Thursday, September 2, 2010

Isu halal...Tolonglah jangan main-main

Apala nak jadi ni? Semata-mata nak kaut untung, anda sanggup menggunakan taktik 'halal' w/pun pengesahan nya belum dinyatakan etc.? Tolongla sedar.

KUALA LUMPUR: Bukan saja menawarkan minuman keras dan juadah lain seperti ayam dan itik yang diragui statusnya, malah beberapa premis dengan selamba memaparkan pelekat logo halal dipercayai tanpa sijil yang tidak diiktiraf.
Kejadian itu dikesan selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di medan selera sebuah kompleks beli-belah terkemuka dan bertaraf enam bintang di Bukit Bintang, kira-kira jam 3 petang semalam.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan terutama pelancong dari Timur Tengah berhubung status hidangan yang disajikan di medan selera terbabit.

“Hasil siasatan Unit Syariah PPIM, kebanyakan premis makanan di medan selera itu menggunakan sijil halal yang dikeluarkan sebuah syarikat swasta.

“Ini dikesan menerusi penggunaan logo yang tertera dan syarikat terbabit sebahagian daripada enam syarikat yang ditolak Majlis Agama Islam Negeri berhubung kesahihan sijil halal keluarannya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pemantauan Dan Penguat Kuasa Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata tiada sebarang permohonan diterima daripada pihak pengurusan medan selera itu berhubung sijil halal.

“Kami akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan sekiranya menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sijil dan status premis halal.

“Bagaimanapun, hal itu dikesan tidak berlaku di sini dan rata-rata premis yang diperiksa menggunakan logo halal tidak diiktiraf,” katanya.

Sumber: HMetro

Ingatlah, semua makanan dan rezeki yang kita dpt mesti berunsurkan HALAL,
Anna Da Lady

2 comments:

  1. tu lah..buat² main pulak isu halal haram nih..aduss jadi darah daging tuuu

    p/s: exam haitu 1 subjek dh dapat result..seperti yg kujangka.result tak memberangsangkan huhuhuh

    ReplyDelete
  2. To ELiza,tula..ade ke diaorg ni main2 dgn isu halal haram.pentingkan dirila. wah,dah dpt result ye?saya belum lagi..tapi, masa buat haritu..huwaaa...nak menangis pun ada..apa punya soklan da...hehe

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails