Thursday, February 28, 2013

KL Sentral dan sekitarnya (sambungan)

Sambungan daripada sini...

Memang banyak berubah KL SEntral sekarang...

akan dibina satu bangunan yang menghubungkan monorail secara terus dengan bangunan utama KL Sentral...Memang sepatutnya...Lebih convenient...

Terus saya teringat dengan Frankfurt, Germany punya main Central Station Hauptbahnhof ...(Tak pasti ejaan ni betul ke tidak)...hehe

Nampak nya macam tulah style nya...Ada bridge, ada elevator...Memang besar....


Ni di salah satu stesen train di satu daerah lain yang ada elevator untuk naik ke atas.... :)

Anna Da Lady

Friday, February 22, 2013

Perubahan KL Sentral dan kawasan sekitar

Tiga hari berturut-turut di sebelah pagi, saya dan rakan akan pergi 'menjengah' bandar KL atas urusan kerja...Dimulai dengan area Bukit Bintang, KL Sentral dan ditutupi dengan Bukit Bintang sekali lagi....

Hari pertama, iiatu hari Rabu ke area Bukit Bintang, berdekatan dengan Monorail Raja Chulan. Waktu ni, pergi menumpang dengan kereta kawan..Jadi, tak berapa rasa penat sangat drive dan tidak 'sesat'...

Tapi, hari kedua, iaitu hari Khamis, drive sendiri sambil ditemani seorang kawan, ke satu tempat, berdekatan dengan KL Sentral, Mid Valley, Jalan Istana,  dan Jalan Tun Smabathan...Senang cerita ke Best Western Premier Dua Sentral...Tempat ni baru siap dibuka, bersebelahan dengan TNB....

Tapi, masalahnya, saya ni yang jarang memandu ke area Mid Valley, KL Sentral dan kawasan sekitarnya, tersalah masuk lorong, maka memang memusing sampai ke mana hala...

Hingga ke satu tempat yang saya rasa,

"eh, ni bukan macam pemandangan yang selalu kita tengok!!!"

Ada satu kawasan 'India Street' (tak pasti nama apa) di area Jalan Tun Sambathan...First time, saya lalu,.... :) Alhamdulillah, jalan tak 'jem'..cuma mencari2 bangunan tadi...

Telefon PIC di tempat tu..jalan ke depan sikit, nampaklah tempat tu....Di sebelah kanan dari Jalan Tun Sambathan area 'India Street' tu...

Tapi, lagi satu masalah, nak pergi tempat tu, kena u-turn jauh sangat, sampai area UTC, iaitu bus station untuk ke arah utara..memang lenguh 'makcik' ni menekan clush, tukar gear...

Maka, harini 'makcik' ni dah taknak drive lagi pergi area KL...Maka public transport menjadi pilihan...
Maka, niklah 'makcik' berdua dengan kawan perempuan kelmarin yang teman 'makcik' ni...

Kenderaan awam pertama ialah, komuter dari UKM-KL Sentral...memang 'makcik' jakun sekejap, sebab dah lama tak naik komuter ni....Coach yang baru dan lebih kemas...Dengan display tempat yang menunjukkan dimana kita berada pada direction komuter ni...Dan jangka masa tunggu yang tidak lagi lama....

45 minit to be exact masa yang dimabil untuk ke KL Sentral...

Sampai situ, kena tukar pulak ke public transprt lain ke arah Bukit Bintang iaitu monoraill...Wah, 'makcik' jakun lagi, sebab dah lama tak sampai KL SEntral..Luar KL Sentral dah banyak berubah...Ada bangunan yang baru naik untuk menghubungkan stesen monorail dan KL Sentral...

Rasa penant sikit bila berjalan macam ni...

To be continue
Anna Da Lady






Wednesday, February 13, 2013

Pemilihan jubin untuk bilik air

Cerita ni dah lama tertangguh...Sampai ketiga-tiga bilik air yang direnovate tu pun dah beratus2 kali guna :)

Sebabnya, banyak gambar dalam handphone dan tuan punya handphone ni jenis 'malas' sikit nak buat kerja lebih masa...

Hinggalah, masa cuti CNY2013, cik abe tuan punya handphone ni nak memformat kan handphone kesayangannya isterinya...Maka, ditransfer la semua gambo dalam hanphone tersebut...

Ok, ini adalah antara gambar semasa pemilihan jubin..diambil di Jalan Reko, Kajang...Nice combination jugak...Temanya hijau....Tapi, bukan ini pilihan saya...


Next...Jubin ini pulak dengan tema warna merah-oren....Tapi, juga bukan pilhan saya...


Ini bukan bilik air rumah saya...Tetapi, rumah kakak ipar di Alam Damai..Baru je siap penghujung tahun lepas...Kombinasi jubin yang agak menarik....


Ha...inilah salah satu pilihan untuk bilik air rumah saya..Bahagian bawah...Waktu ni, tengah menyusun jubin mengikut pattern apa yang sesuai..Ada zigzag, ada lurus...


Last-last sekali, jadilah seperti gambo di bawah...Gabungan lantai (warna kelabu) dan dinding (krim dan coklat)


Gambar penuh, takde...Sebab tuan punya rumah, masih 'malas' nak tangkap gambo :)

Anna Da Lady



Friday, February 8, 2013

Pendeposit Tabung Haji: Bonus Jubli Emas 2012

Saya daripada kecik adalah pemegang akaun TH...Sebab dulu mak ayah saya bahagian sebahagian duit simpanan diaorang pada anak2 melalui akaun ini...Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah, ada juga bekalan untuk kami ini bila membesar :)

Dan memang saya gunakan akaun ini bila mak ayah pergi ke Mekah, semasa saya masih dalam pengajian...

Daripada: Kosmo online....


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.
Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas.
“Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam.

Friday, February 1, 2013

Gian nak berenang!

Perasaan gian nak berenang bila rasa sangat happy bila dapat skill berenang balik... :)

Suker giler!!!!!!!!!!!!!!

Bayangkan selepas hampir 7 tahun semua skill tu hilang, nak dapat balik, punyalah susah :(

Sebab utamanya,
1) tak jumpa kolam renang yang sesuai, maknanya, tempat yang 'agak tertutup' :)
2) tiada pengajar yang FOC
3) tiada mood nak belajar berenang


Akhirnya, pada minggu lepas, setelah diajar selepas beberapa minit oleh Mr F, dapat lah skill tu balik....Cuma, bab tahan nafas lama-lama tu, tak dapat lagik....

Gambo ni diambil kat Gold Coast Morib....Memang best tempat ni w/pun ada kekurangnannya...
Tapi, saya abaikan sebab rasa hepi dapat berenang balik mengatasi semua kekurangan nya :)


Corridor apartment yang didiami selama dua malam 

Jadi, sekarang, menunggu masa untuk 'bertemu kolam balik'....hehe

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails