Saturday, April 27, 2013

Hanya RM2 tambang minyak antara dua bukit: Bukit Bintang dari/ke Bukit Jalil

Macam nilah, kami suami isteri...

Kalau nak pergi KL terutama area yang sesak dan padat, confirm naik motor kapcai...

Satu sebab lebih cepat, lagi satu sebab tak payah fikir2 susah nak bayar parking keta yang memang mahal kat area KL ni :)

Tapi, tulah, kalau naik motor ni, kena keluar awalla..Supaya nanti tak terasa 'bako' je kulit tu :)

Tadi, kami gi area prince court, lepas tu Bukit Bintang --> Low Yat..sebab Mr F nak beli barang katsitu...

Tup tup, ada satu 'event' yang memang menggamit hati kami untuk tengok? Apa dia tu? Hehehe...

Pelancaran Galaxy S4 kat Low yat tadi, bersama orang besar Samsung..ada Awal Ashari and Liyana Jasmay sekali tadi...

Nanti kita cerita lagik ye...

Anna Da Lady

Friday, April 26, 2013

Tersasul nama sendiri


Selingan: Ombak menampar batu :)

Ha, nilah padahnya bila panggilan nama sendiri banyak sangat...

Kalau cakap ngan adik-adik sepupu, mereka akan panggil dua jenis panggilan..kejap Kakcik, kejap Kak Ana...
Masalahnya, bila dua orang sepupu berlainan panggilannya kepada kita, macammana kita nak bahasakan diri kita bila bercakap dengan diaorang? Kakcik ke Kak Ana?

Ha, bila dah kahwin ni, selalu jugak tersasul bahasakan diri 'ayang' dengan adik beradik...Hmm, malu jugak ni...

Anna Da Lady



Tuesday, April 23, 2013

Bulan EmpAT dan Bulan LiMA 2013

Bulan Empat:

Alhamdulillah, nampaknya saya masih lagi belum 'mengwishkan' ucapan selamat hari lahir kepada diri sendiri dalam blog ini. Hanya hadiah in advance daripada suami sahaja yang ingin dikongsi.

Kepada saya, "Selamat hari lahir ke-2x.."
Hint: Tahun depan dah melangkah ke nombor siri yang baru :)

Bulan Lima:

InsyaAllah, kenduri Adik bongsu saya akan berlangsung 4hb ni. Jadi kepada kekawan yang tinggal atau jejak kaki kat area Perlis/Kedah/Pulau Pinang, sila2 lah sudi memeriahkan majlis...

Tema untuk kenduri ni, Hijau kuning, Krim :) Semangat Kedah sikit :)

Ada kelainan sikit dalam kenduri kali ni, sebab InsyaAllah akan ada lalu di bawah pedang, adat rasmi tentera :)

Dan selepas je majlis kenduri Adik saya, InsyaAllah, saya, suami dan MILakan berlepas ke suatu tempat selama hampir 2 minggu. InsyaAllah, bila dah sah betul2, saya akan maklumkan..Mohon doa semua moga apa yang kami hajatkan tercapai ye :)

Anna Da Lady




Sunday, April 21, 2013

Pengurusan rumah tangga

Hmm, nampaknya ramai kawan-kawan saya terutama, Mrs Lynd and Mrs Fizah rajin mengupdate blog masing-masing dengan hal home organising...Jeles pulak rasanya :)

Sebab apa tau...sila baca benda-benda di bawah (prhatian untuk Mrs Lynd and Mrs Fizah):

1) Mereka sama baya TAPI.....
2) Mereka dah beranak-pinak WALAUPUN
3) Mereka sibuk dengan kerjaya dan study masing-masing.....

So, berbalik kepada diri saya, selalu saya pesan diri ini;

1) Jangan kata kita TIADA MASA...
2) Semua orang MASA sama sahaja...
3) Cuma yang membezakan sama ada kita ni pandai bahagi MASA atau tidak

Namun begitu, janganlah, kita asyik berkorban untuk orang lain je...Kita pun perlu ada masa untuk DIRI kita..bak kata orang sekarang, "ME" time :)

Sebab, siapa yang nak membahagiakan keluarga, suami, anak-anak kita, kalau bukan KITA...

Jadi, kekal sihat, kekal cergas, kekal bertenaga,
Anna Da Lady

Gambar selingan: Dari atas suatu hotel, nampak bekas kawasan PENJARA PUDU


Saturday, April 20, 2013

Penamaan calon 20 April 2013

Tadi,, dok godek-godek ngan Mak Mertua di internet pasal nama-nama calon tempat beliau mengundi..

So, kalau kawan-kawan yang lain nak tau jugak, silalah layari alamat di bawah:

http://www.bharian.com.my/bharian/pilihanraya/PRU13/Keputusan/index_html?negeri=putrajaya

Anna Da Lady

Wednesday, April 10, 2013

Bila 5 Mei menjadi tarikh mengundi....

Akhirnya, degupa degap, teka-teki-tekuk tarikh mengundi telah hilang sekelip mata, bila mana tarikh nya telah menunjukkan muka :)

Masalahnya sekarang selepas berbual dengan beberapa orang sedara dan rakan,

1) Bila mana suami isteri berbeza tempat mengundi, mana satu yang akan pergi?

2) Kalau dah ada anak, pada siapa anak akan diberi? :)

3) Bila ada dua destinasi berbeza, bagaimana dengan duit perjalanan balik? Mesti double dua :)

Saya? Alhamdulillah, takde masalah :)

And, yang paling best, nanti balik kampong bukan semata-mata untuk mengundi sahaja, tetapi jugak untuk sambut majlis kenduri adik bongsu saya yang InsyaAllah, bakal diadakan sehari sebelum tarikh mengundi...

Namun, ia masih dalam cadangan, sebab adik saya yang baru join tentera mungkin agak bz sebab nak pilihanraya, dan parents saya juga begitu...

Takpe, kita tunggu je...
Anna Da Lady

Tuesday, April 9, 2013

Sebelum tidur...

Saya rasa bukan saya sorang yang melalui benda sebegini...

Perkataan "STRESS" mesti ada dalam diri semua orang..Kalau tak, tak dinamakan normal la orang tukan? :)

Yang paling teruk, bila STRESS ni terbawa-bawa sampai ke esok harinya...Dan yang paling parah, bila kita dalam keadaan STRESS, apapun yang kita buat serba tak kena!

Sebab tu lah, saya selalu cuba memujuk hati....Terutama sebelum tidur...

"Harini biarlah ia berlalu, jangan dibawa ke esok hari. Hidup ini terlalu singkat untuk merasa tidak gembira"

Anna Da Lady

Monday, April 8, 2013

Hadiah birthday!!!

Akhirnya...Benda yang dihajati selama ni, dah berjaya dapat...

Selalu, saya dok jeles je tengok orang-orang perempuan pakai baju ni kat swimming pool...

Nak jugak rasa memakainya...Selalu pakai seluar track suit and baju t-shirt yang bersesuaian...

Tapi, masalah bila nak praktis berenang, sebab baju asyik mengembang je...

Baju swimming suit tu pulak, selama ni saya dok survey, ada yang menepati selera saya dan ada yang kurang...

Bila yang menepati selera, mahal sangat la pulak, then, taktau pulak macammana rasanya bila dipakai...Sebab selama ni tengok kat blog online je...

So, akhirnya, benda ni dapat dirasa dan dibeli di Port Dickson...

Mula-mula saya tak perasan, tapi bila Mr F tunjuk...

Mr F: Eh, Ayang..Ada baju yang Ayang berkenanla...

Saya: Aa, cantiknya...jom try...

So, masa try tu, Mr F suruh try yang saiz kecik dulu...Saya kata, 'mana boleh, kecik sangat ni...'

Dia kata,'boleh punyer!!!!'

Last-last bila try, saiz kecik tu, masuk dari bawah boleh, tapi tak boleh bawak naik ke atas...Hehehehe..

So, saya request kat Mr F....

Saya: Abang, Ayang rasa Ayang lebih selesa saiz yang besar ni la..Sebab satu, dia longgar, satu lagi, lebih selesa, tak segan bila nak pakai :)

Mr F dengan rasa berat hati, "Ok, janji boleh prektis berenang tanpa gangguan..."

So, camne rupanya?


Hehe..masih dalam plastik...

Rupanya, lebih kurang camnilah..Tapi versi longgar nyer....

So, inilah hadiah ulangtahun sebelum melangkah ke angka seterusnya :)

Anna Da Lady



Saturday, April 6, 2013

Berumah di tepi pantai!

Alangkah indah, kalau rumah ku di tepi pantaii...HMM....

From Glory Beach Resort, Port Dickson Tingkat 8....






Anna Da Lady

Friday, April 5, 2013

Dua kerja satu masa: Inilah perempuan!


Gambar 'anon' beberapa hari lalu....

Anna Da Lady


Thursday, April 4, 2013

Woman: Multiply and relationship

Tertarik dengan petikan ni. Dari FB:



Dan ini...

Photo: For more heart touching stuff .....

Love is like life. No path is so clear,No step is so easy

Anna Da Lady

Nasihat sebelum memulakan perjalanan sebagai PhD student


Kemungkinan ada yang dah join group ni di FB: Doctorate Support Group (DSG). Macam-macam kita boleh dapat dari sini. Ada yang berkaitan, dan ada yang tak berkaitan...

Di sini, saya nak extract sikit apa yang saya dapat daripada ahli DSG ni untuk maklumat saya dan anda semua yang berkitan dengan benda ni;

SOALAN daripada seorang ahli: 
I'm first sem PhD student, anyone can show me the way to start with..?

JAWAPAN YANG PELBAGAI DARIPADA AHLI DAN PELBAGAI LATAR BELAKANG:

1) The best way is reading or attend research method class.

2)  Saudara perlu mengenalpasti 'key-players' dalam jabatan/fakulti beserta kepakaran individu-individu tersebut. Cara ini memudahkan saudara mencari 'pakar' rujuk bila ada permasalahan yang timbul. Ini termasuklah technician dan senior PhD students.

3)  Kenalpasti 'key-papers' dalam bidang penyelidikan saudara. Ini amat membantu dalam proses memulakan penulisan Lit Review. Saudara boleh bertanya tentang hal ini dari pelajar senior atau supervisor sendiri.

4) My two cents: From what I see, most beginning PhD students have a problem deciding title for their thesis because they are not sure what they want to study. I have one colleague who changed his title completely after 8 months of proposal phase. Try to be sure of what you want to study and try to study something that you love. This way you'll love doing your research.

5) you can gather with other candidates/knowledgeable friends to discuss on your research journey. You will find out some 'out of the box' question which will asked to u from your friends from different discipline or the same discipline.It help you to built your ideation framework
6) pls make sure what is yr interest..then get d articles to find d gap (read n read)..gap (from d past researcher) that u explain in problem statement is very important. if the argument n explaination in yr problem statment not strong u wl die. Problem statement is d heart of d research, u have to justify d uniqueness and d significance of yr research

7) kalau kita memandu mesti ada arah tujuan kan? kalau memandu x ada arah tujuan pun boleh...tapi rugi minyak ja la. so...rancang perjalanan itu dengan baik. mesti ada peta (objective of study), gps (supervisor) dan lokasi (expected finding)

8) please organize all yr articles properly. make a file, physically and virtually.

9) Apa yang penting adalah niat kenapa kita buat PhD. Betulkan niat dulu, insha allah semua berjalan lancar dan cabaran yang ada mudah dihadapi. Pilih supervisor yang dapat menerima personality anda dan anda juga dapat menerima cara dia. Dari pengalaman saya, bila niat betul, semua mudah. Jika supervisor anda muda dari anda, jangan pandang rendah pada dia sebab dia guru kita. Sentiasa hormat pada guru kita. Kita kena sentiasa bounce our idea dengan sup kita. Ini kerana kadang-kadang apa yang kita rancang mahu kaji telah dibuat oleh orang lain atau mungkin mirip pada kajian yang telah dilakukan. Ini satu cara untuk jimtkan masa. Hadiri workshop yang mudah seperti cara menulis problem statement, cara menulis references, kelas endnote atau yg seangkatan dengannya. Semasa memilih topic mesti juga fikirkan context dan content bersama. Contohnya siapa ata apa unit analisis anda. Kadang-kadang unit analisis kita yg hendah dikaji terlalu kecil populasinya. Jika school anda ada menjalankan defense proposal dan findings, kerap hadiri sebab dari sana anda akan dapat tip yang berfaedah dari examiners. Bila telah ada scope kajian baca sambil menulis. Kemudian jinak kan diri dengan kelas analisis. Apa yang penting bila anda seorang pelajar, pembawakan diri mesti sebagai pelajar. Segala jawatan yang disandang semasa bekerja letak tepi dulu. Nasihat yang diberi oleh rakan-rakan lain seperti dhuha dan amalkan bacaan Quran itu betul kerana ia menenangkan jiwa dan memberi inpirasi.

10) ALLAH FIRST!

Apapun, mungkin ada lagi pelbagai cara lain. Moga Allah berkati perjalann kita dalam menimba ilmu ini. InsyaAllah.

cREDIT TO: aHLI dsg.

Anna Da Lady


Bulan April dah kunjung tiba...

Apa yang ada dalam bulan April ni?

Macam-macam ada...Baik dari segi perkembangan usia, career and tak lupa jugak akiviti dalam negara kita :)

Cakap pasal negara, Parlimen dah bubar kan? So, lepas ni marilah kita sama-sama bersiap sedia untuk sama-sama turun mengundi yek!

Anna Da Lady

Wednesday, April 3, 2013

Kisah seorang wanita...

Ketika remaja dan masih bergelar anak kepada ibu bapa, seorang wanita lebih dikenali sebagai gadis @ anak dara @ lebih manis lagi, anak dara sunti...

Ayahnya yang menanggung dosa bersama-sama jika beliau buat salah, tak ditegur...

Ketika usia meningkat dan telah bekerja, seorang gadis lebih dikenali sebagai seorang wanita..Dengan tahap kematangannya dan keyakinannya....

Ketika beliau telah terikat dengan seorang suami, beliau dipanggil sebagai seorang isteri...Apa tanggungjawabnya? Banyak...Berat...Namun, Allah Maha Tahu...Dia permudahkan apa yang susah...Tambah-tambah bila menjadi seorang ibu...

Kita tengok sikit sedutan draipada blog ini dan banyak jugak boleh didapati daripada FB:



Sumber: http://anak-teladan.blogspot.com/2012/09/tanggungjawab-isteri-mengikut-islam.html

Nampak banyak kan? Hmm, agak-agak adakah semua tu kita dapat turuti dan puaskan hati suami dan keluarga kita?

Mesti ada 'slack' di mana-mana kan?

Itulah, kata orang manusia ini tak sempurna...Tambah-tambah, kalau penat, kerja ini tetap kena dijalankan jugak...

Tetiba, teringat mak di kampong...Tak pernah sekali pun merungut beliau penat...Buat je semua kerja tanpa rungutan...

Adakah saya boleh jadi sebegitu?

Anna Da Lady

Tuesday, April 2, 2013

Emosi ketika di akad nikah: pengantin lelaki dan perempuan

Nampaknya bukan saya sahaja yang mengalami  masalah ini, tetapi adik saya dan pasangannya jugak...

Masalahnya adalah, memek muka sangat tidak comel untuk ditangkap gambar....Maksudnya, tiada senyuman, hanya kerutan muka, bibir tiada senyuman, hanya menunjukkan resah semata-mata!

which is, si photographer sangat tidak berkenan.... :(

Saya tanya adik saya selepas sahaj selesai majlis akad nikah..Ketika ini, kami dalam perjalanan ke rumah pasangannya untuk jamuan akd nikah...Saya jadi driver beliau pada hari itu...

Saya: Adik, pasal pa ang tak senyum masa akad tadi..Tak senyum pun muka tu?

Adik: Eh, yeke? Taktaula acik..Macam mana nak desxribe ye...Taktau nak kata apa..memang speechless...

Saya: Hm, bukan adik je, kakcik pun macam tu jugak...Dapat muka masam je...Tanpa senyuman..Cuma, last-last tu, baru dapat sikit-sikit...

So, kepada bakal pengantin di luar sana, pastikan ada control memek muka anda ye..Pastikan senyuman sentiasa ada terutama bila anda jadi perhatian semua :)



Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails