Tuesday, July 15, 2014

Iftar di negara orang

Alhamdulillah, sudah masuk 2 minggu lebih berpuasa di sini - Jerman. Walaupun dalam keadaan yang 'tidak berapa stabil', puasa tetap berjalan seperti biasa...

Walaupun dikatakan di sini sudah masuk musim 'summer', tapi tak macam summer sangat pun :) Ada hari hujan, ada hari sejuk sangat, ada hari panas. Tapi panas nya pun takdela macam kat Malaysia.

So, ada hikmahnya walaupun dalam keadaan kesihatan diri yang tidak berapa stabil ni, cuaca sangat mendamaikan :)

Berkaitan menu berbuka puasa, memang setiap hari kena la masak. Dan yang bestnya, di apartment yang kami sewa ni, ada satu famili dari Malaysia. So, ada masa, kami akan bertukar hidangan. Dan, sudah 3 kali kami berbukan di rumah mereka bersama dengan sebahagian 'adik'adik' dari Malaysia di tempat mereka.

Kami tak boleh invite orang berbuka puasa di rumah kami, sebab rumah kami kecik jek :) Macam keluasan bilik hotel tu...Tapi lengkapla dengan facilities-memasak nya etc.

Dan bila rasa nak makan kuih yang memang tak pernah buat semasa berada di Malaysia, kena la mengadap internet cari resepi.

Masa minggu pertama puasa, buat la kuih seri muka and pulut makan dengan serunding ikan...Walaupun kuih tu nampak tak berseri, tapi rasa tetap ada...Memang mencabar betul...Dapat jamu jugak adik-adik tu masa diaorang datang berbuka puasa kat rumah jiran...

Lepas tu, buat kuih keria bersira, tapi kat sini susah nak jumpa ubi keledek, so tukar dengan ubi kentang...

Then, buat pula bubur kacang hijau, bubur sagu...

Mr F selalu tegur, tak payahla buat kuih-kuih tu, manis jek..tak elok tuk kesihatan..Tapi, nak buat camne...mengidam kot nak makan kuih2 manis ni...

Ada beberapa lagi kuih dalam list yang rasa nak buat: akok, kuih lipat....

Apapun, ni memang pengalaman yang tidak boleh dijual beli,
Anna Da Lady








1 comment:

  1. waaaa teror acik buat kuih. pasni boleh share resepi, =) mengidam benda manis???? jeng..jeng...tp betul pesan M.F x elok makan benda manis- jika berbadan dua ( tekaan ni kalau salah ampun) boleh mendatngkan kepada penyakit diabetis gestasi.

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails