Thursday, April 28, 2011

Manual ke auto???

Ni nak cakap pasal isu kereta...
Perubahan yang berlaku dalam kamus hidup saya...

Kalau nak cakap pasal hal kereta ni, macam-macam sejarah ada...Hahaha...
Dulu, masa nak ambik lesen kereta, huh, punyala susah. 
Almaklumlah orang kampong.Hukhuk.
Belajaq kat pekan kecik, test kat pekan besaq.

Lepas tu, struktur 'gaung' nya tak sama. Kalau kat kampung, kami praktis gaung di tempat yang kecerunannya tak sama dengan yang sebenar, iiatu dia tapak ujian JPJ diadakan.
Saya mengaku saya terpaksa ambik test JPJ 2x, semata-mata 'gaung' tu...
Kalau dalam real life, bila saya sebut 'gaung' je, ramai kawan2 yang gelakkan saya. Sebab saya confuse nak sebut camne...
Kadang2 tersasul..Masalah, masalah....

Tapikan, tak boleh salahkan 'gaung' tu jugak kan? Kesian kat 'gaung' tukan? Hahahaha....
Semuanya atas diri kita sebenarnya... Kita ni serba boleh ke idak? Ye tak?
Saya mengaku saya memang tak terer bab pandu kereta masa mula2 bawak tu....menggelataq, beb...
And saya tabik spring pada kawan saya yang boleh lulus ujian kereta sekali je ambik, xspeseli Mrs Lea...Hahaha....Terharu tak, Lea?
Tapi, ada satu sebab lagi saya tak lulus..sebab saya ambik ujian tu selepas bebrapa lama saya tak pegang keta...
Almaklumlah, waktu tu still bergelar student..So, nak amik test, nak belajaq keta hanya waktu cuti sem or cuti hujung minggu je la...
So, as a result, banyak yang terlupa...
Actually, saya pernah cerita pasal hal ini, dalam post yang lalu...Tak ingat yang mana...

Ok, berbalik kepada topik asal, pasal kereta auto and manual...
Baru-baru ni, kalau sesiapa pernah bacala, rasanya ramai yang tahu ye?...
JPJ nak laksanakan test kereta auto...Cuma lesen nya hanya boleh dapat auto sahaja, tak macam orang yang test guna kereta manual, boleh dapat dua-dua..Tu pro and cons la..

Kalau diberi pilihan dulu-dulu, memang saya nak Auto la...
Sebab, mudah and selesa...Hahaha...Nampak lembut sikit...
Kalau dah bawa manual ni, ganas tau!!!..Hahaha...

Namun setelah menginjak usia, sesuai dengan kematangan diri (alamak, matang ke?), saya rasa berbaloi jugak saya ambik and belajaq keta manual dulu...
at least, saya tahu camne nak pakai manual punya keta...

A few years back, saya meminjam kereta mak saya ke hulu ke hilir, masa start2 keja, from Penang sampaila ke Bangi...Ini kereta auto...
Kereta KAR 1XXX, sangat berjasa pada saya...
Sekarang kereta tu, dah selamat balik ke kampong halaman...
My BFF tolong jadi 'Mamat Delivery'...

So, skang, saya guna kereta manual pula...
Masa mula2 di'paksa' menggunakan kereta manual ni, memang saya menjerit dalam hati...

Hati jahat saya kata: Huh, awak tu mana reti bawak keta manual...
Hati baik saya kata: Belajar pelan-pelan. Lama-lama bolehla. Belum cuba belum tahu.

Kalau nak tahu, saya bawa benda ni sampai ke mimpi...
Punyala gerun nak bawa kereta manual ni...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh la sikit2 bawa kereta manual...
Cuma rasa penat and sakit hati bila terpaksa tempuh 'jem'
Sampai kaki ni naik kematu jadinya...
And saya tak berani sangat bawa laju, terutama waktu banyak kereta and hujan...
Contoh kejadian semalam...
Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku.
Cuma kenderaan belakang saya dan belakang saya yang ada masalah...Hopefully, evertyhing OK, ye...

So, saya nak berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jangan cepat putus asa, belum cuba belum tahu.

Mohon Allah beri perlindungan kepada kita semua,
Anna Da Lady


Sunday, April 24, 2011

Merasa cukup...

Untuk renungan dan dikongsi bersama.

Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu
boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya.
Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun
yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti
bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani
terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah
semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana.
Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua
karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya.
Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas
hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana
dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah
perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua
pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja
kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah
target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami
berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak
menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang.  Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan
hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak
perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan
berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita
terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan
manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan
diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan
menjadi manusia yang berbahagia.

Wednesday, April 20, 2011

Dalam suka, ada duka...

Kelmarin dulu, kawan saya ada msg saya...

"Jemputlah datang rumah 28 Mei nanti. Nak antar kad ke mana?"

Terkejut saya..tetiba je dia ni hantar berita gembira macam ni...Dahla lama saya tak contact dia...Lama tak jumpak walaupun kami ni satu kampong...

Pastu, kebetulan satu malam tu kami berborak, dalam loghat Kedah....

Saya: Weh..tahniah..Dah lama tak jumpak ang..Tetiba ada berita gembira macam ni...
Dia: Terima kasih.. :)
Saya: Weh, lamanya ang cuti...
Dia: Aku baru lepas operation...

Hah, operation???Terkejutnya saya....
Tup tup, dalam cerita happy, ada cerita sedih...

Kawan saya ni baru lepas disahkan ada ketumbuhan ovari...
Ovarinya satu kena buang dah..ketumbuhan sebesar 21cm..Besar kan?

Hmm, pastu saya ada tanya dia, ada nak tunjuk ke arah kanser ke?
Dia kata, Dr cakap kat borderline..
Hmm, taktaulah...

Pastu, today masa saya amik exam Pre-IELTS di tempat kerja saya, saya terjumpa seorang Radiotherapist, bakal specialist dalam bidang ni...
Saya cerita kat dia pasal benda ni...

Pastu dia cakap, tak kesemua ketumbuhan tu boleh jadi kanser...
Dan tak bermakna bila ketumbuhan sebesar tu, fibroid etc, tu kanser...
Kanser ni boleh jadi sekecik-keciknya tapi ia cepat merebak...

Ya, Allah..aku mohon kepada MU jauhilah kami semua daripada sebarang penyakit..Amin

Mood: Macam2,
Anna Da Lady

Aiya..macammana saya nak guna kalau ia selembap begini???

Cuba cerita sikit wahai Mr/Ms *****m...

Selalu awak promote gunalah saya, gunalah saya...
Tapi, kalau selalu bila saya buka awak lembap camni, macam mana saya nak guna...

Saya dahla nak guna awak ni, sangat urgent...

Haiya...

Pendek kata, tolong tingkatkan la servis awak tu,
Anna Da Lady

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah..dua hari berturut-turut ada orang belanja makan lunch :)

Hehe..semalam, saya menziarahi Mrs Lea, my BF and Mr Zarip, suami Mrs Lea..sebab Mr Zarip kan baru lepas kena 12 jahitan...
Hmm, Zarip..macam mana la boleh terkena ye???

Semalam masa sampai dekat rumah diaorg, tak sempat pulak sembang...
Saya banyak main dengan Imaan...

Pastu, kebetulan Lea jamu kami nasi ayam..Alhamdulillah...

Pastu, today, my Akak call saya kata nak belanja makan sempena besday sama semalam...
Mula2 ingat, nak pergi Pizza San Francisco tu, pastu bertukar plak ke Limau Nipis..
Pastu bila sampai sana, teringin plak nak makan nasi beriani...
Hehe...

Tapi, pendek kata Alhamdulillah...

Moga diberkati rezeki semuanya,
Anna Da Lady

Wednesday, April 13, 2011

Angka belakang berganjak lagi satu esok hari...

Macam tak percayalah...

Tadi masa dah sampai depan pintu rumah, tetiba tersedar...

"Harini hari apa ye? Oh, 13 hb..Esok dah 14hb..."

Tapi, betulla tak rasa diri ni layak menyandang usia sebegitu...
Rasa macam tak cukup matured...

Kalau nak bandingkan dengan budak2 zaman skang, memang nampak kita ni macam jauh di pinggiran...
Tengok diaorang lagi matured..Trendy..Updated...Macam-macamla...
Bak kata mudah, sangatlah tak sangka diaoorang lebih muda dari kita...

Hahaha,
Anna Da Lady

Saturday, April 9, 2011

Selamat menunaikan umrah dan selamat hari lahir buat Adik

Semalam (8 April 2011), adalah hari di mana Mama dan Abah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan ziarah negara-negara Arab. 
Kalau ikut asalnya, rombongan mereka juga ingin melawat Mesir.
Namun disebabkan kekacauan negara tersebut, dengan politiknya, dengan macam-macamnya, rombongan tidak jadi menghala ke sana.

Seperti tahun2 sebelumnya, Mama, Abah pergi ke sana dengan travel agent, Jagong Mas yang bertempat di Stadium Aloq Setaq.
Ramai jugak kali ni rombongan terdiri daripada orang kampong. Pakcik Shukor and Makcik Hindon pun pergi jugak.

Semalam, yang pergi iringi abah, mama berlepas adalah, kakngah, bangngah dan anak2, adik, my BFF, adik nyer kawan, and kakak & anak.
Tapi kakak sampai terlewat sikit gara2 anak Raimi buat perangai. 
"Tak mau ikut...Tak mau ikut..."

Ish ish...Dioarg hanya dapat lihat my parents dari balai berlepas je..Tak sempat nak peluk cium... 
Takpe, InsyaAllah, Mama, Abah dan rombongan selamat pergi dan balik...Amin...

Dan semalam jugak, hari lahir Adik kesayangan, Ijan Zan...
Budak ni memang jenis yang berdikari..Tak suka susahkan orang...
Semalam dia sampai KL dari Johor kul 3 pagi kat TBS..
Tapi, takde pun telefon kitaorang suruh gi ambik...
Kul 6 pagi, baru dia tunggu balik ambik teksi...

Huh...Kalau saya, meraung jugak,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails