Thursday, November 14, 2013

Selidik dulu, baru sebar!

Pagi tadi, ada seorang kawan ni meluahkan perasaannya berkaitan satu isu yang agak 'panas' jugak...Yang tambah menggeramkan ialah sebaran benda tu adalah tidak benar dan sudah disangkal oleh expert!

Namun benda ni, masih disebarkan, dan yang paling teruk, orang dok komen...
"Eh, saya pun pernah guna benda ni..camne ye'

dan komen-komen selepas tu jugak berunsur ke arah yang sama!

Dan perkara ni telah 'menggeramkan' kawan saya ni kerana beberapa perkara:

1) Benda ni telah dijelaskan semula oleh expert, dan penyebaran maklumat sebelum ini adalah sebenarnya ditokok-tambah dan palsu!
2) Namun isu yang tidak benar ini masih 'hebat' disebarkan oleh mereka yang 'suka' berkongsi (satu sifat yang bagus..tapi!!!!!!)
3) kita ni semua hebat-hebat...internet hanya di hujung jari...kenapa tak guna teknologi ni, untuk mencari maklumat yang sebenatnya????

Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pandangan beliau.

Dan petang ni, bila saya balik dari ofis, saya terus mengadap FB,...

tetiba, saya terbaca satu 'pengisytiharan' di satu community page yang saya pun mula dah nak 'naik angin'...

Sebab, bagi saya benda ni tak sepatutnya jadi isu...

Namun, apapun berbalik kepada kita...

Kita ni semua pandai..maka, gunakanlah ilmu yang kita ada tu ke arah kebaikan...

Dan selidikilah dulu apapun sebelum disebarkan. 



Juga untuk peringatan saya yang lemah ini,
Anna Da Lady


1 comment:

  1. Betul tu, saya pun setuju. Menjadi-jadi pulak sekarang ni, ada tu dah lama dah sahkan blh digunakan, sekarang naik balik isu tu

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails