Monday, September 27, 2010

Always hungry...

Di suatu petang semasa sesi bertemu sanak sedara,

My sepupu: Danis nak makan lagi?
Danis: Nak, nak, nak (Dalam rentak lagu A,B,C)
My sepupu: Nak?Danis: Nak
My sepupu: Dah banyak dia makan ni.

Saya menyampuk, "Mau nyer dia nak makan lagi, tengokla baju ape yang dia pakai. I'm always hungry."


Haha,
Anna Da Lady

Thursday, September 23, 2010

Mana aci, Kak Chik...

Note: gambar blurr sebab photgrapher tak makan lagi..hehe

Kak Chik: Korang dah nak balik ke?
Fariha: Aa, nak balik dah Kak Chik.
Kak Chik: Lepas ni pergi beraya rumah orang lain elok-elok tau.
Semua: Ok.
Kak Chik: Nah duit raya.Pnat, Cik Mat, Iha, Nabila.

Selepas beberapa minit...

Fariha: Kak Chik, kenapa Pnat dapat lebih seringgit? Mana aci.
Kak Chik: Eh, ikut Kak Chik la nak bagi berapa pun.Hehe.
Fariha: Ala, Kak Chik.Mana aci...
Kak Chik: Yelah, meh Kak Chik tambah lagi seringgit.

Ish ish,
Anna Da Lady

Monday, September 20, 2010

Gambar sepanjang 1 Syawal till 8 Syawal

Tahun ni gambar satu famili takde pun.
Sebenarnya dah lama perasan, kami takde pun yang tangkap the moment masa raya haritu. Kenapa ye?
Kalut sangat masa raya tu? Mungkin jugak.
Plus, my Angah balik kampong lambat..Raya ke-3 baru balik.Plus lagi, my Akak Ipar tgh pantang at rumahnya. So, tak lengkap plak satu famili. Memang gambar satu famili as tahun lepas takdela.
Takpe, Raya Haji ni adalah.With new baby. InsyaAllah.

Cuma gambar waktu buat BBQ tu plus gambo2 lain adala. Let piccas show everything ya.

Ni masa nak masukkan duit raya dalam sampul..Sampai 4 sesi buat untuk masukkan duit raya. Sebab dikacau oleh anak buah.

Ni adalah hadiah sampul dari salah sorang blogger. Thanks, Kak. Sangat cantik and cute.

Ini adalah tetamu kanak-kanak pertama yang datang beraya. My sepupu sepapat. Cik Mat, Fariha and P-Nat. Ada lagi sorang Nabila, but not in da pic. Dia pergi 'membuang'..hahaha

2 boyz in my heart. My Adik and Abang. Main hentam je tangkap gambo waktu ni.Adik tahun ni ada 2 baju melayu. Satu warna maroon and another one warna biru turqoise, ikut 'bakal mertua' dia. Hukhuk.


Antara aktiviti sesi BBQ di waktu petang. Tengokla...Kereta sorong pun bleh dijadikan tempat BBQ.
Kata Abang, senang kalu hujan main sorong je ke tepi.

Good idea. Betul bagai dikata. Bila nak dekat Maghrib tu hujan. So, apalagi.sorongla kereta tu ke tepi rumah sambil continue BBQ. HAHAHA...kreatip betul.

But, my Abah said, Ish ish...kereta sorong Abah pun jadi bahan BBQ.


Sesi BBQ dari jauh.

My Anak buah, Nadya with her 'songkok'.Hahaha.

Budak tecit nak jadi driver...



Budak tecit makan drumstick with nasi putih...

The end,
Anna Da Lady

Pengalaman beraya tahun 2010

Raya pertama:

Pagi:
1) Isi kuih dalam balang raya.
2) Susun balang, satu untuk letak di ruang tamu, satu letak di ruang belakang.
3) Susun juadah di atas meja makan utama.
4) Solat sunat Aildilfitri di Surau Kampong Tanjong.
5) Layan tetamu, terutama bebudak datang beraya.

Petang:
Beraya di rumah
1) Makcik Siah dan Ustaz Halim (bakal mertua Adik (soalan: Iye ke?), makan nasi tomato)
2) Tok Wan Lah (Tok Wan tengah tidur nynyak..anak cucu cicit dok main2 pun dia tak terjaga..makan nasi ayam),
3) Tok Long Wa (Minum air bergas.wah, wah..raya ni banyak betul rumah jamu air gas..kenapa ye?)
4) Tokteh (Tokteh raya sorang, anak tunggalnya tak balik raya ni)
5) Pakngah Bakri di rumah baru (wah, rumahnya betul2 dinamakan open house..why?..sebab tingkapnya belum dipasang lagi..haha..so, betul2 rumah tu terbuka..)
6) Mak Lang (mertua Abang, tengok baby Abang yang baru lahir..Siti Nur Kamalizzah...very cute and putih bersih je mukanya, sampai Anak Bang chik suka tengok dia, tak berganjak..penuh rumah Mak Lang dengan tetamu yang datang)

Malam:
Penat beraya. So, masuk tido pun awalla.

Raya kedua:

Awal pagi
Ziarah jenazah Tok Long, ayah Pak Su Zizan...agak terkejut jugak dengan berita kematiannya, disebabkan sakit perut.

Pagi till malam
Mengusung sepupu2 besar dan beraya di
1) Rumah Mak Tam di Pokok Sena
2) Rumah Kak Liza di Taman Bahagia, Jitra
3) Rumah Yantie di Taman Ira, Perlis (Plan asalnya nak beraya kat umah Cik Wan..meme tipa2 tahun gi raya umah Cik wan..tahun ni je takde rezeki. famili dia takde waktu sampai tu)
4) Rumah Wadah di Kuala Nerang (Jumpak Mahirah yang baru pulang dari Iskandariah dekat Negara Arab sana nun..sangat best bersembang dgn kawan2 lama ni..makan Laksa tambah 2x sebab sangat sedap...)
5) Rumah Pak Lang and Mak Lang (hntar Shifa pulang ke rumah semula)

Raya ketiga:
Pagi-pagi tu Abang sampai, tetiba dia kata...Ok, malam ni kita buat BBQ...jom Acik kita beli barang...
So, dari petang tu sampai malam tu semua sanak sedara berkumpul di rumah makan-makan sambil bual. Baby baru Abang pun dibawa pulang jugak tido di rumah.

Raya keempat:

Pagi
My BFF with his relatives and his mom datang rumah beraya.

Tengah hari sampai petang
Jaga Kedai dengan Abang. Satu peristiwa telah berlaku. Ditipu sorang pompuan yang bawa anak. Katanya nak tukar barang sambil beli barang lain. Takpe, lepas ni kena berhati-hati dengan orang-orang seperti ini. Moga Allah beri perlindungan kepada kita. Amin.

Petang
Beraya di rumah Mak Wa dan Rumah Tok Cik Padang.

Raya kelima:

Tengahari:
Kenduri di rumah MakLong Sarah. Anak sulung aka Cucu Sulong Tok Wan Lah  berkahwin dengan orang Bukit Mertajam, PP.

Malam:
Open house di rumah Mak teh dan Pak teh. Ada sate, laksa masak lemak, laksa asam, bihun goreng dimasak oleh Chef Kamal, lemang, ketupat. Sate sangat laris. Hanya sekali hidang dah habis.Ish ish.Dan sangat penat, ulang hidang. Tapi, best. Pengakhirannya ialah main mercun roket, dan mercun bunga api.Sangat meriah.

The End....

Still penat sampai demam,
Anna Da Lady

Merdeka itu bendera?

Di suatu malam after berbuka puasa, sorang makcik bersama anak buahnya mengajar mengeja di atas kertas.

Acik: Along, cuba tulis ayam.
Along: A Y A M
Acik: Ok. Good boy. Cuba pulak eja Malaysia.
Along: M A L A Y S I A
Acik: Cuba pulak eja Merdeka
Along: B E N D E R A
Acik: Hah? Awat pulak Bendera? Acik suh tulis merdeka.

Tetiba, mama nya menyampuk.

Akak: Hahaha. Along memang macam tu dari dulu. Kalau dia nampak bendera je sebut merdeka. Kalau je sebut merdeka dia dok bayang bendera.
Acik: Ish ish.peliknya.

Macam-macam,
Anna Da Lady

Wednesday, September 8, 2010

Bila nak balik kampong ni, Cik?

Perbualan di antara seorang ibu dan anak pompuannya.

Mama: Acik, amboi, gi mana tu..susahnya nak angkat telefon.
Acik: Acik sibuk ngan examla Mama.
Mama: Oh.Ok. Eh, bila nak balik ni? 
Acik: Selasa petang ni InsyaAllah sampaila.
Mama: Oh, balik ngan apa?
Acik: Dengan bas from Kajang. Nape, Ma?
Mama: Taklah...saja ja. Dok tunggu Acik ni nak buat keja.
Acik: Eh, Adik kan ada..Mintala tolong dia dulu.
Mama: Adik..Hmm, apa dia boleh buat.Keja oghang pompuanla.
Acik: Keja apa tu? (sambil dah terbayang dah..tukaq langsir, buat kuih etc.)
Mama: Adala...
Acik: Hahaha...Takpe, don't worry...
Mama: Eh, Acik bukak pose makan apa?
Acik: Makan apa yang ada je Ma. Selalu pegi tengok kat kedaila.
Mama: Sahur?
Acik: Makan biskut je. Ngan air milo. Ala, dah tua. Tahan je.
Mama: Ish..sikitnya..Kurus kering lagila macam ni.
Acik: Iyolah tu. Takdepun.
Mama: Ok, dok elok-elok tu.
Acik: Ok.

Itulah terjadi bila anak pompuan sorang je yang tinggal lagik,
Anna Da Lady

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Makcik Gayah mencukur kelapa,
Kelapa diambil dari Kedai Mak Ita,
Salam lebaran untuk semua,
Ampun maaf dipinta.

Salam Aidilfitri,
Anna Da Lady

Tuesday, September 7, 2010

Bila tiba masa nak masuk duit dalam sampul raya...

Acik: Adik, mai tolong Acik masukkan duit dalam sampul ni.
Adik: Wah, wah..banyaknya duit. Untuk Ijan ada ka?
Acik: Mestila ada. Untuk Adik yang sorang ni.Huhu.
Adik: Wuek.
Acik: Weh, Adik masukkan duit singgit-singgit ni dalam sampul.
Adik: Wokeh.
Acik: Ok, yang lain ni biar Acik buat.

Sambil berkira dalam hati.

"Hmm..Kalau Ayah and Maklong balik, kena sedia duit raya untuk Fatin"
"Untuk anak Jang, bagi kat Nad, Naim, Ija and Solihin jelah.Depa ni kena banyak sikit."
"Untuk anak Paklang, bagi kat Shipa, Shahirah..Shazwan nak bagi ke?Hm, bagi je.Hukhuk."
"Untuk anak Maktam, sedia untuk Azhar, Mirul. Azrul and Hairi ok."
"Untuk anak Cik, sedia untuk Adik, Imah, Syirah, Deq Wan, Deq Mi."
"Anak Pakteh, nasib baik dua orang jek.Hukhuk."
"Anak Cu, hmm..mesti kena bagi.Cik Mat ngan Fariha."

"So, sapa lagi ye?"
"Oh, lupa anak-anak buah.Rifqi, Raimi, Nadya, Danis and anak buah baru, Kamalizah...Haha..Kamalizah?Abang...abang..macam nama Adik pulak..sampai Si Rifqi pun kata macam nama Adik."

Hmm,
Anna Da Lady

Khas untuk pembeli kerang dari ChowKit

Sumber: Harian Metro


Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Inilah bila kita tak faham,
Anna Da Lady

Beberapa detik Ramadhan beransur pergi...Minggu terakhir

Sungguh pilu meninggalkan Ramadhan,
Bulan mulia banyak keberkatan,
Akan kurindu saat bersamamu Ramadhan,
Moga kita bertemu lagi dalam penuh kerahmatan.

Menghitung hari,
Anna Da Lady

Monday, September 6, 2010

Bila iklan raya bermula...

Sekarang ni, seperti ramai orang dah tahu dan juga kepada yang belum tahu, isu Iklan Raya TV3 ditarikbalik menjadi isu yang hangat diperkatakan. Sebab apa? Cubala search di Google..Adala jawapannya.

Bercakap pasal iklan raya, daripada saya kecik sampaila dah besar panjang ni, Iklan Raya yang mesti ditunggu-tunggu adalah from Petronas. Really really interesting, and deliver a good messages. Not just for fun and entertainment only.
They really really did a good job by producing the short videos or can we say it as short movies that have a lot of things that really really (once again) happened in the world.
And sometime, boleh menyentuh kalbu..Sampai saya pernah menangis pun ada.
Thats what we call as EXCELLENT JOB.

Thumbs up,
Anna Da Lady

Bila mood bershopping datang balik...

Awal-awal puasa haritu, tak sangat rasa nak bershopping.
Azam tak nak dah beli baju baru, kuih muih banyak-banyk sangat, benda yang serba baru...

But, bila nak dekat raya ni, semangat beli benda baru semakin datang...
Sebab apa ye?
Nak kata sebab dapat bonus yang orang gomen dapat RM500 tu, TAK KOT...Dah abis pun...
Nak kata sebab mood sangat happy sebab dah nak raya..TAK KOT...Rasa biasa je...

Saya rasa sebabnya...
SEBAB saya ni memang SUKA SHOPPING...

Walaupun tak sehebat dulu, tapi ia still ada...
Tak kiralah sama ada untuk diri sendiri atau untuk family atau untuk kekawan..Mesti beli..Tambah-tambah kalau benda tu UNIK....
Suka beli dan belah,
Anna Da Lady

Bila tak dapat tukar duit raya di Bank

Tahun ni, memang agak kelam kabut sikit.Ish ish...
Dulu masa awal-awal start kerja at Penang, semangat nak tukar duit raya ni...
Masa lunch hour, awal-awal pergi keluar ngan housemate tukar duit raya kat AmBank, Bayan Baru...
Sebab takut duit raya abis awal..Almaklumlah, semua orang pakat nak tukar...

Tahun lepas pulak, minta kawan tolong tukarkan kepada note RM1...

But, this year, tak sempat pulak...Last Friday, pergi bank sana, kata abis...Pergi Bank sini, siap tampal kat depan Bank..Duit Raya dah abis...Nasib nasib..

So, terpaksalah pikir alternatif lain, sambil bermonolog seorang diri...

"Takkan taknak bagi duit raya kot. Kesian kat budak-budak tu yang mai umah."
"Hmm...Nanti mak aku kata apa pulak..Ish ish..."

Tetiba, datang satu idea....

"Ha, balik ni kena korek almari.Mesti ada duit syiling tu lagi. Tapi, kat mana ye?"
"Takpe..balik ni kita tengok."

Sesampainya di rumah,

"Alhamdulillah, ada pun..Adala jugak rezeki budak-budak ni..."

Sumber: Tenet

"Tapi, cukupke ni...Takpe, nanti kita gi shopping, make sure guna duit besaq..So, dapatlah tukaq duit kecik..Pandai-pandai.."

So, Alhamdulillah, dah dapat pun bekalan duit raya untuk bebudak and sanak sedara di kampong. Cuma, duit tak bau macam duit fresh from Bank la...

Janji ada,
Anna Da Lady


Sunday, September 5, 2010

Bila beli baju raya 'ready to wear'...



Di suatu kedai baju...

S: Awak...cantik tak baju ni?
H: Tak. Nampak macam orang tuala.
S: Ala, saya takde lagi baju jenis cotton ni.
H: Ha! Cuba tengok yang ni? Cantikla.
S: Saiz pe tu?
H: L
S: L besarla awak. Cuba tengok saiz M.
H: Takdela. Apa kata pergi try dulu mana tau OK?
S: Hm, okla. Saya nak try sama baju cotton ni.
H: Ha. Nah try baju biru ni sama. Cantik jugak ni.
S: OK.

Di fitting room...Hanya S sahaja.

"Ok...Aku try baju biru ni dulu."
"Hmm, look nice. Potongan moden plak tu. Okla.Ambik ni."

"Baju cotton pulak. Ala, saiz S pulak. Takpe, try dulu."
"Wah...padanla..Aku kurus ke baju ni salah ukur?"

"Last..baju ni pulak. Kenapa la corak jalur-jalur ni. Rasa semangat merdekala pulak."
"Hm, cantik jugak.Tapi besarla.Taknakla baju ni."

Setelah selesai mencuba 3 persalinan tu.

H: Ha...Macam mana? Ok tak?
S: Ok...kecuali yang jalur ni.
H: Sebab apa taknak? Cantik ape?
S: Besarla...Kalau ada saiz kecik, saya ambikla.
H: Hm, buat ape nak pakai kecik-kecik sangat?
S: Saya bukan nak pakai kecik sangat, cuma yang ini besar sangat. Nampak gelebeh je.
H: Yelah. Jom kita bayar.

Suka beli baju yang dah siap,
Anna Da Lady










Thursday, September 2, 2010

Bila kena marah...

Perbualan di antara seorang majikan (M) dan pekerjanya (P).

M: Kenapa awak tak buat macam yang saya suruh?
P: Saya dah buat macam yang bos suruh.
M: Tapi, kenapa tak macam yang saya nak?
P: Sebab saya tak tahu apa yang bos nak. Saya buat apa yang saya faham dan biasa buat.
M: Kenapa awak tak usaha nak cari lagi?Tak pun tanya saya?
P: Sebab saya ingat benda ni dah cukup. Sebab tu saya tak cari lagi dan tanya bos.
M: Kenapa awak banyak sangat sebab?
P: Sebab bos tanya kenapa? Sebab tu saya jawab dalam bentuk sebab.
M: URGH..awak ni...You are fired.
P: Kenapa bos?
M: Sebab awak banyak sebab......Out from my office

Note: Adakalanya berdiam diri tu lebih baik daripada berbalas balik kata bila anda dimarahi.

Suka duka kehidupan,
Anna Da Lady

Bila beli tiket...

Si A: Aik...pasal pe haribulan ni macam salah je.Saya nak esok, nape tarikh tu harini pulak?
Si B: Hm...tepon orang kat kaunter tu balik. Pelik tiket bas pagi esok, kita baru beli tengah hari ni tapi tarikh harini dan masa awal pagi tadi.Hmm..
Si A: Ok. (tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu)

Si A: Hello, ni Kaunter 32, Hentian S ke?
Si K: Ya, betul.
Si A: Tadi kawan saya belikan tiket. Saya nak tiket esok pagi, tapi tarikh yang tulis kat tiket tu harini, masa awal pagi. Pelik jugak, padahal kawan saya tu baru beli kul 12 tadi.
Si K: Oh, adik datang kaunter balik.Akak tak boleh tukar sistem macam tu je.
Si A: Hmm, saya jauhla Kak.
Si K: Adik kena datang jugak. Sebab tadi kawan Adik tak check awal-awal depan kaunter.
Si A: Hm, OK. (tapi dalam hati..geramnya)

Pengajaran: Pastikan tiket anda dicheck dulu betul-betul before bertolak keluar dari depan kaunter.Kang, buah pisang dah jadi 2 kali.Naya...naya...

Cobaaaaannn,
Anna Da Lady

Isu halal...Tolonglah jangan main-main

Apala nak jadi ni? Semata-mata nak kaut untung, anda sanggup menggunakan taktik 'halal' w/pun pengesahan nya belum dinyatakan etc.? Tolongla sedar.

KUALA LUMPUR: Bukan saja menawarkan minuman keras dan juadah lain seperti ayam dan itik yang diragui statusnya, malah beberapa premis dengan selamba memaparkan pelekat logo halal dipercayai tanpa sijil yang tidak diiktiraf.
Kejadian itu dikesan selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di medan selera sebuah kompleks beli-belah terkemuka dan bertaraf enam bintang di Bukit Bintang, kira-kira jam 3 petang semalam.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan terutama pelancong dari Timur Tengah berhubung status hidangan yang disajikan di medan selera terbabit.

“Hasil siasatan Unit Syariah PPIM, kebanyakan premis makanan di medan selera itu menggunakan sijil halal yang dikeluarkan sebuah syarikat swasta.

“Ini dikesan menerusi penggunaan logo yang tertera dan syarikat terbabit sebahagian daripada enam syarikat yang ditolak Majlis Agama Islam Negeri berhubung kesahihan sijil halal keluarannya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pemantauan Dan Penguat Kuasa Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata tiada sebarang permohonan diterima daripada pihak pengurusan medan selera itu berhubung sijil halal.

“Kami akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan sekiranya menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sijil dan status premis halal.

“Bagaimanapun, hal itu dikesan tidak berlaku di sini dan rata-rata premis yang diperiksa menggunakan logo halal tidak diiktiraf,” katanya.

Sumber: HMetro

Ingatlah, semua makanan dan rezeki yang kita dpt mesti berunsurkan HALAL,
Anna Da Lady

Wednesday, September 1, 2010

3 Minggu di Bulan Ramadhan

3 minggu di bulan Ramadhan,
10 hari terakhir menjadi rebutan,
Malam Lailatul Qadar menjadi sebutan,
Amal ibadah dilipatgandakan.

Bunyi mercun memecah kesunyian,
Dimain anak-anak di malam hari,
Namun begitu awaslah taulan,
Mercun itu boleh memakan diri.

Kuih raya penuh di balang,
Untuk jadi santapan di hari lebaran,
Juadah apa hendak dihidang?
Berapa banyak duit raya anda sediakan?

Nak duit raya,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails