Friday, September 13, 2013

Beliau dah selamat pulang

Alhamdulillah, Mr F dah menjejakkan kaki di Malaysia pukul 6.55pagi tadi.

Sekarang, beliau tengah berehat sambil isteri beliau masak 'lunch' before solat Jumaat.

Esok, kami berdua akan mengembara ke Selatan. Moga jalan lancar dan dilindungi Allah...

Tadi terbaca entry kawan, Lea..Betul kata beliau...

Apa-apa, kita kena selalu ingat Allah...

Kalau kita tinggal rumah, bukan sebab kunci mangga yang berset-set tu penyebab rumah kita susah dimasuki, tapi sebab Allah lindungi rumah kita...

Kalau dalam perjalanan, bukan sebab kita ni terer sangat memandu, tetapi sebab Allah yang lindungi kita...

Apapun, sentiasa ingat pada Allah...Walaupun waktu kita ingat tu, terjadi sesuatu yang buruk..Malang tidak berbau..Hanya Allah yang Tahu kita ingat Dia atau tidak.

Pesanan lebih kepada diri sendiri,

Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails