Friday, May 31, 2013

Umrah: Sunglasses

Cuaca panas di Mekah-Madinah terutama di tengahari pada bulan Mei ini, sememangnya memerlukan semangat yang kuat daripada para tetamu Allah untuk ke sana.

Alhamdulillah, lanjutan daripada post yang lalu, saya, Mr F dan MIL telah selamat menunaikan umrah kami yang pertama baru-baru ini. Keadaan kesihatan kami, Alhamdulillah, okay..Cuma saya je agak kurang sihat sikit.

Tadi, saya sempat godek BH online, dan terjumpa satu artikel menarik pasal kaca mata pintar: 

Recon Jet, kaca mata pintar

Sememangnya semasa kat sana, kaca mata hitam memang membantu saya, suami menahan silau ketika di tengahari. Terutama waktu buat tawaf dan ziarah. 


Malah, my MIL juga, disebabkan beliau mengalami masalah rabun dan tidak selesa memakai contact lens, kami galakkan beliau tukar kepada kaca mata jenis transition. Memang mahal sikit, tetapi, Alhamdulillah membantu beliau ketika di sana :)

Memang saya sarankan kepada kekawan yang nak ke sana ketika cuaca panas terik ni, bawalah kaca mata hitam. Mata kita terjaga, kita pun selesa 


p.s: Pokok pisang yang ada buah ni di belakang rumah dah selamat ditebang. Alhamdulillah, sedap jugak pisang nangka ni ye :)


Anna Da Lady 
(Bahasa dalam post kali ni agak kelam kelibut, sebab masih dalam fasa mendapat mood menaip)


Tuesday, May 21, 2013

Muka gelap dan pecah tumit

Assalamualaikum, bersua kembali selepas hampir sekian lama meninggalkan blog usang ini.

Kembalinya pemilik blog ini dengan perubahan tone muka yang agak ketara dan sedikit pecah di tumit...Gara-gara tak pakai sun-block dimuka dan lotion di tumit...

Hopefully, kembali cerahlah dan pulihlah seperti sedia kala...

Bersambung nanti
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails