Saturday, September 29, 2012

Didik anak dengan Al-Quran

Terbaca di blog kawan tentang ada satu blog ni mendidik anak-anak dengan pengenalan kepada huruf Jawi sejak berusia 6 bulan lagi...

Dan anak tersebut dapat membaca al-Quran dan seterusnya dapat menghafaz 30 juzuk di usia yang sangat muda, dalam 3 tahun lebih.

Bayangkan, kekadang terasa 'malu' dengan diri sendiri. Selalunya saya yang masih belum 'beranak sendiri' hanya mengajar anak-anak buah yang masih kecil dengan huruf2 rumi dan nombor.

Jarang menyentuh pengajaran kepada pengenalan kepada huruf Jawi.

Masa untuk berubah,
Anna Da Lady


Friday, September 28, 2012

Alhamdulillah rezeki

Tadi, dalam FB ramai bercakap pasal bajet harini.

Dan lebih brsyukur, ada rezeki lebih InsyaAllah pada hujung tahun ni dan awal tahun depan. Semuanya rezeki dari Allah, kan?

Alhamdulillah jugak, sebab jugak dapat cek yang boleh jugak dikatakan rezeki di tengah perlukan $$$..Hehe... Habuan untuk projek rumah.

Tengahari tadi, terbaca status my BF, Mrs Lea, tentang rezeki dan hutang.

Betul, Allah dah atur elok2 kat kita pasal rezeki etc. ni.

Waktu kita dalam kesesakan, ada je dari macam2 tempat kita tak pernah duga, benda tu datang membantu kita...

Allah always knows what is best for us,
Anna Da Lady



Tuesday, September 25, 2012

Bila tiada smartphone di negara orang

Kan dah kata, bila dok negara orang, hidup pun jadi susahla :(

Kalau nak guna 'tenet' kena bukak laptop...Nak tangkap gambo pun susah...Device asing-asing...

Camera pulak, takde bawak usb nya..Jadi, tak bleh transfer gambar 'la la tu'

Anna Da Lady

Friday, September 21, 2012

Play with color

Just now, looking for the good and right color scheme for my living room.

Disebabkan bathroom yang bocor haritu telah dibaiki, dan disebabkan kesan yang bocor tu nampak pada siling dan dinding, maka, TERPAKSALAH kami mencari pula color scheme yang sesuai untuk digunakan.

Semalam Mr F ada sebutkan Complement color...Boleh tengok kat website ni: http://colorschemedesigner.com/

Dan juga kalau nak paly around dgn color2 yang ada dipasaran-color match, boleh pergi ke:

http://www.mrpaintman.com.my/
http://www.mrpaintman.com.my/
http://www.icidulux.com.my/EN/products/products.html
http://colouradvisor.jotun.com/countrys/eng/

Apa lagi ye brand yang ada?

Ok, nanti cerita lagi,
Anna Da Lady

Wednesday, September 19, 2012

Adam & Hawa Episod 14

Tonton online: SINI

Bercuti rehat harini: Nak recover tenaga yang hilang dan nasihat MIL minta duduk rumah tengokkan tukang buat kerja,
Anna Da Lady

Tuesday, September 18, 2012

18092012: Renovation Bilik Air

Alhamdulillah, telah selesai satu bilik 'dikerjakan' oleh tukang yang dilantik. Sebab bilik air ni hanya memerlukan kerja mengetuk dan menggantikan jubin pada bahagian lantai sahaja...

Walaupun begitu, nampaknya kerjanya jugak agak leceh, sebab bukan melibatkan penggantian jubin sahaja, tetapi jugak kena bukak mangkuk tandas dan strainer.

Strainer jenis macam ni berharga lebih kurang 17 hinggit. Tengok brand kot. Haritu tengok je, terus beli, sebab malas nak fikir banyak-banyak kali.

Sekali tengok kedai lain, ada yang lagi mahal dalam 30 hinggit dan ada yang murah dalam 1 ke 2 hinggit.

Sumber: Pakcik Google

Nanti kita tengok sebelum dan selepas ye,
Anna Da Lady

Episod terbaru @Adam&Hawa

Alamak, juga telah tertengok cerita ni....Tapi, takde la rasa 'kena' tengok...Cuma, nak kena cari novel dan baca...Lagi best kot!

Cuba tengok sini E13

Hehe,
Anna Da Lady

Monday, September 17, 2012

Rumah berhabuk

....sampai rasa hidup dalam keadaan 'kelabu' :)

Rumah sekarang tangah renovate bilik air, kes bocor and bertakung tulah...

Makanya, memang tengah berhabuk la sekarang...

Tukang start buat kerja hari Sabtu pagi, semalam berehat jap sebab hujan, harini sambung balik....

Tukang ada 2, dua-dua dari seberang (Indonesia), direcommendkan oleh kawan Mr F yang mana ketika ini, jugak sibuk menyiapkan rumah lain..Jadi, terpaksalah, dia recommend kan tukang 2 orang ni.

Diaorang kedua-dua bilik air atas dulu..Memang hack abis2 la..Terutama master bedroom.

Alang-alang dah hack, harusla ganti paip dan segala hand bidet, angle valve, stopcock kan?

Jadi, macam-macam yang saya belajar harini, sebab Mr F takde...jadi, segala benda yang kurang, saya lah yang jadi runner nya...

T pipe la, elbow la etc...

Nanti update lagi,
Anna Da Lady

Thursday, September 13, 2012

Pabila kereta sakit...

(Sambungan daripada ayat di atas)

....Maka, terpaksalah saya memandu dengan penuh berhemah :) which is jarang dilakukan pada awal pagi nak pergi kerja, sebab nak kejar masa

Simptom kereta sakit mula dirasakan sangat teruk, pabila memandu dengan Mr F semalam...Bunyi 'kedeguk' bila tukar gear, and sudden high speed pada gear rendah.

Maka, disebabkan kereta sakit, saya dan Mr F turut merasa sakit bersama...Bila bunyi je, mulalah rasa 'seghiau' dan merasai bersama sakit tersebut :(

Nak hantar workshop semalam, tak sempat...Maka, maybe Sabtu or Selasa depan bila dapat kereta 'pinjam' jap...

Sebab rasanya, kena dok seharian kereta ni, bagi diaorang betul2 check...

Maybe ada masalah suspension or drive system...Tapi, apapun harap sangat janganlah ia melibatkan kos yang mencapai 4 angka...Setakat ni, tak pernah lagi pergi servis capai figure 1xxx tu...Pengsan saya!!!!

Kereta ni memang perlu sangat dijaga, sebab saya gunakan ia, lebih 50km pergi dan balik kerja-rumah. Hmm, jadi bila sampai 3-4 bulan je, confirm masuk bengkel untuk servis 10k...

Haritu, motor Mr F dah masuk bengkel 3 minggu sebab nak tunggu part sampai dari oversea...Cost sangatlah tinggi...

Tapi, bak kata Mr F..."Hmm, benda ni abang tak pernah tukar, jadi sangatlah berpatutan dengan harganya.."

Hopefully, kereta ni takde masalah-masalah besar, mudah dan murah ye!!! Sebab, banyak komitmen lain kena setelkan :)

InsyaAllah,
Anna Da Lady

Wednesday, September 12, 2012

Tidak sakit kepala lagi bila berehat bersama yang tersayang!!!

Semalam, balik rumah awal dalam pukul 5 gitu. Sebab kepala ni berdenyut2 tak berhenti.

Nak kata puasa tak bangun makan, ye jugak...Sebab minum melon milk je.

Nak kata mengadap komputer, samada buat kerja atau tak buat kerja ye jugak, sebab semalam banyak masa depan komputer.

Jadi, kemungkinan itu adalah perkara yang perlu dielakkan untuk tidak sakit kepala lagi.

Semalam, lepas Isyak je, terus masuk tidur, sebab sakit sangat. Selalu benda ni akan jadi dalam sebulan sekali...

Tapi, saya rasa lebih kepada keadaan gigi ni. Sampai Mr F kata;

"Sakita lagi ke, Yang? Kalau ye, jomla pergi jumpa Dr."

Maka, saya yang memang tak suka pergi jumpa Dr, menjawab....

"Hmm...Takpela bang. Esok lega la ni...ayang makan actifast je lah"

Pastu, alhamdulillah, harini OK. Ditambah lagi dapat bercuti rehat sebab rasa kena rehatkan minda dan kumpul tenaga.

Mr F pun sama-sama bercuti menemankan saya, risau sakit lagi.

Tapi, bukan berehat sangat pun. Menyelesaikan beberapa benda untuk rumah tersayang...

Maka, tiada lagi sakit kepala, bila bersama yang TERSAYANG...

Hehe,
Anna Da Lady

Tuesday, September 11, 2012

Skill memasak, membakar, meroti

Adoi...Secara terus-terangnya, saya sangat jeles tengok kekawan, samada sama baya, lebih senior, atau lebih junior dapat 'masak' macam-macam jenis masakan samada masakan melayu ke, masakan barat (lasagna, spehard pie etc.), roti ke, bun ke, kek ke...

Huwaaaaaaaa...nak menangis pun ada..sebab saya tak 'cekap' lagi nak buat semua tu :(

Memangla semua di hujung jari...Nak resepi A, type A...keluarla A...

Tapi, masalahnya, masa dan skill memasak tu tak sebanyak dan seterer kawan-kawan yang lain...

Pernah dengar tak, naktau dia ni pandai masak ke tak, tengok tapak tangan dia...

Hmm,
Anna Da Lady

Monday, September 10, 2012

Puasa 6

Mesti ada orang dah habis kan puasa 6? Hehe..Jeles I...

Jadi, disebabkan tak habis lagi, marathonla saya dan Mr F...Tapi, Mr F tinggal beberapa hari je lagi...Saya banyak!!!!!

Bukan saya je tau, kawan-kawan ofis saya pun sama...Hehe..Majoriti dapat 'beraya' pada hari Jumaat ni...

Kami ni lambat bukan sebab apa, mood raya masih ada...Alasan kan? :)

Sebenarnya kan.....Ada lah 'kata-kata jahat' dalam hati saya ni...

"Tak payahla puasa..Buat penat je..."

Alhamdulillah, 'ada suara baik muncul pulak menentang kata-kata jahat ni'

"Eh, puasa la..rugi...mana tau ini tahun terakhir kita dapat berpuasa di bulan Syawal..."

Hmm...Apapun, moga kita semua dapat bertemu kembali Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.
Anna Da Lady


Bila nak bercuti ni?

Ouch, sekarang tengah mengira-ngira masa yang ada sebelum cuti sekolah bermula. Sebabnya....

SAYA PERLUKAN GUNAKAN VOUCHER YANG DIBERI OLEH GOLDEN PALM RESORT sebelum cuti sekolah bermula dan bukan pada hujung minggu...

Aiya...Bulan ni, jadual kami kemungkinan tidak dapat 'dicutikan' pada hari bekerja.

Bulan depan, saya dengar cuti jabatan saya akan dibekukan, sebab ada hal penting kami kena buat.

Bulan lagi satu, hanya tinggal satu minggu je yang boleh before cuti sekolah. Masalahnya, Mr F pulak katanya ada training, cuma taktau bila...

Jadi, penyelesaiannya camne? Macam kena 'burn' je benda alah tu.
Anna Da Lady

Tiket TGV FREE

Haritu Mr F dapat tiket wayang free sempena besday dia. Dari TGV...2 pax..

Pastu, kami ni dah lama tak tengok wayang..Kalau boleh, cuba nak elakkan..Last tengok, cerita Trasnformer (3D) tu...sebab ianya 3D.

So, kali ni, bila dpat tiket free, mulalah tanya kawan2, apa movie yang best..Kalau boleh, nak tengok yang 3 D jugak...

Mr F ada kata, "Hmm...sekarang rasanya kurang kot yang menarik,sebab kalau macam pengalaman Abang kat US dulu, movie best selalu keluar time summer."

Sekarang ni? Dah nak musim sejuk pun,
Anna Da Lady

Saturday, September 8, 2012

Awak ada kawan nak perkenalkan dengan adik saya?

Hari Khamis lepas, berborak sambil buat kerja dengan seorang senior;

Kawan A: Awak, ada tak kawan-kawan ke sedara ke yang masih single?

Saya: Hmm, adala kot...Kenapa?

Kawan A: Ini untuk adik saya la. Doktor, umur dah 35. Tapi, dia ni jenis baik sangat. Jarang bersosial.

Saya: Oh, yang Doktor tu ke?

Pastu, saya mencadangkan nama kawan saya di Jabatan yang baru balik dari Australia dengan phd.

Kawan A: Eh, dia tu belum kahwin ke?

Saya: Belum lagi...

Kawan A: Umur?

Saya: Rasanya 30 lebihla...

Kawan A: Study kat mana?

Saya: Undergrad kat UK, Master dalam Malaysia, Phd kat Australia...

Kawan A: oh, Adik saya ni study kat luar dulu...

Saya: Ha, ada lagi sorang kawan suami saya..Anak seorang yang terkenal...Dot dot dot (terpaksa dirahsiakan)...

Kawan A: Berapa umur? Kerja apa?

Saya: 38, pilot...

Kawan A: Pilot??? (dengan riak agak suka, tak suka di situ)

Saya: Aa, pilot...

Kawan A: Adik saya ni dah treat banyak pilot. Dia agak kenal dengan perangai diaorang ni..Ada yang negatif..ada yang positif...

Saya: Yelah, saya pun biasa dengar. Tapi,mana nak tau, yang dulu negatif dah bertaubat, insyaAllah okay...

Kawan A: Aa, ye jugak..Kalau ada jodoh, adalah.

Anna Da Lady

Friday, September 7, 2012

Paspot yang hilang diganti baru dengan amaran...

Ingat tak, tempoh hari bulan Ogos saya pernah cerita pasal hal saya nak kena buat paspot baru sebab paspot lama entah di mana...Dahtu ditambah lagi, paspot yang hilang tarikh tamatnya 2014..Lagilah, satu masalah!

Tak berjumpa setelah sekian lama terperuk dalam satu tempat yang tidak dapat dikenalpasti

Alhamdulillah, semalam dah dapat semula pasport yang baru...Ingat kan nak buat 2 tahun je, tapi dia mintak jugak buat 5 tahun dengan bayaran RM300..Hmm...

Moga-moga kali ni, pasport berada dalam keadaan selamat ye...Jangan hilang dah,
Anna Da Lady

Janda Baik: Hot chicks ke Hot mama?

Perbualan semalam;

Saya: Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak Abang join ayang untuk program esok.

Mr F: Kat mana ye?

Saya: Hot Chicks..Janda Baik. (with snyum sampai ke pipi je)

Mr F: Eh, hot mama la...Janda kan? Hehehe.. (tapi, Mr F senyum sampai ke telinga)

Saja je, bergurau senda selepas penat sepanjang hari.

InsyaAllah, petang ni akan memulakan trip seterusnya menghala ke Pantai Timur ke sini

Buat kerja sambil berehat :)

Pastu, tadi baru tengok map nak ke sini dari KL.



Wow, penuh berliku bila lepas Genting Sempah...

Ada kawan cakap:

Si A: Weh, aku tak nak ikut area RnR Genting Sempah ni. Kata orang, jalan nya sempit dan berliku.

Si B: Aa, better ikut jalan Bukit Tinggi ni..

Pastu Si C pulak, terus pergi menggodek komputer dan tengok jarak dari RnR mengikut jalan dalam tu...Ada kot dalam 10km...

Fuh, dahla kemungkinan sampai malam kat area tu...Apapun, doa semua selamat

Anna Da Lady

Tuesday, September 4, 2012

Bimbang bila terkenangkan...

As usual, saya pergi kerja dngn kereta, Mr F dengan motor kapcai dia plak harini..Sebab katanya dah lama tak naik kapcai...

Saya menghala ke Bangi, beliau ke Semenyih, guna jalan yang sama...Semasa sampai di Pusat bandar putra permai, saya masih nampak beliau di hadapan, menunggang dengan cermat...Namun, saya di belakang, sangat risaukan 'keselamatan' beliau...

Tambah2 bila baca status blog Kak LG@Australia, suaminya dilanggar dari belakang oleh kereta yang cuai. lagi bertambah risau...

Betul! Kita sebagai manusia ni, tak dapat nak elak perkara2 tak elok berlaku. Kita dah berhati2, tapi ada jugak yang 'cuai'...

Apapun doa adalah senjata,
Anna Da Lady


Sunday, September 2, 2012

Perasaan bila beraya

Entahla, raya tahun ni macam tak ada 'kick' sangat...

Memangla dapat beraya bersama dengan keluarga tersayang, tapi tak sempat bertandang ke rumah-rumah yang biasa diziarah ketika raya...Kebanyakannya rumah tok wan2 dan tok2 di Kedah.

Sebab masa agak terbatas dan 'kepenatan' mengatasi rasa nak beraya :)

Lepas tu, tahun ni, Mama tak buat laksa sseperti yang dibuat sebelum ni, sebab katanya;

"Tahun ni tak larat la. Tak sempat nak buat.."

Takpe, Raya Haji ni kalau rajin, kena buat tau!
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails