Wednesday, May 26, 2010

Baby & Gelang & Nenek

Assalamualaikum kawan-kawan,

Sampai ke harini, ramai kawan2 ku yang telah mendirikan rumah tangga..dan ramai yang telah dapat baby masing2...kebanyakannya 'girl'..kenapa ye?..dimanakah baby boy?..hehe...

Dulu2, kalu dpt baby je, selalunya neneknya akan belikan tuk cucunya barang kemas..kalu perempuan la...
lani pun still lagi ada tradisi mcm tu..yelah..sayangkan cucu...hehe...

Pastu bila cakap psl barang kemas, selalunya nenek-nenek ni bagi gelang-gelang mcm ni..ikut budget..hehe..

Ni style 1: jenis bangle with juntai-juntai gitu...



Ni style 2: jenis juntai2 plus rantai panjang



Ni style 3: bola-bola api..hehe..


Itula dia kajian saya pasal gelang dan baby ni...

Sampai di sini,
Anna Da Lady

Monday, May 17, 2010

Kenduri dan Pancit..hukhuk

Best...


But, Then.....!!!

Huwaa...





Aku yang penat dan mengantuk,
Anna Da Lady

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua..selamat berhujung minggu...

Firstly, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru, tak kirala ia dipanggil Cikgu ke, Teacher ke, Sir ke, Puan ke, Encik ke, Dr ke, Prof ke, bekas guru..asalkan kerjanya mendidik anak bangsakan?..hehe..

tetapi aku nak khaskan dedikasi ini kepada mama ku, Cikgu Fatimah, pesara cikgu..garang tau Cikgu Timah ni..semua anak murid takut, termasukla anak2nya..hehe...and jugak kepada angahku, MSU mari...and diriku..hukhuk...
and tak lupa juga istimewa kepada cikgu-cikguku..start dari Tadika Abim Taman Ira Kangar Perlis, Sekolah Kebangsaan Kg Salang Perlis, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Matrikulasi KYPMKB Kelantan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dan Universiti Putra Malaysia Serdang..Selamat Hari Guru Cikgu, Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah, Encik, Puan, Cik, Dr, Prof... 

Ni nak menyanyi sikit lagu Guru..dulu kecik-kecik, masa hari guru je, aku suka nyanyi tau lagu ni, ala-ala buat training gitu...sampai lani masih hafal lirik dia sikit2..mcm kita lak nak nyanyi kat depan..hehe..ala, biasala...praktis..

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Terima kasih Cikgu..
Anna Da Lady



Friday, May 14, 2010

Piala Thomas 2010 and MHI

Aku dah lama tak mengikuti perkembangan cerita-cerita badminton ni..kalu nak ikutkan, dari zaman kecik, zaman anak2 sidek, keluarga aku ni meme suka tengok badminton..sanggup bangun awal pagi nak tengok live game tu, w/pun esoknya sekolah..tapi, taktaula psl pe lani, aku tak jadi mcm dulu..tak mengikuti sgt..
cuma baru2 ni je aku mengikuti perkembangannya, which is secara tepatnya today..tupun setelah ada perkembangan kejuaraannya..

Pagi tadi aku mengikuti siaran MHI di TV3..ia ada jemput pembaca berita sukan yang femes ni...'Mr Burn'..Mr Bakar (Mr B) la..hehe...then, dari apa yang dibincangkan, Mr B cakap persaingan antara malaysia and china ni sengit..ramai gak org tanya dia berapa percent peluang kita ni...fifty-fifty ke? pastu dia dgn jujurnya cakap 48-52...kalu ikut ranking badminton ni, china players meme hebat2..top ten lagi...kita nyer player..Dato' Lee Chong Wei je nombor 1..tapi yg lain2 tu biasa-biasa je..hmm...taktaula..

Source: Mr Tenet

tapi, ikutkan apa yang Mr B cakap, ranking ni kita tak bleh refer 100% sgt tuk menilai kekuatan pemain masing2..sbb ia hanya berdasarkan how many competition that they r win..contohnyala..Lin Dan (china player)...even dia ni no.2, tapi dia ni kira hebat..sbb dia pernah memenangi Piala Komanwel, which is meme hebatla..cuma, lack nyer..dia kurang participate mana2 competittion..thats why dia tak no. 1...itule citernya...
then, tengok2..hm..betul jugak kata2 Mr B, who is also known as expertise in sport untuk ramalan2 ni..
Kita kalah 3-0, beb dengan China...huwaa..sedih jugak..sebab dah lama aku tak jenguk badminton ni..tapi, masa aku jenguk dia kalah..

Tapi, takpela...pemain Malaysia..cuba lagi..jangan terus mengalah..ingat kita bukan 'pengalah'...Chaiyok..

Aku jugak yang sama-sama jujur,
Anna Da Lady

Tudung

Yeye..aku beli tudung lagik...
bukan ape, asalnya nak cari satu tudung syle yang aku pakai dulu, nak bagi kat angah aku..dia minat style mcm tu waktu aku lawat dia tempoh hari...

p.s: gambo ni zaman dia tgh mengandung..chubby la sikit..lani dia slim melim balik..hukhuk..jeles aku..

so as per her request, aku pun gi la menonong carik after hantar anak buah aku gi sekolah tadi..last2 aku pun beli sekali..sbb alasannya logik sekali..design camtu meme aku nak cari lagi..nasibla, sape yang bernama 'Anna Da Lady' a.k.a Ana or Kam ni..hehe

alkisahnya, bila cakap pasal tudung..aku nak flashback design2 tudung yang aku pakai dari dulu sampai lani..

Ni style yang pertama..materialnya cotton..eh, betul ke cotton ni, Lea?hehe..
Dua contoh tudung yang aku beli masa zaman awal2 masuk matrix dulu..waktu era tu, tudung2 kira mahalla..yela, mau tak mahal..waktu tu aku pun belum keje lagik..hukhuk..harap duit JPA plus 'fama' je..mana mampu, beb, nak beli mahal2..hehe...tupun, banyak jugak aku beli..kira sesal gakla beli byk2 bila dipikir balik bila dah besar pnjang gini..hehe...tapi, aku still pakai jugak, especially bila rasa kesian kat tudung2 ni..hehe.. ada ke bleh kesian..ish ish..

Ni trend aku yang kedua..sampai lani still pakai..especially, bila rasa nak berbunga-bunga sikit..and bila pakai baju plain..tudung2 ni masa2 zaman-zaman aku kat uni..


Yang ketiga...zaman waktu dah mula start kerja...biasala, bila dah ada duit sendiri mulala, nak melawakan?tambah2 bila dah kena masuk opis..hehe..tudung2 ni popular zaman tu..tudung ada manik..tudung ada bunga2 ala2 corak veitnam gitu..hukhuk..


Yang da latest...antara koleksi tudung yang aku suka pakai lani...takyah dok renyah nak iron byk2..mai sarung je..lagi satu..dia best..hehe..


Then, last but not least, yang akubaru beli tadi..masih di jemuran..semangat nyer nak pakai..tak sabo2 nak tunggu 'si dia' kering..hehe..


Kesimpulannya, secara zahirnya, perempuan memang memerlukan beraneka, bermacam tudung untuk memenuhi kehendak, keperluan, kemampuan dan apa2 yang sama dengannya...

Sampai di sini bercerita pasal tudungku,
Anna Da Lady

.

Alhamdullillah..


Alhamdulillah..debaran dah hilang..hukhuk..
peace...
p.s: pinjam gambaq sat ye kekawan..

Regards
Anna Da Lady

Thursday, May 13, 2010

Sahabat dan Nostalgia zaman bersekolah


Aku ada seorang kawan ni and also dikira sedara jugala, dia dok jauh kat Tanah Arab...study..dah lama tak bersua..almost 5 years..InsyaAllah, tahun ni final year dia kat sana..tak lama lagi bolehla berjumpa ye, M******?hehe..aku doakan yang terbaik buat ko..Amin.

Aku kenal dia ni bukan dari kecik tau..and aku tau dia ni sedara aku pun sebb bersekolah menengah sekali..kalu tak, ha..taktaula ada gak sedara yang sama baya ngan aku..and paling best dok kat ngan umah aku kat Kedah nun...so, dulu2 masa aku Form 4 & Form 5, aku kalu nak kelik kampung, selalu ngan diala..ataupun dengan dua orang lagi kawan or sedara aku yang aku baru tau masa tu jugak..pergi-balik naik bas, woo..aku kalu takde depa, mesti aku taktau nak naik bas mana..sebab aku ni dulu bukan jenis 'berdiri atas kaki sendiri'.harap orang mai amik jerk..hukhuk..lagipun, aku ni pengecut sama..hukhuk..

alkisahnya, sedara aku yang bernama "M" selalu jugak hantar mesej untuk renungan bersama..ni aku pun nak kongsi di my Virtual Diary ni..hopefully, memberi peringatan buat kita sesama..

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang disenananginya". (Riwayat Al-Tabrani)

Wallahualam..


Kind Regards,
Anna Da Lady

Wednesday, May 12, 2010

Berdebarnya & kenangan lalu


Assalamualaikum,
Hmm...berdebarnya-debarnya harini..bukan ape, dok tunggu2 bilala xm result ni nak kuar..last week, ada kwn call dianyer course, dah kuar result..kitanya dokla tunggu2 tak kuar...punyala takut..huwaa...dah la ritu buat..dot dot...wallahualam..moga2..okla..pray for me..

bukan ape...aku ingat lagi, dulu2 pernah menangis gile sebab fail car test..tupun sebab naik bukit tula...first time fail cenggitu..nangis, sedih..punyala takde mood terus..balik umah...family bg support..tambah sedih, sebab lepas tu parents nak berangkat g mekah dah, time nak buat second test...takpe2, my mom said, cuba lagi...thanks my mom, dad, abang, sis, adik for ur support..


huwaa...lepas tu, fikir lagi..ni maybe sebab lama tinggal car lesson kot..yela, buat test lepas bbrp bulan..mau taknya lupa..dah tu, pegang keta pun idak..alasan... hukhuk...

then, pada hari ditentukan, my eldest bro, sanggup sent aku and wait for me to complete the test..nak bg support tu..coz my parents waktu tu dah takde kat mesia..buat haji...so, dia nak bg full supportla kranya..ikhlas tau..aku dpt rasa jugak, dia mesti berdebar2 sama cam aku...dia ada citer kat aku, dia ingat aku dah fail dah sebab dok turun bukit tu sekali...fuyoo..alhamdulillah, past jugak at last..then, da best moment, my bro, belanja makang kat KFC..hehe...tapi, time tu makan tekdela selera sgt..yela..still confuse, happy, sad..semua all in one..


by da way, hopefully hari2 mendatang menjanjikan yang terbaik buat aku and semua yang aku kenali..Chaiyok, Dear..

Regards,
Anna Da Lady

Monday, May 10, 2010

Al-Kuliyyah-Last Friday

Last Fridaykan, Al Kuliyyah berbicara pasal 'Susuk' tau...aku suka nengok Al-Kulliyah lani...sebab ia buat praktikal sekali, which is orang lagi nampak how to treat a patient who got illness with bnda2 halus ni..
.hmmm, menarik weh...

lepas tu, dengar plak cakap ustaz, bhw pemakai2 susuk ni hatinya tak tenteram..sebab ada 'khadam' yang jaga dia..pakai susuk ni bukan sebab nak cantik je..tapi, sebab jugak nak bagi kuat..pendek kata, nak bagi nmpak hebatla.. 



then, selalu juga dikacau mimpi2 ngeri..macam2 ada..
yang paling aku tertarik, ustaz tu kata mimpi dipatuk ular juga adalah salah satu penanda bhw kita diganggu...it doesn't mean, kita ni murah rezeki and dapat jodoh seperti yang aku faham sebelum ni...hmm...

Apapun, pendek kata, Allah yang Maha Mengetahui...

Regards,
Anna Da Lady

Car door: Macam-macam stail ada...








Cuba tengok keta2 ni ..macam-macam style bukak pintu keta ada...hehe..
Persoalannya, adakah ia fleksibel, n relevan dgn keadaan tempat tu..hehe..
Contohla, kalu kita g shopping complex etc.  yang kekadang parkingnya agak sempit, tinggi silingnya pun cukup2 makan je..hehe..susah tu...tapi, tak semua ye..
Last2, keta ni jugak baguih..paling kecik..nak parking pun senang...cuma handlingnya ada 'manual' jela..hehe..nah gambonya...

Keta jugakkan?hukhuk...

Regards,
Anna Da Lady

Sunday, May 9, 2010

Friday, May 7, 2010

Too long..2010 kick start















Assalamualaikum,


Lamanya saya tak update..sebabnya..
firstly, bz ngan life as a student..hehe..boleh ye jawapan mcm tu..
and secondly, suka baca blog org lain than writing and bebel kat blog sendiri..hehe

See u again my blog,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails