Friday, December 28, 2012

Tongue Twisters I Aktiviti membelitkan lidah

Jika anda rasa anda suka membuat senaman lidah, sila cuba ayat-ayat di bawah. Saja nak cuba-cuba lepas baca satu cerpen;


Kakiku kuning kerana kakakku.


LAGI!



Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku




LAGI...kita tukar bahasa pulak!



Picky people pick Peter Pan Peanut-Butter



If Stu chews shoes, should Stu choose the shoes he chews?



Baca slow-slow, then laju-laju..confirm terbelit punya..Hehe

Anna Da Lady

Thursday, December 27, 2012

Boys: not pink please!!!

Minggu ni berkesempatan meluangkan masa dengan anak-anak buah dan adik-adik sepupu di Bangi, Shah Alam dan Setapak.

Dah lama dah perasan benda ni...Bila tengok anak buah yang lelaki mesti kata:

Anak buah boy 1:
"Alah, Ma...ni ada pink. Tak mahula...ni girl punya..."

Anak buah boy 2:
"Mama...Ni bukan Danis nyer. Ada pink ni.." (sambil menjerit)

Hmm, camne ye diaorg ni dari kecik dah tau, selalunya pink ni relate dgn gegirl? Ada kah sebab budaya semasa...Dan pergaulan dnegan kawan-kawan di nursery diaorg? :)

Mudah tetapi kalau fikirkan macam ia satu 'kelaziman'...

Anna Da Lady

Friday, December 14, 2012

Tayar kembung untuk kali ke-2 selepas jatuh dalam lubang

Hmm...Memang dugaan betul di pagi Jumaat ni. Takpe, Allah nak buang dosa ni, bagi sedaq sikit banyak silap saya buat ni :(

First time dulu, tayar kembung disebabkan jatuh dalam lubang besar kat ngan rumah...Kali ni, di waktu pagi yang nyaman, jadi plak kat Bangi, masa odw nak pergi bank..hmmm...

kalau kali pertama dulu, kira okla, sebab tayar memang kena ditukar dah lepas 2 tahun...tapi yang ini..tak sampai setahun kot...

Pasrah,
Anna Da Lady

Tuesday, December 11, 2012

Bila 'Jerman' datang melambai.....


Come in...

Suasana di waktu petang di Dusseldorf selepas hujan rintik-rintik...


Terhibur dengan persembahan pakcik ni...Memang sedap, tapi tak boleh makan :)


Suasana di pasar petang

Anna Da Lady







Wednesday, December 5, 2012

Mata pedih

Mata saya ni dari semalam lagi rasa pedih-pedih..Nak mengadap komputer pun tak boleh lama-lama..Agak-agak kenapa ye?

Lepas tu, pagi tadi, rasa bdan ni macam lemah je..berfikir pun tak laju sangat. Memori 'mengingat' lagi lah, ntah ke mana..kejap je dalam kepala...

Adakah selepas hari 'esok', maka semuanya akan OK?

Harap-harap, dengan izin Allah
Anna Da Lady


Tuesday, December 4, 2012

Beg-beg lama yang telah dilupuskan

Ada satu zaman ni kan, masa masih lagi anak dara....

Sangat suka mengumpulkan pelbagai jenis koleksi handbag...

Ni adalah 2 jenis handbag yang telah dibuang sebab kerosakan pada bahagian kulitnya...Sayang betul, sebab kedua-dua handbag ni dibeli pada fasa-fasa terawal bergelar pekerja....

Ni kecik sikit....

Lama-lama suka beg besar, sebab boleh muat macam2 brg....


Beg2 ni semua brand cikai je, jadi tak terasa sangat 'sayang'....Tapi masih ada nilai sentimental terhadap beg2 ni

Anna Da Lady



Sunday, December 2, 2012

Kenangan bersama Honeymaw

Dua entry sebelum ni ada cerita pasal kucing kesayangan kami terutama Mr F telah meninggalkan kami selama-lamanya...Ni adalah gambar awal waktu kami baru 'dapatkan' ia...


Bermain di dalam sangkar...Waktu ni umur dia baru dalam 2 bulan...Lahir bulan 6 tahun ni...Spot dia tak berapa jelas lagi...


tengah main di luar sangkar...Sangat aktif.

Semalam, masa di MAHA2012, Mr F sangat berkenan tengok kucing-kucing yang ada di exhibition hall tu...Macam-macam jenis ada...

My MIL ada cakap, "Ha...ambillah kucing mama yang baru lahir ni...Rupa dia macam kucing kamu tu"



Bye-bye Honeymaw...
Anna Da Lady


Saturday, December 1, 2012

MAHA 2012

Mula-mula dulu, seminggu sebelum MAHA berlangsung, tertengok-tengok tapak MAEPS telah dipenuhi dengan kanopi-kanopi bewarna putih.

Saya dan Mr F tertanya-tanya, apa bendalah yang dia nak buat ni...Rupanya, ada MAHA minngu depan tu...23 November hingga 2 Disember 2012...

Lepas tu, saya dan Mr F berkira-kira nak pergi sebab skang ni tengah hantu nak menanam pokok-pokok spt limau, cili etc.

Maka, harini baru berkesempatan pergi...Alhamdulillah, sebab kami naik motor, jadi tak terlibat dengan kesesakan di jalan raya, terutama dari arah Puchong atau Bandar Baru Seri Kembangan. Masalah sesak, sebab parking selalu penuh di kawsan parking tu...Jadi, banyak kereta kena parking di sebelah lagi satu....

Sebelum pergi, tengok dulu website MAHA...Website nya di sini: http://www.maha.gov.my/2012/

Sampai situ dalam pukul 11 lebih..walaupun nampak kereta banyak, tapi orang, takdaklah sampai tak boleh jalan langsung....

Tapi, mengikut kata DJ, harini adalah hari yang sangat meriah dari biasa...Mungkin sebab orang suka datang last minute kot..Heheh


Perkhidmatan bas memang banyak..Tapi kurang daripada demand..Sebab memang bas-bas dipenuhi manusia...

Saya ngan Mr F dapat naik bas dan dapat duduk, tapi tak naik lama pun..Just sampai kawasan ternakan je dari kawasan ketibaan...Pusing-pusing situ, dalam pukul 1 lebih, terus chow...Sebab sudah menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun...

Apa yang perlu diingat jika kawan-kawan terasa nak pergi (kepada yang belum pernah pergi);

1) Kena bawa payung...Sebab pagi-pagi hingga tengahari memang panas...
2) Kalau nak datang, tengok dulu cuaca semasa...macam skang, hujan selalu di tengahari, maka seelok-eloknya elak waktu tersebut...
3) Pakai kasut yang selesa...Janganlah menyeksa diri pakai high heel ke...hehe
4) Pakai baju yang selesa...
5) Rancang perjalanan anda betul-betul...
6) Sediakan air minuman siap-sipa..Jimat belanja...
7) Duit jangan lupa disediakan untuk beli makanan, minuman, pokok-pokok..dan kalau nak beli lembu, kucing ka...sediakan duit cukup-cukup ye!!!

DAN yang paling pentinggg!!!!

Pastikan diri anda dan famili anda WANGI sentiasa..hehe...

Pesanan ikhlas dari saya
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails