Wednesday, January 9, 2013

Kerisauan seorang anak: Masalah injap jantung

Sampai je rumah petang ni, dapat message from Abah;

"As..kum. pemeriksaan pakar satu injap jantung tak tutup rapat. tak ada saluran sumbat. ini jadi faktor cepat penat mengah, stress test 9 dapat buat 3 minit terlalu penat mengah. pakar arah ulang test 24 april"

Patutlah sepanjang dalam kereta tadi, rasa nak telefon je parents di kampong :(

Tapi, Alhamdulillah, walaupun bukan injap jantung tersumbat bukan masalah utama. Cuma agak pelik bila dikatakan injap tak tutp rapat...Terus call Abah dari dalam kereta...

Saya: Assalamualaikum Abah....How are you? Camne boleh dikatakan injap tak rapat.
Abah: Mungkin sebab darah tinggi kot dan faktor pemakanan. Jadi, sebab tu lah bila Abah jalan banyak, buat kerja berat, tunduk sikit, dada ni asyik sakit.

Saya: Hmm....Macam mana nak elok balik?
Abah: Doktor kata buat exercise..Jalan sikit-sikit..Tapi, Abah cakap balik, sekarang Abah dok noreh getah pagi-pagi.

Nilah aktiviti Abah, Mama bila pencen...Kalau tak dengan aktiviti sosial mesti buat kebajikan pada tanah ...Abah sambung lagi...

Abah: Hmm, nak cakap dengan Mama tak? Mah, mai ni anak nak cakap....

Saya: Mama...Apa kabar? Mama ikut ka Abah pergi check up tadi?
Mama: Mama tak ikut pun...Tulah, Abah ni..Hmm, dia ni dok stress pegang jawatan Bendahari ni...Bayangkan dok kira duit keluaq masuk..Samapi malam pun, kekdanag tak setel lagi...

Saya: Tulah Ma...Kan kami dah cakap...Abah tu memang kena relaks banyak...Minta orang mudalah pegang!
Mama: Abah kata nak buat aktiviti kebajikan. Banyak pahala...Tapi, dia tu plak tak sihat...Nanti masa Mesyuarat Agung, Mama nak minta orang lain la buat...

Saya: aa, meamng patutla..Pesan kat Abah banyak relaks..Jangan stress sangat!

Hmm...Ini cerita orang tua saya...Saya ingat diri saya je yang makin tua.... terlupa, kadang-kadang, emak ayah sekeluarga kat kampong pun seiring meningkat usia dengan kita :(

Tapi, orang tua kita  ni, hati diaorang cukup sensistif, dan kata diaorang cukup tegas..Macam Ayah saya, dia tetap dengan pendirian nak tolong orang walaupun tengah sakit2 camni..Kita sebagai anak ni skdar bagi padnagan je lah...

Apapun, moga Abah Mama sihat dan dipelihara Allah selalu,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails