Wednesday, October 31, 2012

Hujan setiap petang

Alhamdulillah, bumi Allah ini dirahmati...Hujan setiap petang walau pagi nya terasa panas walupun berjemur sekejap di luar.

Tengok pokok-pokok, seronok aje disimbah hujan. Terutama pokok yang jarang disiram oleh tuannya, termasuk saya...

Hehe..alhamdulillah..Pokok bunga pun semakin menampakkan bunganya...

Kat rumah ni, kami ada tanam 2 pokok berbunga...Kat Penang lagi banyak...Tapi, last time masa balik jenguk rumah, alahai kesiannya pokok-pokok kami...Tak disiram oleh penyewa :(

Anna Da Lady

Tuesday, October 30, 2012

MyChef

Hmm, macam teringin je nak merasa frozen foods rangkaian MyChef ni...

Bila review kat tenet, macam ramai yang puji. Dengan harganya dan rasa, berbaloi untuk dicuba. Dalam range RM5 ke RM16, kata orang...Tak pasti iye ke idak...

Rasa, benda pertama yang nak cuba ialah Ayam Pongteh, sebab tak pernah rasa lagi..Dan next, Semur Daging...

Takpe, nanti kita cari kat hypermarket ye... Katanya ada Tesco dll. Dan terbaru kat Jaya Grocer...

Anna Da Lady

Monday, October 29, 2012

Makan 'jem' la...

Tengok status kawan-kawan kat FB yang dari utara, pakat kena harungi jalan yang sesak...Ada yang guna jalan dlam, konon nak elak jem..tapi, still jugak jem...Tapi, OK la sikit berbanding PLUS highway....

Tu lah dugaan, warga kota yang balik kampung ke utara...Yang dari selatan pun, tengok ada jugak camtu...

Saya dan Mr F, Alhamdulillah, ambik jalan selamat, balik sehari awal, sabtu haritu...jalan Ok, line clear....

Balik raya Aidilfitri haritu, memang harungi jem jugak, sebab balik selasa, ramai kerja Rabu...tapi, masa tu naik motor, tak rasa sangat..tapi, lain plak jadi bila naik motor...

Anna Da Lady

Tuesday, October 23, 2012

Low back pain among motorcyclist

Dan akhirnya terjadi kepada suami sendiri after MRI dan ultrasound :(

Semalam dah cuti sebab memang nak cuti, hari ni kena cuti sebab Mr F masih tak sihat...

Mr F dapat MC straight sampai Rabu. Khamis nak mintak dia ambil cuti sbab nak balik kampong. Harap dia OK bila travel jauh2 nanti

Anna Da Lady

Thursday, October 18, 2012

Matchmaker

Saya sekarang berazam nak menjadi matchmaker kepada seorang kawan baik saya, yang juga saya anggap seorang akak saya.

Dah lama saya kenal dia, since zaman undergrad lagik. Sangat baik, malah lebih baik lagi dari tahun ke tahun :)

Bukan saya seorang je tau nak pasangkan dia dengan seorang 'lelaki yang baik'...tapi ramai lagik...

Tapi, mengenalinya, agak susah nak match kan dia dengan seseorang.

Apapun, kami doakan yang terbaik untukmu, KZ

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails