh balikla...Jalan semua naik ayaq"..Pastu...
My Tok said.."Awat tak try jalan lagi satu?Jalan tu bla bla...."
"Ala, lupa plak jalan tu.."

Nota kaki: Ini menunjukkan kita kena rajin lagi explore jalan..hehe

Thats it...
Anna Da Lady

Tuesday, November 2, 2010

Pabila asyik tengok isi yang sama je....

Bak kata Mama Kaseh, nak update jugak, walaupun tengok sibuk ngan keje ni..Tapi saya bukan kejela..sibuk ngan exam ni...
Macam2 dlm kepala yang tgh fikir..pasal subjek itula..inilah..pasal raya hajila...hmmm...
Tapi, apapun, utamakan yang utama kan?
Thanks for my sis...Tolong kurangkan satu benda dalam senarai....

Chaiyok,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails