Wednesday, December 28, 2011

Eksperimen tak menjadi...

Ini kesinambungan cerita ini...
http://annadalady.blogspot.com/2011/12/bila-peti-ais-rosak.html

Sudah beberapa hari melakukan eksperimen ini...

Cerita pasal hal ni kat Mr F, pasal garam boleh lambatkan 'kecairan' ais...

Mr F kata, "Eh, mana ada...lagi cair ada la..."

"hmm..takpe, biar saya buat eksperimen dulu.."

"Alah, takyah..cuba google tengok....cuba fikir..garam tu dibuat dari apa? tindakbalas nyer camne..."

"hmm...berasidla...takpe, cuba tengok...biar tak jadi depan mata, dari baca fakta je..."

Okla..maka saya sudah buat 2 kali eksperimen ni....

Final result, sama je..ais tu cair gak after 1-2 days...

Saya siap beli 2 kotak putih tu lagi...Satu saya letak garam, satu lagi tanpa garam...

Tapi, it is not the final result yet...sebab maybe kotak tu tidak sesuai untuk benda-benda cenggini...
Dan juga angin/udara dapat masuk sebab kotak tak rapat...so, ais jadi cair
Dan juga maybe jenis ais tiub tak sesuai untuk dijadikan eksperimen ini...

Maka, saya pun google la...ternampak artikel ni.. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetuaJoran_Garamlambatkanaiscair/Article/index

Tapi, yelah..maybe tong simpanan tu dia tu jenis mahal...kalau nak dibandingkan dengan kotak ais putih saya ni yang hanya berharga bawah 10 hinggit...

Tapi takpe, at least saya puas hati sebab saya dapat buktikan tidak semestinya letak garam tu lambat cair pada mana-mana ais....berdasarkan apa yang saya buat dan lihat, ia bergantung juga pada jenis kotak, jenis ais dan tahap pengudaraan...

Maka, terpaksala selepas ini saya membeli barang basah setiap kali balik kerja...

No more excuse, till peti ais elok semula...

Chaiyok,
Anna Da Lady

Dua hari berturut-turut...DAN cerita nasi beriani

Semalam dan hari ni, saudara dan kawan Mr F datang melawat kami di B. J****...

Saudara aka Paklong keluarga angkat Mr F dari Kedah...Suami isteri datang melawat...
Alhamdulillah, mereka baru kembali dari beramal 40 hari di Bangladesh...

Maklong cerita, keadaan di Bangladesh sangat susah...
Walaupun orang tu kerja as Professor, rumahnya biasa aja...
Maklong juga berkongsi cerita, mesin basuh pun tak ada di rumah Professor tu...

Hmm, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada ye...

Itu semalam...Semalam sempatla ambil leave sebab nak melayan tetamu yang datang berkunjung...
Masak lunch yang sempoi-sempoi aje...

Hari ini pulak...Lebih kurang pukul 12 lebih, Mr F call...Masa tu kat ofis...

"A...Cikgu K ada kat sini...Nak datang melawat kita..."

"Oh, ok..Nak makan malam ke?"

"Takpela, abang bawak dia pergi makan kat luar.."

Pastu, habis di situ...

Saya msg MrF...

Betul ke taknak makan kat rumah ni? Boleh aje masak..

Oklah...lagipun dia datang dengan 2 orang lagi kawan...

So, balik je kerja, terus mengadap dapur...Sebenarnya hampir tiap hari macam tu...

Cuma harini, rasa taktau nak masak apa...Mati kutu jadinya...

Tapi, Alhamdulillah...Bolehlah daripada takde...dapat buat nasi beriani sempoi...Sebab bahan tak cukup...

Cuma, seperti biasa, Mr F adalah pengkomen tegar bab-bab masakan ni...

Ayat yang biasa keluar dari mulut dia semasa makan ialah....
.... Macammana Ayang masak ni?

Hehehe...Tu bukan sebab apa, sebab Mr F ni memang pandai masak...

Kalau nak panggil kawan-kawan or family datang ramai, better dia yang jadi ketua tukang masak...

Sampai my mom, sebut macam ni masa saya bawa dia ke Penang minggu lepas...

Waktu tu, dia pergi makan malam dengan my dad at salah satu kedai mamak dekat dengan hotel kami duduk...

Dia rasa teruja nak makan nasi beriani mamak tu, sebab tengok ramai giler orang beratur...

Bila balik je dari kedai mamak tu, saya tanya dia...

"Mama makan ke nasi beriani kat situ?"

"Aa, makan..Tak sedap pun...F masak lagi sedap.."

Hahaha..Kan dah kata...Puji menantu sendiri ye...

Mr F sure sonok dia kalau Mama kata depan dia...

Haha,
Anna Da Lady

Friday, December 23, 2011

Bila peti ais rosak...

>>> Mulalah fikir macam-macam alternatif nak ganti kaedah penyejukan peti ais ni...
Peti ais ni pun adalah dari generasi ke generasi...Nanti cerita lain...

Mula-mula dulu kata bila dah rosak ni,

"Jomlah, kita cari yang baru.." Kata Mr F...

Pergilah jelajah kedai2 elektrik lepas tu...

Mr F ni memang dari dulu sangat suka dengan peti ais yang ada fungsi automatic ice maker

Sebab dia sangat suka minum minuman berais...Dan juga saya :))

Dulu masa kat umah lama before berpindah ke KL, memang dia gunakan peti ais style ni...

Tapi terpaksa dijualkan sebab nak berpindah kawasan kepada kawan karibnya...

Lagipun waktu tu dok merancang nak keluar Mesia..

Ok, tu cerita dulu...

berbalik kepada hal beli peti ais baru ni...

Last-last fikir balik, nanti dululah...

Malam tu lepas survey kedai, telefon la MIL, cakap nak hantar barang-barang dalam peti ais ni ke rumah dia, xspeseli barang-barang basah...

Memang banyak, beb...

Sebab saya ni suka shopping barang basah..

Senang bila nak masak nanti...Tak payahla pergi kedai berulang kali...

" Mama, Ana nak pergi rumah Mama ni nak hantar barang basah. Peti ais rosak.."

" La, kenapa?" Tanya MIL saya.

Saya pun ceritalah dari A to Z.

"hmm, cuba hantar ke kedai tengok. Manatau boleh perbaiki."

"hmm, betul jugak...boleh difikirkan"

Tapi, masalahnya sampai sekarang peti ais tu duduk di situ, disebabkan kekangan masa dan tenaga...

Penat weh nak angkat peti ais tu dua orang...Huh, satu kerja plak...

So, skang sementara ada 'new solution' terpaksa la, saya pergi beli barang basah before sampai umah setiap hari waktu kerja...

Mr F kata, "ha, ni la baru fresh"

Senyum jelah....

So, skang saya terfikir nak cari kotak yang bleh simpan barang2 basah tu..kawan kata tahan jugak..
dan nak bagi tahan lagi, letak garam dalam ais tu..
Supaya ais lambat cair

Nanti kita cuba ye Mr F,
Anna Da Lady




Setiap pagi bila drive...

>>>> Mesti saya mengelamun, terutama bila jalan 'jem'...

Selalu yang difikirkan dalam kepala ini adalah,
Masalah dunia yang memang tak pernah nak surut dalam kehidupan yang fana ni...

Tapi, saya cuba positifkan diri...
Semua ni hanya sementara..
Ingat pada Allah yang selalu berada bersama kita..
Walaupun dah banyak dosa/kealpaan kita lakukan

Allah Maha Penyayang

Jika kita dilanda kesusahan, ingat pada Nya

Mungkin kita tak dapat luahkan kepada orang tersayang sebab takut dia pun terkesan sama..

Takpe, Allah masih ada...

Bersama-samalah kita mengamalkannya,
Anna Da Lady

Thursday, December 22, 2011

Macam ni ye?

Semalam diumumkan pengeluaran wang kertas yang baru.
Cantik jugak ye.
And colorful...

Pastu harini dalam berita, punyala ramai orang beratur nak beli set wang kertas yang baru ni...

"Macam ni ye bagi orang yang gemar benda-benda baru ni?"
Tanya saya pada Mr F.

"Aa, kalau dah minat. Abang dulu pun macam tu jugak. Waktu tengah kumpul setem."

Tapi bagi saya, hmm..kalau orang dah beratur sepanjang tu, takdela nak pergi membelinya...
Tunggulah reda..

Ataupun bila dah jadi yang kedua-ketiga-keempat etc ke tangan kita. :)

Itulah namanya hobi,
Anna Da Lady

W and double U

Bila bersama dengan Mr F, terutama ketika travel dalam kereta, banyak benda baru yang dikongsi, yang sebelum ni saya pun tak pernah fikir...

Taktaula pulak bagaimana dengan orang lain...

Salah satunya, asal usul "W"

W jika dieja bunyinya "double U"

Ha, perasan tak, kawan-kawan tentang perkara ini?

Pastu, banyak lagi la Mr F berkongsi, tapi tak ingatla...

Nanti maybe dari masa ke masa bila dah ingat, saya akan tulis di sini...

Sekian,
Anna Da Lady


Tuesday, December 6, 2011

Jalan sudah berturap, kerana apa ye?

Ala, think it in +ve way...
Alhamdulillah, Bangi dah nampak banyak jalan berturap, menutup jalan-jalan lama yang berlubang and tak rata...

Tapi Bukit Jalil and Bandar Putra Permai pula bila? Sangat teruk ok...

Sampai tayar saya dah rosak disebabkan lubang yang dalam itu...

Melayang $$$ hanya disebabkan benda-benda ini...

Pastu, kekadang terpikir jugak..
"Hmm, bahaya nye jalan-jalan berlubang ni. Macam mana ye orang bawa moto tu"

Bayangkan, lubang tu besar2...kalau keta lalu pun rasa macam nak ranap dah tayar tu..apa tah lagi motor...
tetiba teringat Mr F...
Ke hulu ke hilir dengan Motor..

"Ya Allah, moga engkau lindungi kami semua dari sebarang malapetaka dan kuatkanlah iman kami menghadapi dugaan di dunia ini..."

Aduan Rakyat di penghujung 2011,
Anna Da Lady

Never thought that....

2011 dah nak berakhir?
Aiya..Tak sedar sangat...

Tadi sempat belek-belek kalendar dan tengok agenda sepanjang hari...
Penuh agenda bulan ni...
Takpe, just a few weeks to face...

Hope 2012 will produce 'something'...

Hmm, lepas ni kena cari diari 2012 la...
Fashion apa plak ye nak cari...

Mengelamun sebentar,
Anna Da Lady

Monday, December 5, 2011

Hari minggu yang agak kosong tetapi lesu jugak...

Weekend yang baru melabuhkan tirainya semalam, diisi dengan benda-benda yang hmm..biasa-biasa aja...

Agak kosong memandangkan beberapa minggu sebelum ini, asyik tak rasa nikmat hujung minggu di rumah sendiri...

Tapi, okla...cuma agak 'keciwa' sikit sebab tak dapat nak attend jemputan kawan sekerja..
Ada kambing tu...

Sebab rasa badan dah penat sangat... Bila nampak katil je, terus mata terlelap..

Pastu semalam, lepak je kat umah...
Mr F dok mengemas barang dia nak bawa gi ofis...
Saya pulak meng iron koleksi baju pejabat..

Sabtu tu dah buat, tapi buat lagila sesi mengiron..

Bila bercakap pasal sesi meng iron baju, saya paling suka compared to melipat baju...

Sebab melipat baju banyak kena duduk, kadang2 kaki pun lenguh...
Bila iron, kena berdiri...
Bagi saya, sesi meng iron ni la buat saya bertambah 'slim'..hehe

Boleh buat exercise gitu...

Alkisahnya
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails