Tuesday, August 31, 2010

Selamat dan selamat...

1) Selamat Menyambut Hari Merdeka. Namun jangan sesekali alpa dengan kemerdekaan kita.Dalam erti kata sebenar, kita sendiri belum merdeka sepenuhnya. Renung-renungkanlah.

2) Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kepada FRI. Moga kesihatan, rezeki, umur, amal ibadat diberkati oleh Nya.Amin.

All the best, 
Anna Da Lady

Ramadhan menjelma kembali...(LEKAT JAP)...

Sila tekan2 ke bawah untuk lihat entry terbaru...

Suasana berpuasa menggamit kenangan,
Sangat dirindui setiap masa,
Kini muncullah bulan Ramadhan,
Moga amalan kita berlipat ganda.

Anak-anak dihantar ke taska,
Untuk memenuhkan ilmu di dada,
Sahur jangan dilupa,
Walaupun cuma sebiji kurma.

Sedap sungguh ayam percik berlada,
Dijamu dengan air kelapa,
Juadah berbuka berpada-pada,
Takut 'penyakit' yang lain menimpa kita.

Pesanan ikhlas ingin disampaikan saya,
Untuk ingatan kita bersama,
Jangan hanya 'pulun' beribadat dalam bulan Ramadhan sahaja,
Pastikan ibadat kita kekal selamanya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Anna Da Lady

Monday, August 30, 2010

Jom kita cari baju raya...

Minggu lepas tru telephone:

Acik: Akak, haritu Acik gi Mydin, survey Baju Melayu untuk Abah and Adik.
Akak: La yeke? Banyak ke choice nya?
Acik: Aa, banyak...harganya sangat berpatutan compared with yang kita nampak kat Bangi ni...Kualitinya not bad..Kira berbaloila..Ada ke harga baju melayu tu dari serendah sembilan belas ringgit sembilan kupang..Murah ooo...Baju kurung pun banyak...OKla...
Akak: Ish..tak aci ni...Agak-agak jubah seluar ada tak?Nak beli kat Mak Wa ni...
Acik: Hmm, ada kot..
Akak: Ha, jom minggu depan kita gi..
Acik: Tak boleh janjila Kak.Kalu free nanti Acik bagitau lain.

Minggu ni bersamaan hari Sabtu tru SMS, early in da morning:

Acik: Akak, petang ni jomla kita gi Mydin. Acik free ni.
Akak: OK. Nak gi kul bape agak-agak?
Acik: Kul 1 lebihla. Ni still at Rumah Cu.Dia guna keta pulak pegi sekolah.Road tax dia mati plak.

Tru telephone, around 12 o'clock:

Akak: Acik, kita nak gi pukul bape ni?
Acik: Kul 1 lebihla. Pasal pa?
Akak: Bibik Akak takde. Akak hantar dia gi cuti kat umah makcik dia.So, satgi nak bawa Banglong je. Adik nak tinggal. So, nak tidurkan Adik dulu before keluar.
Acik: Ouh.Ok..Dalam kul 1, 2 la.
Akak: OK.Tapi, agak-agak tak ramai orang ka waktu camtu?
Acik: Ok je. Jangan risau. (Tetiba teringat kat KZ, perangai sama ngan KZ, tak suka ramai-ramai...hahahaha)
Akak: Hehe.

Maka, bermulalah pencarian mencari jubah seluar dengan ditemani Anak Banglong after Zuhur. Pergi Mydin, takdela pulak jubah seluar. Jubah adala. Tapi, jubah seluar tak dpaat, benda lain yang dapat. Toys for Anak Banglong and Adik.Ish ish..HAHAHA...and plus sampul raya...(Konfius la ngan Akak aku ni, sampul raya pun nak beli? Kan ke kita bleh dapat free kat Bank waktu tukar duit?Ish ish...)

Then, go to next destination.PKNS. Parking depan PKNS dekat area2 Kedai Perabot tu.
Then, terjumpa satu kedai jual pakaian ni. 
WOW...sangat menarik baju-baju dia. Puas hatila tengok. Harga, lebih murah daripada yang ada kat Bangi setakat yang kami tengok la.Then, sulaman and manik2 dia sangat kemas. Kira sangat puas hatila. PLus boleh minta kurang lagi.

Acik: Akak, cuba tengok baju jubah putih ni? Cantikla.
Akak: Aa, boleh buat baju akad nikah (Sambil kenyit mata, hahahaha)
Acik: Aa..betullah..Boleh buat baju akad nikah.Akak, tengok baju kurung putih ni pulak. Cantik giler. Hm, geramnya.
Akak: Aa.Boleh buat baju akad nikah jugak ni. Hehehe...

Overall, kira puas hatila pergi kedai tu.Macam-macam ada. Tapi untuk saya, saya tak beli apa-apapun kat kedai tu.Akak saya je borong 2 jubah seluar untuk Mak Mertua dia and Mama kami. Satu warna hijau lumut, satu warna coklat muda. Design nya sangat cantik. Nampak muda gitu.

Hmm, geramnya..Cantik sangat,
Anna Da Lady







Friday, August 27, 2010

'Habit' bila study...

Harini cuti kan????Tapi saya tak cuti...huhu...
Ada xm lagi...Tak ke haru?
Kat sini, taknak cerita pasal xm...Apa yang masuk and so on so forth.

Cuba nak kongsi sikit satu habit ni yang akan dibuat untuk menaikkan semangat saya nak study iaitu...

*
*
*
*
*

MESTI DENGAR LAGU,
dengan cara:

Melekapkan ear-phone di telinga dan pasang sampai tak ingat dunia...(ish ish)
Fuh, memang best..
dan Alhamdulillah kaedah ni berjaya mengurangkan tahap kemengantukan, tahap keboringaan dan menjana tahap pemikiran.

Lagu yang akan didengar ialah yang begenre rancak, and happy2 je...Lagu yang boleh dibawa jogging, cthnya...


Credit to my BFF,
Anna Da Lady

Thursday, August 26, 2010

Pening /// Kenapala ada exam ni???

Bila dah besar ni, selalu terpikir...
kenapala kita selalu kena berhadapan dengan exam ye?
Sikit-sikit exam, besar sikit, exam, tambah sem baru lagi, exam...
Exam, exam, exam.....

Mode: Mid term exam,
Anna Da Lady

Wednesday, August 25, 2010

The more the merrier for men, not for wife

Check out the Star newspaper today.....

Men-happy,  on the other hand, wife-xxx?

Got the info from MHI early this morning,
Anna Da Lady

2 minggu sudah kita menghadapi bulan Ramadhan

Test rasa sebelum puasa,
Untuk ditempah sebagai kuih raya,
Sudah 2 minggu kita berpuasa,
Lagi 2 minggu kita nak raya.

Pergi bazar di tengah kota,
Sambil-sambil, bergurau senda,
Bagaimana dengan ibadah kita?
Adakah semakin berlipat ganda?

2 minggu sudah,
Anna Da Lady

Sunday, August 22, 2010

'Tawaf' satu Bangi semata-mata nak basuh kereta...

Ni cerita petang semalam...
Disebabkan kereta saya dan kereta housemate saya, KZ dah lama tak cuci dan nampakla kotornya maka kitaorang pun decidela nak g car wash...Ikutilah perbualan ni.

KZ: Mek, mu selalu basuh kereta kat mana?
Saya: Selalu kat Warta tu.
KZ: Berapa ye dia kena?
Saya: Selalu kena 8 ringgit je.Kadang-kadang dia kata jugak 10 ringgit, tapi aku cakap pula kat dia, selalu saya kena 8 ringgit je? Pastu, dia pun kata, okla, 8 ringgit.
KZ: Oh, ok tak dia cuci?
Saya: Ok je. Bolehla.Awat, mek? Mu nak gi basuh kereta ke?
KZ: Aa..Dah berhabuk dah kereta aku.
Saya: Aa..Aku pun sama.Jomla kita gi basuh kereta, nak?
KZ: Ok je. Tapi bila ye? Tak 'jem' ke?

Hehe..Itula permulaan ceritanya. Kami keluar daripada rumah ke Warta dalam pukul 3 petang, dengan bawa 2 kereta yang masing-masing berhabuk luar dan dalam. hehe.
Sampai-sampai sana daripada luar parking space dekat dengan car wash;
Wow..ramainya manusia...Banyaknya kereta. Sampai 'jem'.

Ish ish.Takleh jadi ni..kena tepon KZ..Kata saya...

Saya: Assalamualaikum KZ.Weh, camne ni? jammed terukla.
KZ: Takpe kita tengok dulu camne.Kalu tak ramai orang basuh keta kita masukla.
Saya: Aakan.kita nak basuh je, bukan nak parking.Ok.

Pastu, dengan jalan-jalan semutnya, dokla pikir, bilala Econsave Jalan Reko nak bukak ni.
Tapi, bila nak sampai dekat pintu masuk nak ke parking bawah bangunan Warta, tetiba saya nampak;
Huwaa...Guard Warta tak bagi masukla, sebab penuh sgt. Terpaksala kami pikir alternatif lain.

Saya: KZ, kita nak pergi mana ni?
KZ: Hmm, mu tau tak mana lagi tempat basuh kereta?
Saya: Adala. Dekat ngan kilang tu.
KZ: Jom kita gi tengok.

Sampai-sampai, ala...ramaila pulak orang.

Saya: KZ, mana lagi?
KZ: Mu tau tak car wash dekat dengan Chevrolet tu?
Saya: Aa..tau..
KZ: Jomla kita gi situ.
Saya: K.see u there.

Maka, kami berdua pun, gila basuh kereta kat situ. Sambil2 tu, jamu mata tengok kereta Chevrolet yang baru. Tapi, penat weh...Semata-mata nak basuh kereta, berapa banyak masa terbuang di atas jalan.

Huwaa,
Anna Da Lady

Saturday, August 21, 2010

'Cat' story: Final

Kesinambungan kisah daripada entry sebelum ni...Cerita ni lepas je kami buat pembentangan kat Conference.Terus kami jalan-jalan cari makan (JJCM) dan jalan-jalan cari barang (JJCB) versi Anna Da Lady.

Pengangkutan utama: Sampan.
Moto sampan: Ala2, moto Air Asia. "Sekarang, semua orang tidak perlu lagi berenang untuk ke tepian."
(Hehe...Tapi, tak nampak pulak dalam gambo ni)


Dan lagi:


Aik? Ape tu? Awak tangkap gambar belakang pakcik pendayung ke? hehe...

Inilah rupanya orang yang mendayung tuk kami supaya kami sampai ke seberang.
Actually, kat Waterfront ni, kalau nak makan-makan, disyorkan pergi ke seberang.
Kiranya kena guna sampan untuk seberang daripada Waterfront ke kampung sebelah sana. Namanya Kampong Boyan kalau tak salah.

Pengalaman naik sampan. Ni first time naik sampan. Before ni naik kayak je, naik bot je, naik feri je. Rasa macam terhuyung-hayang jugak. Perasaan tu terbuai2 hingga nak tidur. Macam still lagi dok atas sampan.

Yang canggihnya sampan ni, dia tak 100% use human energy untuk mendayung. Lebih kurang hanya 70% guna human energy. Yang lainnya dibantu oleh generator.
Tapi, ada part yang menarik pasal nak 'gerak'kan generator ni. Just guna tali yang disambungkan pada generator di belakang sampan kepada pakcik pendayung di depan. Good idea!!!
Take only 2 minutes untuk smpai ke seberang.Bayaran hanya 50 sen..
Murahkan?hukhuk....

Then, bila dah sampai kami pun mulalah pencarian mencari makanan untuk mengisi perut yang tgh lapar. Waktu tu lewat petang.
Kruk...Kruk...

Di samping tu, kami juga mencari tempat kek lapis DAYANG SALHAH yang orang Tune Hotel dok sebut tu. So, tanyalah adik-adik kat Kampong tu.

Kami: Adik, boleh akak tanya?
Adik: Aa.. (dengan gaya malu-malu kucing...hehe)
Kami: Adik, mana kedai yang jual kek lapis tu? Hm, namanya Dayang Salhah rasanya.
Adik: Oo..Itu dia yang ada warna pink tu, Kak.
Kami: Ouh..terima kasih, Dik. Eh, Adik...
Adik:  Ye, Kak.
Kami: Apa ye, makanan yang sedap kat Sarawak ni?
Adik: Hm, Laksa Sarawak...
Kami: Lagi?
Adik: Tapi, Laksa Sarawak yang mak saya masakla.
Kami: Hehe..Adik nak ajak kami makan rumah Adik ke?
Adik: (Sengih je)
Kami: Apa lagi yang best, Dik?
Adik: Hm, ayam penyet, Kak.
Kami: Ayam penyet? (pelik jugak, bukan ke yang itu pun ada kat sini, best ke?)
Kami: Oh, terima kasih ye, Dik.

So, nilah makanan2 kami. Sedap ooo...


Then, bermulalah kami memborong kek lapis selepas mengisi perut. Sampai-sampai, setiap pengunjung/pembeli boleh merasa kek yang dibuat/ada di tempat tu.
Tapi, saya beli tak berdasarkan apa yang dirasa. Main hentam je.Hehe...Asalkan dapat pelbagai perisa dan warna.
Yang menariknya, bagi orang yang macam kita ni (yang naik 'belon'), diaorg menyediakan perkhidmatan letak kek lapis dalam kotak, letak plastik dengan jenama "Dayang Salhah" dan tutup dgn tape. Macam gambar saya tunjuk sebelum ni.
Memang kukuhla.So, takyah risaula masa dalam 'belon' tu...
Apala jadi dengan kek-kek aku ni....

Then, sebab dah lewat petang, kami pun berehatla kat hotel. Next day, mission diteruskan.Pergi cari barang and souvenir dekat area kedai-kedai berhampiran Waterfront.
Harganya....Wow, menarik...Banyak yang murah-murah dan berpatutan.
Boleh beli souvenir banyak-banyak, baju dari Sarawak, beg-beg rotan yang lebih murah dari Semenanjung ni.

Untuk saya, saya sangat suka beg di bawah ni.Sebab;
i) Sangat Unik: Saya suka semuanya yang unik-unik. Different from others. Plus, beg ni boleh dibawa ke pejabat dan jalan-jalan.
ii) Sangat menarik: Diperbuat daripada mengkuang tapi beg ni tak nmpak macam diperbuat daripada mengkuang.
iii) Sangat asli: Fuh, hand-made lagik...
iv) Besar: Saya suka beg-beg besar sebab saya suka sumbat macam-macam barang dalam ni.
v) Harga berpatutan: Lebih murah daripada kat pasaranya kalau nak beli beg2 besar cenggini.


Pastu, untuk Mama saya, saya beli beg jugak. Plus, benda kat bawah ni. Lapik/alas pinggan dan gelas/cawan. Beli sebab ia UNIK, CANTIK dan MURAH jugak. Hehe...


Untuk Abah saya, ada baju kemeja. Cantik jugak. Puas kami mencari barang tuk ayah masing2. Alhamdulillah, jumpa jugak.
Plus, souvenir untuk my friends, anak-anak buah etc.

Then, lepas habis shopping barang-barang ni, kami pun letak barang kat hotel dulu. Sebab tak 'celuih' dah nak letak kat tangan. Hehe...

Lepas tu, pergi seberang. Tengok suasana kat Kampong Boyan pada sebelah petang pulak. Kawan saya ajak saya beli Ikan Masin yang terkenal kat Sarawak tu..Ape ye namanya?Hmm...Ala lupalak...
Tapi, saya kata...
Takpela...Awak je beli.Saya rasa malas la nak bawa ikan masin tu.

Tetiba:
Kring...Kring...

Angah: Acik...Ada kat Kuching lagi ke? Bila nak balik?
Saya: Aa..ada je lagi. Balik petang ni. Nape, Ngah?
Angah: Dah beli ape dah?
Saya: Adala. Acik beli kek lapis, barang-barang sikit.
Angah: Acik beli tak ikan masin tu?
Saya: Taknakla.Malas nak beli. Banyak dah barang ni.
Angah: Ala, belila Cik.Ni dah nak dekat bulan pose ni. Sedap tau makan ikan masin tu.
Saya: Hm, yelah nanti Acik belila.

Ala, kenala jugak beli. Hehe...
Maka, pergila cari Ikan Masin yang dikatakan tu. Beli 3 ekor je. Rega dia: 3 ekor RM10 (besar-besar).
Plus, diaorg sediakn khidmat kotak plus balut ketat2. Sangat cantik packging dia.Siap ada tempat pemegang lagi. Mail Boyan, nama warung jual ikan tu. Hehe...


Maka, dengan itu, berakhirla cerita perjalanan ke Kuching.

Nanti saya pergi lagi ye, Kuching...Nantikan kedatangan saya,
Anna Da Lady




Wednesday, August 18, 2010

1 Minggu di Bulan Ramadhan

Sudah seminggu kita berpuasa,
Menahan lapar serta dahaga,
Nafsu juga dikawal kita,
Supaya kita tidak terleka.

Pagi-pagi bangun sahur,
Sudah kenyang kita pun tertidur,
Namun, jangan kita terlajak tidur,
Hingga Subuh terlepas, masanya  kerna enaknya tidur.

Juga untuk saya,
Anna Da Lady

Saturday, August 14, 2010

FRI @ Hospital

Assalamualaikum,
Masih ingat lagi tak dengan guest blogger yang saya jemput menulis sebelum ni?
Hm, saya ingin berkongsi berita bahawa dia sekarang di admit di salah satu private hospital at Penang atas masalah kesihatan.
Ini satu dugaan baginya. Diadmit pada bulan Ramadhan yang mulia.

Moga beliau tabah menghadapinya. Dan moga juga beliau cepat sembuh, sihat dan ceria kembali bersama keluarga dan sahabat tersayang.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesihatan beliau.

Sharing is caring,
Anna Da Lady

Thursday, August 12, 2010

'Cat' story: Intermittent

Ok...Sempena bulan puasa pada hari ke-2 ni, meh kita sambung balik citer kita pergi Kuching haritu.

Overall, kira OKla...tapi lagi BEST, kalau kita ada kawan di sana yang tahu and boleh bawa kita jalan-jalan kat sana...Lebih bernilai...hehe...
Ataupun jika kita ada masa dan lebih kemampuan untuk berjalan-jalan, dengan menyewa shuttle van or taxi ke, tapi yang ni mesti berjalan beramai-ramai dan JiMaT...Baru LAGI BEST...

K...Nila nama conferens yang saya attend tu...Hijau je..Hukhuk...


Pasal penginapan dan transportation:

Pergi-balik dari/ke LCCT: Air Asia (seperti biasa, kalau nak harga murah, tempahla awal-awal..saya dah tempah lewat...so, mahal la sikit...

Pergi-balik dari/ke Kuching Airport: Shuttle, provided by Tune Hotel. Just pay RM8... Murah tak?hehe... Kalau tak percaya, tengok gambo kat bawah, RM 7.99, I told you....



Penginapan: At Tune Hotel (Ni kawan saya pergi dulu. Dia kata dia just bayar around RM160 for 5days 4 nights tapi seperti biasa kena book awal tru online system. Murahkan?Berbaloi-baloi.
Lagi satu Tune Hotel ni betul2 dekat Waterfront dan tempat yang kira OKla...Dulu saya ingat, Hotel ni jauh dari tempat berkonferens..tengok-tengok, OK...sangat BERBALOI...sebab Dekat dgn tempat yang menarik dan boleh berjalan kaki.


Ni gambar dari atas, from Riverside Majestic Hotel. Tengokla jalan raya tu, lengang je kan? Padahal ni waktu lunch hour...ish ish...


Waktu tu kami tengah rest, so melihat2 sekitar bandar kuching dari atas Hotel ni. At the same time, kami juga mencari manala Kucing yang ramai orang dok sebut-sebut tu. Last-last, Tu dia....
Apa lagi, turunla kami ke situ untuk ambik gambar bersama Kucing tu.

Ni orang yang que up nak ambik gambo bersama Kucing. Walaupun cuaca agak panas, tapi, kita orang still jugak semangat nak bergambar bersama Kucing...

Till next entry,
Anna Da Lady

Tuesday, August 10, 2010

R.E.W.A.R.D.S systems...

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak berkongsi apa yang aku fikir pasal benda ni sebelum saya setelkan kerja seterusnya...
Biasalah, skang dah sampai ke tahap 'short term' memory...
Perkara yang remeh temeh selalu di 'pinggir' kan atau dengan kata sebenarnya "Dah banyak yang dah lupa seiring dengan usia"...hehe...
Nasib-nasib...

Ok...bila kita bercakap pasal REWARDS system, selalunya kita kaitkan dengan hal kerja-kerja kita...
Contohnya, pasal BONUS (hehe..dapat ke tahun ni?), Payback, compensation etc. dan ia selalunya berkaitan contribution kita kepada company...

Tapi, macam mana pulak, bila ia dikaitkan dengan DIRI kita...."PERSONAL"
In my opinion, untuk diri kita, mesti jugak bagi REWARDS...mesti ramai yang melakukan perkara yang sama...
Contohnya, kalau saya...bila saya dah dapat atau setelkan "sesuatu", apa yang saya buat adalah:
i) Syukur kepada-Nya (Tanpa berkat dari Nya, tak dapatlah kita melakukan kerja dengan sempurna)
ii) layan blog.. (ini masa dah ada blog)
iii) beli handbag, baju, kasut baru (ini masa belum dan semasa ada blog, but mengikut kemampuan waktu tu...hehe..)
iv) bagi hadiah kat orang or 'belanja' orang (yang ini memang saya suka buat, sebab suka tengok org suka...tapi, kdg2 tak dapat nak buat setiap masa)
v) makan angin atau erti kata lain lawatan sosial...hehe..maksudnya jenguk orang yang disayangi yang terdekat...e.g: anak-anak buah...

Hmm, tula contohnya...

Apa yang saya nak tekankan kat sini:
" Kita ni jangan melupakan diri kita semata-mata mengejar sesuatu.Kita perlu buat sesuatu untuk menunjukkan diri kita dihargai. Siapa lagi mahu menghargai diri kita, melainkan kita sendiri."

R=Restu, E=Emas, W=Wang ringgit, A=Anugerah, R=Rezeki, D=Dugaan, S=Syukur
Anna Da Lady

Meh kita sambung kerja...

Monday, August 9, 2010

'Cat' story Part 1

Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah selepas perjalanan yang panjang...But,sampai2 rumah je, banyak benda kena setelkan...Dengan kerjanya..Dengan lawatan sosialnya...hehe...
Nipun ambil sedikit waktu jengah Blog kejap...sebagai REWARD siap satu benda...

So, nak bercerita sedikit hal-hal jalan2 makan angin di Kuching...Actually, tujuan utama pergi ke sana bukan disebabkan nak jalan-jalan, tapi sebb nak hadir Conference di sana...

So, berbalik kepada cerita makan angin ni, meh saya kongsi sikit apa yang saya dapat sepanjang di sana..tapi, rasanya biarla saya letak gambar je dulu...Biar ia bercerita...InsyaAllah, di lain masa, saya akan kongsi pengalaman saya di sana yang sedikit itu.

Perkara-perkara yang mesti di'tangkap' di Kuching:


"Tangkapan" yang boleh dibawa pulang:


Till then,
Anna Da Lady

Wednesday, August 4, 2010

'Cat' story...

Bersiaran daripada Kuching, Sarawak...Dekat dengan Waterfront, Kuching...
Bestnya dapat berjalan-jalan tengok negeri orang...

Satu benda yang paling menarik bila duduk kat sini, tak de pun traffic congestion w/pun sewaktu masuk kerja di tengah2 kota raya...Takde pun sekali dengar bunyi hon kat sini...Ish, ish..Uniknya....

Dan, alhamdulillah jugak, perkara yang dikongsi sebelum ni, dah SELESAI, dengan izin Allah...

Dan, sekarang nak pergi berjalan lagi...

Nanti kita jumpak lagi ye, my blog,
Anna Da Lady

Sunday, August 1, 2010

Macam-macam rasa...sedih, keliru dan gembira

Macam mana ye perasaan orang lain ye kat luar sana bila menghadapi situasi seperti ini:

Semasa berborak dengan kawan-kawan, seperti biasa akan diselangi gurau senda...
Tapi dalam hati dah cakap...

Hmm...hepi-hepi ni satgi menangis pulak...berpada-padalah awak...Dahla awak tu minggu ni ada benda yang penting nak kena buat...

Kemudian, lepas sesi berborak, ada pulak sesi berborak yang kedua...
Tapi yang ni lebih serius...
Pasal MASALAH...MASALAH...

Kita tak jangka MASALAH ni akan melanda...
Kita tak jangka MASALAH ni akan membuatkan hati kita keliru dan menjadi kelam-kabut...
Kita tak jangka MASALAH ni akan menimbulkan ketidaksenangan di semua pihak...
Kita tak jangka MASALAH ni akan membuatkan hati insan yang TERGURIS...
Kita tak jangka MASALAH ni akan membuatkan kita yang dipandang penyebabnya...
Kita tak jangka MASALAH yang kita anggap asalnya tak akan menjadi MASALAH menjadi MASALAH...

Hanya kepada Allah, kita berserah dan memohon semoga segalanya berjalan lancar...
Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, walaupun kita ikhlas melakukannya tanpa ada sebarang NIAT membuat orang lain terlibat dalam MASALAH...

Moga hari yang gembira akan hadir jua...

"Ya Allah, kepada Mu kami memohon pertolongan"

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails