Friday, January 25, 2013

Family gathering 2012/2013

Actually, dah lama kami sekeluarga plan nak bawak parents berjalan gi satu tempat n kumpul ramai-ramai...

Alhamdulillah, akhirnya, pada minggu lepas, kami 4 beradik bersama dnegan keluarga masing-masing beserta keluarga adik ipar Kakak and mak merua beliau dapat bersama-sama ke PD....

Itupun bersempena majlis tamat latihan adik saya satu-satunya, Mr Ijanz....

Bermalam satu malam di Hotel, Best western yang dulunya kalau tak salah dikenali Eagle Ranch, kemudian bertukar Tiata Beach...Memang hotel ni agak jauh sikit je dari Pantai Teluk Kemang (buat yang kali pertama sampai)..Rasa macam nak sesat pun ada :)

Sebab jumpak hutan dulu, baru jumpak kawasan ni :)

Appaun, sangat menarik untuk dikenang, hinggakan saat skang kadang-kadang masih 'rindukan' kehadiran parents di sini, dok ramai2...Hmmm

3 budak comot :)

Anna Da Lady

Wednesday, January 16, 2013

Game zaman dulu-dulu: Susun kusyen

Pernah tak kawan-kawan buat benda sebegini?



Sumber: MrGoogle

Ni memang games 'feveret' saya dan adik...Tambah-tambah, bila mak saya nak salin sarung kusyen...

Bantu memang lah kami bantu... :)

Tapi, kami bantu dengan 'habuan'...hehe...

Main kusyen-kusyen ni puas-puas dulu, baru susun elok-elok kat tempat kerusi tu...

Oh, how i miss that time... :(

Memang best sangat! Budak-budak sekarang ada ke yang main macam ni ye?

Saya dah ajaq anak buah...Dan diaorang sangat seronok :)
Anna Da Lady

1+1=3 boleh fikir logik lagi, tapi kalau 2+2=5?

Hehe...

Dulu, kalau orang kata 1+1=3 terus kata, eh mana boleh....

1+1=2 la..Dah belajaq dari zaman tadika kot...

Tapi, bila dah besaq panjang ni, baru faham..ouh...

Sila kaitkan ia dengan soal kehidupan....

Bila SATU orang lelaki berkahwin, yang ni bermaksud (+) dengan SATU orang perempuan, maka jika diizinkan Allah, akan terhasillah ahli ke TIGA dalam keluarga :)

Itulah, bila bercakap pasal kehidupan segalanya mungkin...

Anna Da Lady

Tuesday, January 15, 2013

Karavan?

Cuba baca ni daripada Hmetro: Karavan dalam hotel

Menariknyer...

Haritu pernah bercakap dengan Mr F...

Saya: Abang..bestkan kalau kita ada karavan sendiri?
Mr F: Pasal pe?

Saya: Boleh pergi jalan mana-mana, dok tepi beach tanpa pasang khemah..wow, heavennya!!!!

Hehe...

Anna Da Lady


Mengadap kari tulang daging berjam-jam

Dah kata, daging kan? Confirm la lama...Dari kul 6 petang, sampai 9 malam...

Tapi, rasa 'mengah'la jugak...

Haritu buat kat umah MIL, sup tulang daging guna pressure cooker, takdelalama sangat.

Harini, Mr F nak jamu kawan-kawan seprogram dia...Makan kari ni dengan roti...

Saya buat donut kecik...

Ni tengah menunggu Mr F ambik makanan ni...

Anna Da Lady

Friday, January 11, 2013

Minuman tenaga masa kecik-kecik dulu: Glukosa!

Pernah tengok tak tin macam ni?


Sumber: Google

Hmm, tadi sembang ngan Mr F bila tengok iklan Milo...

Dari dulu, Milo tu femes sampai lah sekarang!

Tapi, Glukosa ni, atau brand dia, Glukolin, tak pernah dengar plak orang promote...

Dulu, saya dan Mr F masa kecik-kecik memang 'dipaksa' minum air ni...Mr F kebanyakkannya kena yang perisa original...Saya plak selalunya anggur...

Memang sedapla...

Tapi, kami minum taktau atas tujuan apa! Hehe...Yang kami tau, kami kena minum sebab mak suruh...Hehe

Tambah tenaga ye?

Anna Da Lady

Thursday, January 10, 2013

Interview di waktu malam dari UK

Alhamdulillah, baru lepas satu sesi interview oleh potential supervisor dari UK.

Memang masa dengar kata kena interview tu, fuh..dup dap!

Tapi, bukan boleh layan sangat dup dap ni...Sebab nanti confirm gelabah punya...

Iye, yang itulah terjadi bila dok tengok jam dari pukul 8.45 hinggalah waktu kejadian, which is at 9.30pm...

Pastu, bila dengar je satu suara aneh, dan nombor aneh...Terus..Dup dap tu bertambah kencang...Tapi hati saya dok berbisik...

"Eh, awak..tenaglah..nanti kalau awak gementar, awak cakap berterabur..Lagi malu!"

Iye..betoi..Lagi kita nervous, lagi ntah apa kita cakap dan buat!

Ada dua orang interviewer tadi...Dua-dua sangat baik dan soft spoken, cuma saya agak kurang dengar sebab apa ye?

Adakah sebab telinga saya bermasalah!

Atau, sebab saya ni memang 'lembap' sikit dengar orang cakap, tambah2 kalau bahasa omputih slang bukan jenis Manglish atau Asia-lish? Hehehe....

Tapi, overall, Alhamdulillah, boleh jawab apa yang dia tanya, walaupun, entah apa-apa saya jawab tadi....Yang penting kena konfiden :)

Kalau dapat, Alhamdulillah, Allah permudahkan...Kalau tak dapat, usahlah bersedih....Ada hikmahnya kan?

Anna Da Lady

Wednesday, January 9, 2013

Kerisauan seorang anak: Masalah injap jantung

Sampai je rumah petang ni, dapat message from Abah;

"As..kum. pemeriksaan pakar satu injap jantung tak tutup rapat. tak ada saluran sumbat. ini jadi faktor cepat penat mengah, stress test 9 dapat buat 3 minit terlalu penat mengah. pakar arah ulang test 24 april"

Patutlah sepanjang dalam kereta tadi, rasa nak telefon je parents di kampong :(

Tapi, Alhamdulillah, walaupun bukan injap jantung tersumbat bukan masalah utama. Cuma agak pelik bila dikatakan injap tak tutp rapat...Terus call Abah dari dalam kereta...

Saya: Assalamualaikum Abah....How are you? Camne boleh dikatakan injap tak rapat.
Abah: Mungkin sebab darah tinggi kot dan faktor pemakanan. Jadi, sebab tu lah bila Abah jalan banyak, buat kerja berat, tunduk sikit, dada ni asyik sakit.

Saya: Hmm....Macam mana nak elok balik?
Abah: Doktor kata buat exercise..Jalan sikit-sikit..Tapi, Abah cakap balik, sekarang Abah dok noreh getah pagi-pagi.

Nilah aktiviti Abah, Mama bila pencen...Kalau tak dengan aktiviti sosial mesti buat kebajikan pada tanah ...Abah sambung lagi...

Abah: Hmm, nak cakap dengan Mama tak? Mah, mai ni anak nak cakap....

Saya: Mama...Apa kabar? Mama ikut ka Abah pergi check up tadi?
Mama: Mama tak ikut pun...Tulah, Abah ni..Hmm, dia ni dok stress pegang jawatan Bendahari ni...Bayangkan dok kira duit keluaq masuk..Samapi malam pun, kekdanag tak setel lagi...

Saya: Tulah Ma...Kan kami dah cakap...Abah tu memang kena relaks banyak...Minta orang mudalah pegang!
Mama: Abah kata nak buat aktiviti kebajikan. Banyak pahala...Tapi, dia tu plak tak sihat...Nanti masa Mesyuarat Agung, Mama nak minta orang lain la buat...

Saya: aa, meamng patutla..Pesan kat Abah banyak relaks..Jangan stress sangat!

Hmm...Ini cerita orang tua saya...Saya ingat diri saya je yang makin tua.... terlupa, kadang-kadang, emak ayah sekeluarga kat kampong pun seiring meningkat usia dengan kita :(

Tapi, orang tua kita  ni, hati diaorang cukup sensistif, dan kata diaorang cukup tegas..Macam Ayah saya, dia tetap dengan pendirian nak tolong orang walaupun tengah sakit2 camni..Kita sebagai anak ni skdar bagi padnagan je lah...

Apapun, moga Abah Mama sihat dan dipelihara Allah selalu,
Anna Da Lady


Semangat yang hilang

Abang...Semangat Ayang hilang masa Abang 'tinggalkan' Ayang minggu lepas tau!

Ni baru rasa semangat tu datang balik :)

Jadi, ni lah kata-kata seorang isteri kepada suami tersayang, sekembalinya beliau daripada outstation.

Entahlah, adakah normal bagi seorang perempuan yang sudah berkahwin berkata begini? Kenapa dulu masa masih bujang, rasa ok je..?

Walaupun pergi mana sorang, tak rasa apa-apa...Walaupun kawan tinggalkan kita, tak rasa apa...Walaupun ibubapa kita jarang kita temui, tak berasa apa-apa...

Adakah sekarang, semuanya sudah berubah?

Ramai orang kata, di sebalik kejayaan suami, mesti ada isteri di belakangnya...Tetapi, berapa ramai kata, di sebalik kejayaan isteri, mesti ada sokongan suami di belakangnya?


Gambar tiada kena mengena..Tetapi saya suka tangkap gambar awan digabungkan dengan laut..Cantik!

Anna Da Lady

Tuesday, January 8, 2013

Bukan permintaan semua orang dapat kita turuti dan bukan semua yang kita kehendaki, kita dapat

Harini rasa kepala 'memberat' semacam....

Macam-macam hal ehwal semasa dalam kepala otak ni...Biasalah, dugaan dunia kan?

Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana dengan akhirat kan? hmm....

Oklah, berbalik kepada cerita untuk post ni, tadi sempat berbual dengan sorang kawan yang baru balik tamat tempoh cuti belajar PhD dari Australia...Mari kita ikuti cerita ini....

Cik A: Apa cerita?
Cik F: Macam ni lah...Tengah buat correction second draft thesis ni.

Cik A: Hmm, susah jugak ye buat PhDkat Australia ni..Sebab 100% berdasarkan thesis ni.
Cik F: Aa, kadang-kadang rasa nak give up je. Haritu masa first draft, buat correction ok lagik...Ni dah second draft pun, SV mintak campur lagi sebahagian info...Aku dah cakap taknak..Last-last, dia bagi explanation in a polite way untuk tambah..Ada betoi jugak dia cakap tu...

Cik A: Bagusnya SV ko ni ye?
Cik F: ada ketikalah :)

Cik A: Aku kadang-kadang jeles tengok korang semua ni...Tengok korang semua dah balik dengan PhD ataupun hampir nak bergelar Dr...
Cik F: A....tak semua sama..masing-masing ada rezeki sendiri..Aku pun jeles tengok korang semua dah bekeluarga..Aku ni je masih single.

Cik A: Hm,,ye jugakkan..rezeki masing-masing...Ni kepala aku dok pening pasal permintaan KJ ni...Dia cakap kalau boleh fikir balik pasal permohonan PhD ke Universiti ni...Tapi, aku rasa aku dah tak larat dah nak buat balik start from zero...Cari balik Universiti lain..Buat balik research proposal baru ikut kesesuaian bidang SV tu...
Cik F: A...Kadang-kadang, bukan semua benda kita boleh penuhi...Kita dah buat sehabis baik...Masuk dulu meeting dapat tempat..Then, biar orang atas plak decide..Kita dah usaha sampai takat ni...

Cik A; Hmm, betoi jugakkan...Kita dah buat terbaik...Biar Allah tentukan...Kalau kata dapat yang itu, mungkin ada hikmah sebaliknya kan?

Anna Da Lady

Bukit Jalil Park

Lagi update tentang Bukit Jalil Park...Dah beberapa bulan tak pergi sini, sebab Mr Ftak boleh joging sangat disebabkan symptom ala-ala LBP yang didiagnosis tempoh hari...

Jadi, aktiviti 'pecahkan lemak' beliau banyak tertumpu pada cycling...

Tapi, apapun Bukit Jalil Park ni memang best untuk aktiviti keluarga..

Boleh picnic, boleh ber'dating', boleh bawak anak-anak naik basikal dll...

Saya ingatkan nak upload gambo kat situ, tapi semua gambo tak sesuai untuk diletakkan di sini, Harap maap ye!
Anna Da Lady

Monday, January 7, 2013

Kisah bersama 'Terukir di bintang'

Bila dengar di radio Hot FM, kata AJL tahun ni, dapat kat lagu Yuna, terus rasa...

"Hmm, memang layak"...Sebab apa tau? Ada cerita di sebalik lagu ni :)

Lagu ni lah, penyebab kami berdua, saya dan Mr F 'tak jadi mengantuk' waktu balik kampong tahun lepas...

Bayangkan, waktu tu bulan puasa...Jadi, kami bertolak balik, right after Isyak...

Dari KL ke Kedah, kalau ikut kebiasaannya mngambil masa lebih dari 5 jam...Memang kami ni tahan ngantuk je...

Kebetulan waktu tu, pinjam kereta kakak sebab kami nak angkut barang2 dari kampong...Besaq sikit kereta depa...

Pastu, bila sampai kat Penang, memang mata ni tahan je...Sekali bukak CD dalam kereta kakak...Terdengarlah lagu ni!!!!

Memang catchy sangat, and sangat best!

Tambah lagi, saya dan Mr F 'berdue' nyanyikan lagu ni untuk hilangkan mengantuk :)
Anna Da Lady

Pabila menggunakan kereta manual

Alahai, setelah sekian lama menggunakan kereta gear manual, baru harini rasa sangat lenguh kaki kiriku ini...

Sebab harini, memang salah taktik...

Selalu, bila jalan jem, pastikan berada dalam free gear...Takdelah kaki tu statik je tekan clutch...

Tapi, kepala saya harini ada 'sedikit pusing'...

Sambil dalam kepala pikir lain, sakit pening plak datang...

Adakah dsebabkan terlebih kafein? Atau disebabkan kelaparan?

Apapun, jalan susur ke arah Seri Kembangan dari arah atau ke arah Putrajaya/Cyberjaya sangat teruk bila hari puncak waktu kerja...

Pihak yang berkenaan mohon ambil tindakan,
Anna Da Lady

Bekalan pagi daripada suami: Kari tulang daging

Wow, very lovely :)

Suami saya aka Mr F memang pandai masak :) 

Pada suatu hari yang hening, beliau telah ceritakan beliau telah masakkan kari tulang untuk kawan-kawan beliau dan sebahagian penduduk kampung sewaktu beliau dan kawan-kawan 'travel' minggu lepas.

Makan dengan roti...Memang habis licin, sampai beliau dan kawan-kawan tak sempat nak makan :)

Maka, mendengarkan je cerita tu, terus saya sebagai isteri yang 'memang suka orang masakkan', meminta beliau masakkan untuk saya...

Maka, semalam, pergilah kami berdua ke Pasar Borong Selangor, semata-mata nak beli tulang daging...

Wow, harganya, walaupun tulang je pun, dah RM18/kilo.. Sama je harga dekat tempat beliau tempoh hari di Sijangkang...

Balik tu, lepas Zuhur je, terus Mr F bersilat di dapur...Beliau bila masak kari/kurma memang suka guna tomato, and bawang yang banyak...Baru ada 'ummp'

Siap je, tengahrai tu, kami makan kari tu dengan nasi, malam tu dengan roti nan dari Kedai Mamak...

Pagi ni, ada lebihan kuah je tanpa daging, cicah dengan roti nan lebihan semalam...

Yummy betoi...Terima kasih wahai suamiku,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails