Tuesday, September 24, 2013

Isteri bekerja tanpa pembantu rumah

Ahad lepas, saya dan Mr F pergi ke rumah my SIL di Alam Damai atas jemputan dinner.

Saja nak bersembang2 selepas lama Mr F takde kat Malaysia tempoh hari.

My SIL baru je menamatkan kontrak maid beliau selepas maid tersebut membuat pelbagai masalah, terutama selepas kahwin. Orang dah bagi cuti, dia sambung lagi cuti...Hmmm

Selama ni my SIL dibantu oleh beberapa maid yang silih berganti disebabkan komitmen keluarga masing-masing.

So, dah beberapa bulan beliau memulakan hidup sebagai isteri dan mama dan saya pun teringin nak tahu bagaimana beliau membahagikan masa antara kerja dan keluarga;

Yong, camne skang?

Alhamdulillah, okla...Cuma skang takde luxury la macam dulu nak bangun lambat. Kalau dulu pukul 6 pagi, baru bangun. Tapi skang, pukul 5 lebih dah bangun n start masak breakfast.

Oh, masak apa?

Kadang-kadang roti telur, nasi goreng..Ala, benda sempoi sempoi je.

Oh, dinner?

Kalau dinner untuk 2 hari berikutnya Yong dah masakkan siap-siap. So, kiranya Abang Amir just perangatkan je la, sebab dia balik awal...So, by the time Yong sampai rumah, dah tak kalut nak sediakan dinner. Tapi, memang kalau boleh nak kurangkan makan kat luar.
Cuma, kalau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu, kitaorang banyak tapau la...Sebab, tumpuan nak kemas rumah dan lain-lain

Oh, ok... (sambil dalam hati, ok jugak idea ni, cuma mungkin makanan kurang fresh. Tapi, apapun, hasil tangan seorang isteri lebih baik daripada makan kat luar)

Anna Da Lady


1 comment:

  1. kurang fresh tapi much better dari makan luar..actually untuk makanan baby pun sama, normally akan masak untuk seminggu dan bekukan..hehe

    tapi aku tak reti nak bekukan,hari2 aku masak fresh kat anak2 kecuali sos spageti,yang tu memang aku bekukan,lama kot nak reneh..

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails