Tuesday, July 31, 2012

Jamu kawan-kawan suami makan

Kalau kita jamu orang lain untuk berbuka puasa, kita dapat pahala kan?

So, harini saya ambik kata-kata di atas untuk 'kelentang-kelentong' di dapur untuk masak juadah berbuka puasa untuk Mr F dan rakan-rakannya di surau...

Kata Mr F, ada kot dalam 5-6 orang...Beliau bagitau semalam pasal hal ni...

Jadi, disebabkan saya ni tak pandai masak sangat, saya tak amik risiko untuk masak makanan yang heavy2.. Hehe..Lagipun, petang semalam, periuk nasi saya rosak...Sedar waktu nak guna untuk masak juadah berbuka semalam...Semalam pun, saya terpaksa gunakan dapur gas dan periuk kukus...

Saya ni bukan pandai tanak nasi atas dapur..jadi sebagai penyelamat, gunakan periuk kukus untuk elakkan nasi hangit..hehehe...

So, menu berbuka untuk Mr F dan rakan-rakan ialah....
1) Mi goreng udang
2) Popia goreng yang saya 'frozen' kan dalam peti ais...intinya ialah lebihan makaroni bakar tempoh hari..Cuma saya tambahkan cheese untuk tambahkan keenakan...Satu kelainan kan? hehe
3) Keropok lekor frozen segera yang dibeli di Giant..Bolehla rasanya
4) Sirap laici
5) Kurma kering
6) Kismis dan kawan-kawannya yang diberi Pakcik dan Makcik masa pergi umrah tempoh hari...dari Mekah
7) Puding vanilla
8) Rambutan dari kampong

Untuk saya pula, hanya perangatkan nasi tomato dan ayam masak merah semalam plus betik n air kosong...Tupun, memang kenyang sesangat...

Padahal, sahur tadi hanya minum air masak, susu sikit dan kurma sebijik je...Sebab penat sangat badan..Nak makan pun tak larat...
Mr F pula bersahur makan roti dengan cheese, susu, dan kurma...

Itulah menu kami hingga hari ini,
Anna Da Lady

Hati yang panas dah sejuk sikit sikit dan cerita Olimpik

Hmmm...luahan hati kelmarin, saya ingin lupakan...

apapun peringatan utnuk diri sendiri jugak..setiap kerja kena dilakukan dengan Ikhlas..Moga rezeki diberkati..

Ok, ini menu semalam..saya copy balik, sebab dah delete entry sebelum ni... Malas nak kenang...

Sahur isnin: cereal fitness (banana plus nut), roti dengan cheese, air soya

Buka isnin: nasi tomato, ayam masak merah, popia, fries, air krim soda

Ok, cerita pasal olimpik...

Terbaca di satu enrty my BF, pasal mascot olimpik...

Astaghfirullah..mengucap panjang saya tengok...Semakin 'berani' mereka ini...

Moga kita semua umat Islam tambahkan iman, kuatkan iman perangi anasir-anasir sebegini,
Anna Da Lady

Sunday, July 29, 2012

Rusa, kijang, kancil dan pelanduk adakah serupa?

Alhamdulillah...Selamat sampai di Home Sweet Home pukul 4 lebih tadi. Singgah kejap di rumah lama Penang amik surat dan rumah kakak@Shah Alam, dropkan buah2 an dari kampung :)

Memang sangat memenatkan perjalanan kali ni. Balik Kedah di belah malam, memang tahan mengantuk betul2 la.

Mr F elok je 'melentok' bila saya drive. Tapi, bila dia drive, mata saya taknak pejam pula :) Jadi, salah siapa? Saya jugakkan...

Kali ni, dapat bersahur 2 kali dan berbuka sekali dengan mama abah di kampong. Alhamdulillah, masing2 sihat dan bertenaga walaupun telah meningkat usia...Hanya tidur atau rehatkan diri sebelum zuhur. anak dia n, lepas subuh je, terus letakkan kepala kat atas bantal :)

Pagi2 lepas je subuh, diaorg terus mengadap kebun masing-masing. sorang ke kiri sorang ke kanan :) Memang masa diaoarng sekarang banyak terisi dengan benda2 cenggini.. And juga mesyuarat sana sini.

Abah, semalam kami tak dapat berbuka bersama..sebab dia ada meeting sampaila lepas Maghrib baru balik. Katanya, dah berbuka puasa di tempat meeting tu.

Masa sahur malam pertama, ada daging kijang masak lemak rebung...sodap!!!

memang saya dah pesan siap2 kat mama, balik ni nak makan rebung ngan petai..tengok2 semua mama dah masak, kecuali petai di makan pada hari kedua sahur.

Daging pelanduk pula dimakan pada hari kedua. Pelanduk ni memang kecik. Besaq2 kucing tu..hehe..Daging dia sekali tengok macam ayam pun ada.

Pastu, kekdang saya dok pikir apa beza kijang dengan rusa? Pelanduk ngan kancil...Mama cakap, pelanduk tu si kancil la...Tapi, kijang ngan rusa saya taktau apa beza dia...

Meh, kita tengok apa yang dimakan ketika berbuka dan bersahur pada hari Sabtu hingga harini.

Sahur Sabtu: Gulai kijang masak rebung, rebung masak lemak, ayam panggang (abang saya beli), ikan sungai goreng, udang kecik2 masak apa ntah..saya pun taktau nama...tapi, sodap!!!

Buka Sabtu: Mi goreng, nasi kerabu, air soya, sirap cincau, murtabak (abang beli, masin sikit) Harini, berbuka sekali dengan abang, ca' dan izzah..comei tengok izzah..dah macam pandai2..sebut pun tak
'telo'

Sahur Ahad: Masak lemak cili api pelanduk dengan kentang, sambal udang petai,ayam panggang dan ikan bakar keli (abang beli)

Buka Ahad: Mi goreng (Angah bagi masa singgah di rumah dia), burger bakar (beli kat bzar ramadhan dekat rumah..sodap..n ni first time kami suami isteri pergi bzar ramdhan)

Anna Da Lady





Friday, July 27, 2012

Nasi ambeng dipesan Abah

Tadi semasa tengah memasak di dapur;

Saya: Abah...Kami bertolak malam ni ye, lepas Maghrib. Dalam pukul 8 gitu.


Abah: Ok...Eh, jangan lupa nanti singgah R&R mana-mana beli nasi ambeng...


Saya: Ha? nasi ambeng? Eh, mintakla mama buat..senang je kan? hehehe....

Abah: Lecehla Acik...Mi goreng lagi...Nasi putih lagi...Ayam masak kicaplagi..Tempe lagi...Make sure, jangan basi tau!

Suara nakal mula menjelma...

Saya: Eh, macam mana nak make sure tak basi..Kita kan bayar dulu, lepas tu baru la tau basi ke idak..HAHAHAHA


Ok, itu selingan je, meh kita tengok apa yang dibuat untuk bersahur dan berbuka sepanjang dari hari Khamis hingga Jumaat

Khamis sahur: Disebabkan masing-masing kenyang sebab melantak di hotel semalam, maka, masing-masing hanya makan kurma, roti sekeping, betik sikit dan air manis :)

Khamis berbuka: Nasi putih, sayur goreng dengan sotong, ikan merah masam manis, makaroni bakar. air sirap longan

Komen saya dan Mr F untuk makanan berbuka Khamis: Kurang masin dalam sayur dan jangan bubuh lagi susu cair dalam makaroni bakar..asyik mengurai je...tak jadi beku semua :)

Jumaat sahur: Cereal fitness (banana + nut), nescafe susu, soya ros Season

Jumaat berbuka: Nasi putih, ayam goreng berempah, sambal sotong, kerepok lekor

Ok..Itu saja terlebih dahulu. Doakan kami selamat pergi dan pulang ye (KL-Kedah-Kedah).
Anna Da Lady

Kehilangan kawan seusia

Walaupun saya tak berapa kenal beliau, tapi ada juga rasa sedih, sebab meninggal pada usia yang dikatakan masih mudah. Dua puluh lapan tahun.

Ajal maut semua di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menghalang kan?

Beberapa bulan dulu, ada sorang kawan matrix meninggal dalam berpantang, rasanya dalam 2 minggu kot. Dipanggil Eja. Demam. Tinggalkan dua anak termasuk sorang baby yang masih dahagakan kasih saya ibu dan suami.

Lepas tu harini, terbaca pulak status di FB, sorang lagi kawan kepada kawan, tapi saya rasa macam kenal. dipanggil Nurul Izzah. Meninggal sebab Demam, dan katanya ada jangkitan paru-paru.

Alfatihah untuk mereka berdua,
Anna Da Lady

Thursday, July 26, 2012

Baju raya dah siap ke?

Soalan lain sempena nak Raya w/pun puasa tak habis lagi..

"Buat ke beli?"


"Tema warna apa tahun ni?"


"Berapa pasang?"

Hahaha..Lagi dan lagi..Mesti soalan sama yang keluar :)

Saya..simple je..Saya just nak pakai baju yang pakai masa dinner tempoh hari. Sebab baru pakai sekali..Mr F pun macam tu. Jimat sikit. Hehehe...

Pastu, tetiba je ada benda berlegar-legar di minda ni...

"aik, takkan sepasang je kot?"


"Dahla tahun ni raya kat KL dulu..."


"At least, tambahla satu, dua helai lagik..."

Plak dah..Kena pikir nak tambah lagi koleksi baju tu :)

Jadi, tadi saya dengan my BF un berpusing-pusing la kat shopping complex nun yang kocik tu...

Ada berkenan sepasang sebab memang nice and cheap as well :)

Tapi, tetiba ada benda yang remindkan...

"Aik, kan ada 2 pasang lagik baju yang belum dipakai tu..Sape nak pakai lak?"

Hehe..Thank you 'hati yang baik' tolong ingatkan...Kalau tak melayang duit saya tadi :)

Anna Da Lady

Wednesday, July 25, 2012

Apa yang dibuat dengan bonus tu?

Harini, dan sepanjang Ramadhan, TV memang dah jadi agenda yang terkebelakang. Hanya dibuka bila nak dengar azan...

So, most of the time, dapat kabar2 gembira atau sedih atau takdak kaitan atau ada kaitan daripada FB dan akhbar online dan juga gosip sesama kawan :)

Tadi, sejurus lepas dari berbuka di hotel, balik je lepas siap2 mandi, terus mengadap FB..dok tengok status kekawan..Banyak tulis pasal bonus...

Alhamdulillah, dapat jugak, walaupun yang di aim kawan saya tadi...

"Ada tak nak dibagi bonus 2 bulan gaji? Tak merasa lagi ni..."

Hehe..Saya gelak je la...Lain la kalau kita keje swasta dik oi..hehe

Ok, bila cakap pasal bonus, ramai orang memang dah ada aim nak spend ke mana duit tu...

Saya rasa lah, kebanyakkannya termasukla saya, akan menaburkan duit2 itu untuk digunakan semasa Raya spt servis kereta, trip ke mana2 dll.

Memang, agak susah sikit nak dijadikan bonus tu simpanan di hari tua :)

Tapi, kakak saya lain...Dia asyik kata, bagus ni bila dapat bonus, boleh gi cari barang kemas lagi..Labur jugak tu..Hehe...

Apapun, lain orang lain cara...

Yang penting kita ni termasukla saya kena pandai berjimat cermat ye...
Anna Da Lady

Cerita dan Menu berbuka D4 dan bersahur D5 di dalam Madrasah Ramadhan

Alhamdulillah, harini dah hari Rabu. Hari kelima berpuasa...

Teringat sorang anak sedara sebelah Mr F masa first day berpuasa dan berbukadi rumah kakak ipar...

Saya: Adik puasa tak harini?
Adik: Adik puasa sampai kul 12 la Mak Ngah.


Saya: Oh, kalau gitu, nanti adik makan separuh je la ye...
Adik: Taknak!

Lepas tu, masa berbuka...


Adik: Mama, adik nak lasagna tu...

Waktu tu, saya dah habiskan lasagna yang ada, sebab saya sorang je lagi tak rasa..yang lain dah rasa, termasukla Adik :)

Saya: Ala, Adik...Adik kan dah makan separuh tadi..Cukupla..Lagipun, Adik kan puasa separuh je. Jadi semua kena separuh la 

Habis semua ketawa!!!!! Hahahaha

Takpe, anak2 ni kalau larat, kita ajarlah selagi boleh..Training berpuasa di Madrasah Ramadhan.

Jadi, berbalik kepada menu saya dan Mr F pada hari ini dan semalam...

Semalam saya tulis, maybe nak masak ayam sos tiram and terung sambal untuk berbuka @D4

Last-last, saya belek resepi2, jumpa satu resepi yang saya tak pernah try lahik..almaklumlah, eden ni bukan rajin + pandai masak pun :)

Ianya mudah dan saya dan Mr F gemarkannya setelah pertama kali mencubanya. Cuma, ada kena improve sikit dari segi rasa, terutama imbangan pedas dan masin..Kurangkan pedas, tambahkan sikit je lagi garam :)

Mr F: Ayang, masak apa harini?
Saya: Ayam ceti kot.


Mr F: Ha? ayam ceti? Apa tu?
Saya: Ala..ceti yang dok mintak duit kat orang tu..Tu lah dia..Hahahaha

Aa...Ada orang panggil menu ni Ayam Ceti...ada panggil Kari ayam Ceti...
Tapi, apapun, kalau kita gi kedai mamak, memang ada benda ni. Sedap dan cepat.

Ok..kisah terung pulak..Memandangkan ada sambal udang segera kering dan memang nak habiskan la, maka saya terus la curah je sambal udang kering tu atas terung yang dah dicelur...Sonang keja eden!

Mr F tambahkan tips kepada saya, lepas ni celur dan bakar..sodap la sikit..Baik, bos!

Lepas tu, nasi pulak, Mr F tolong gorengkan nasi goreng cina.. Sodap! Mr F ni memang pandai masak ye Tuan-Puan...Bagus! Bagus! Bagus! :)

Pastu, sahur pagi ni pulak, memandangkan saya rasa taknak makan nasi, saya just buat bologte brut iaitu sandwich dengan daging burger ayam untuk Mr F..saya pulak cicah roti dengan nescafe susu  ")

Sebab tu, pagi ni, boleh menelek blog etc. Mata taknak rehatkan kejap, spt selalu. Harap bertenaga la sampai petang ni :)

Ok, malam ni pulak, InsyaAllah, jika Allah izinkan, saya dan Mr F akan berbuka di hotel. Kawan belanja!

Rezeki harini,
Anna Da Lady








Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka/bersahur dan tempat berbuka D1-D4 Ramadhan

Keadaan saya setakat ni, Alhamdulillah sihat :)

Tapi, perut sekarang sedang melepaskan gas-gas yang tidak enak. Tapi, dah sapu minyak cap kapak, bagi rasa selesa sikit.

Alhamdullilah, kini kita dah berada dalam hari keempat bulan Ramadhan. Cepat je kan masa berlalu, pergi dan balik semula kita dalam Madrasah Ramadhan.

Ok, meh kita tengok apa yang dijamu oleh saya dan Mr F sepanjang D1-D4 Ramadhan:

D1
Sahur: Nasi ayam
Berbuka: Nasi putih, sup tulang, ayam kuzi, lasagna di Rumah Kakak Ipar@Alam Damai, air bandung, sirap cincau

D2
Sahur: Ayam kuzi (dari berbuka semalam), telur goreng, salad, nasi putih
Berbuka: Mi bandung, nasi putih, ayam BBQ, kacang buncis+carrot goreng di Rumah Mertua@Ampang, air strawberri, air sirap

D3
Sahur: Ikan sardin, brokoli goreng dengan udang, nasi putih
Berbuka: Nasi puih, sambal udang, sotong goreng tepung, sup sayur di Rumah sendiri, desert: sagu dicampur madu dan susu ------ Baru dapat makan kat umah sendiri :)

D4
Sahur: Ikan sardin (lebihan bersahur semalam), sambal kicap dengan ikan, nasi putih
Berbuka: ----- masih dalam perancangan----maybe ayam sos tiram, terung sambal udang kering

Apapun, Mr F selalu ingatkan saya, masak tu jangan berlebih, cukupla satu dua hidangan per berbuka/bersahur :)
Tapi, saya selalu/kadang-kadang masak 'ter'lebih...Aiyaa!

Selamat berpuasa,
Anna Da Lady

Friday, July 20, 2012

Air sirap longan in da house sempena Ramadhan

Tadi, masa nak pergi buat urusan di dalam bank, ada seorang uncle jual buah ni...Dia jual, buah longan, buah manggis, dan juga buah jambu air. Semua nampak segar.

Walaupun buah longan tu, saya rasakan agak mahal untuk sekilo, tapi disebabkan dalam minda ni ada idea nak tukarkan dia dari buah kepada air sirap dengan longan, maka saya belilah jugak setngah kilo=RM5 :)

Pastu, bila balik umah, mula2 rasa badan penat sangat. Mr F pun rasa gitu. Tapi, disebabkan ada semangat Ramadhan, maka laju je ke dapur buat air gula plus buah longan (ada buang biji, ada yang tak buang biji sebab penyakit M datang balik :)

Dah jadi pun...

Jadi, sempena Ramadhan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia, selamat menyambut Ramadhan :)

Anna Da Lady

Wednesday, July 18, 2012

Bawa handphone ke sekolah? Hmm...

Saya ni jarang tengok berita dan baca berita terkini pasal isu semasa. Masa spend mengadap movie dan internet terutamanya FB dan baca blog orang :)

Alahai..berguna jugak FB ni, at least tahula sikit2 pasal apa yang berlaku kat Mesia skang

Cerita yang paling mendapat tempat di hati saya selain daripada hal ehwal politik, xsiden dll, ialah cerita baru pasal sekolah

Hmm..Boleh bawak handphone ke sekolah...

Wow...kalau si anak dengaq, mesti sonok sangat yek!

Tapi, kalau mak ayah yang tak mampu ni, terpaksa tahan telinga dok dengaq anak dok asyik mintak camni...:----- (Semua dialog adalah dalam loghat utagha..Harap maap jika tak berapa faham ye..:))

"Ma...Kawan adik ada bawa handphone ke sekolah. Adik pun nak jugak"

Lagik...

"Ayah...Boleh tak Abang bawak telepon Ayah ni gi sekolah.."

Ha..Tu lagi haru...
Sampai telepon kita pun nak diangkutnya ke sekolah, sebab kawan2 dia semua pakat bawak telepon. Sebab, kawan-kawan dia dok tunjuk macam ni ha...

"Weh, cuba ampa tengok telepon kami ni...Canggih ooo...Boleh pusing sini, pusing sana 
..Ampa punya, biasa ja.."

Ha...mesti si anak ni tension ha..Belajaq ke mana, telepon ke mana :)

Ha..Itu adalah contoh2 negatif di sebalik pelaksanaan "Boleh bawa handphone ke sekolah"

Tapi, dari segi positifnya, semuanya mungkin kerana faktor keselamatan anak-anak sekarang.

Banyak kan kes pelik2 berlaku, culikla...dll...Hmm, sangat merisaukan...Saya setuju jika kita mampu, berikanlah kat anak kita sorang satu enset, speseli yang anak perempuan...

Tapi, kekadang saya terfikir jugak, zaman dulu masa kita budak2, keadaaan kita semua bukan camni. Jarang dengar kes pelik2 ni..Ke sebab kita kecik lagi ye? hehe

Tapi, apapun, berbalik kepada azali, sebab apa semua ni berlaku di negara kita?

Wallahualam,
Anna Da Lady


Dusun buah

Sekarang ni musim buah-buahan kat kampong saya, Kedah. Sangat best bila dengar.

Tapi sangat tak best, sebab tak berkesempatan nak balik lagik.

Kesian mak ayah saya dok tunggu anak dia yang nakal ni, yang sorang ni nak balik. Tak balik-balik sampai dah nak dekat bulan puasa pun.

Takpe, Mama, Abah. InsyaAllah, jika diizinkan, akan kami berdua sampai ke sana untuk menghabiskan saki baki buah buahan yang ada. :)

Sambil berkata-kata seperti ini;

Hm, sodapnya durian.

Hm, sodapnya manggis.

Hm, sodapnya rambutan.

Hm, sodapnya langsat.

Hm, sodapnya duku.

Hm, sodapnya semua buah ni :)

Burp...Alhamdulillah
Anna Da Lady

-autopublish-

Mi udang

Harini, mari kita sama-sama mengumpulkan 'kolestrol' dalam badan ye :)

Bagi orang yang ada 'gaut', jangan jeles ye. Takpe, berpantang ye dulu. Dulu2 kan dah merasa macammana udang tu :) ----Ayat jahat! Harap maap :)

Ada orang kata,

"Ha, jangan makan udang banyak. Nanti kang, mulalah tahap kolestrol dalam badan tu tinggi"

Tapi, sebenarnya banyak benda yang kita dengar ni, kena kaji selidik balik..Contoh artikel: http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/714-kolesterol-pada-udang-tidak-merbahaya.html

Macam la kambing. Dia lebih elok dari daging merah. Kita ni dok elak taknak makan kambing, takut poning kepala, maka pergi la makan daging tu...Hehe..Macam tu lah kaedahnya.

Ok, berbalik kepada mi udang...

Dulu, sampai dalam TV, dok tunjuk mi udang sana sedap, situ sedap, sinun sedap.

Setakat ni, saya rasa paling sodap kat Juru, satu tempat bawah rumah. Kalau yang kat Perak tu (yang masuk dalam TV tu), nama apa ntah, tak berapa sodap pun mengikut selera saya la..Taktaula selera orang lain camne.

Apapun, sebenarnya nak buat mi udang ni sangat mudah, as simple as ABC. :)

Tapi, nak menyedapkan ia la sangat kekadang leceh. Sebab ada orang suka camni, ada orang suka camtu.

Kalau macam saya, saya suka letak udang kering bebanyak, sebab yang itu permintaan Mr F. Udang plak pastikan buang kulit, sobab nanti bila makan, masuk je..Takyah dok tapis2 dengan gigi :)

Pastu, letakla ubi keledek tu banyak2 sikit..Manisla kuah tu..Tapi, ubi keledek kat KL ni mahalla. Eden beli satu je. :)

Ok,can cin cau...Saya nak pergi makan cincau plak,

Anna Da Lady




Tuesday, July 17, 2012

List menjelang Ramadhan

Ok...Mari kita tengok list apa yang kita dah buat untuk sambut Ramadhan al-Mubarak;

1) Lauk pauk:

Minggu ni bekalan lauk pauk dalam peti ais dah penuh. Hampir keseluruhan bahagian sejuk dah penuh dengan udang yang dibeli 2kg (besaq campur kecik), sotong 1kg (kecik), ayam (2 ekoq), ikan merah (bahagian ekor je)...Okla kot 2 orang makan.

Kesemua benda ni dibeli kat Pasar Borong Selangor. Plan asal nak beli daging sama ngan ikan salmon. Tapi, ntahla..bila sampai je kat Pasar Borong tu, daging tak rasa tak nak beli, sebab rasa taktau nak masak ape :) Ikan salmon plak, taktau pasal pa minggu ni tak jumpak.

Nak kataorang ramai, tak sangat. Tapi, maybe sebab jeles kot orang lain datang berdua, saya datang sorang..Takpe, kita biarkan cik suami berehat dirumah ye :)

Sayur, saya tak berkenan sangat beli kat Pasar Borong sebab saya rasa mahalla compared to hypermarket...Itu rasa saya ye. :)

2) Desert

Setakat ni, hanya beli sagu je ngan gula merah. Plus, dadih segera. Nanti, kena beli susu segar untuk buat gabungan dengan kedua-dua benda ni :)

3) Kurma

Benda wajib bila berbuka dan kalau rajin masa bersahur. Mr F dan saya suka yang kering, jadi saya beli yang kering. Favorite kami Yusof Taiyob, tapi masa cari haritu kat MyMydin, takde..just brand apa ntah..Takpe, janji kurma kering :)

4) Air minuman

Ada bekalan cincau, laici, air koktel, ais krim soda, sirap. Jadila kot. Nanti boleh rotate, hari ni buat sirap bandung, Pastu cincau..Kalau nak sedap, tambah soya cincau..Pastu air soda gembira :)

5) Bekalan ibadah

Ha..tu semua nafsu nak makan je tu. Bekalan ibadah camne ye?

Hehe...Mari kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan bulan yang mulia ini ye,
Anna Da Lady





Saturday, July 14, 2012

Gara-gara tertengok iklan Offer di IKEA

Masa mula-mula bukak FB harini, terus tertancap pada status IKEA di The IKEA Sale at http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/offers

Maka, terus tertancap sekali lagi pada benda yang selama ni kami idamkan, dan terus sale 50%.

VANVIK bed frame, queen size
RM499
Plywood, solid pine, polyester wadding, particleboard, fibreboard. W161xL227, H108cm. Blekinge white.
RM1,015


Fuh...Maka, saya terus mengforwardkan benda ni kepada Mr F...

Maka, malam tu kami terus bergegas ke sana untuk merebut peluang yang ada..Hehe..

Siap dengan pakej untuk kesedapan tidur yang tak terhingga :)

Anna Da Lady

Thursday, July 12, 2012

Sabtu depan dah puasa...

Bila fikir Sabtu depan, dah bercuti hujung minggu dalam bulan puasa, maka minggu ni macam nak melahap puas2 je di restoran2 yang dok ngidam skang ni.

Makanan jepun terutama Restoran Jepun kat Bangi tu, kek2 manis at Secret Recipe and try jugak rasa Tutti Fruiti, sebab saya memang tak pernah merasa benda alah ni...

List yang mengidam tu tak banyak, tapi duit nak sepend ke semua benda tu banyak :)

Anna Da Lady

Wednesday, July 11, 2012

Pasar Borong Selangor

Sejak saya 'menempatkan' diri saya ini di negeri Selangor, hanya beberapa kali saya menjejakkan kaki di pasar borong. Sellaunya, lebih suka beli barang basah (ikan etc.) kat kedai runcit yang ada brg basah atau pasaraya besar.

Tetapi, sejak rumah saya agak dekat dengan Pasar Borong Selangor, memang keinginan nak pergi sana tu meluap-luap..Tetapi, setakat ni hanya 3 kali je berkesemapatan pergi sana...

Bila nak masuk situ, kena bayar caj RM1 (kereta biasa) dan katanya lori (RM2)...Ni first time, saya dengar kena bayar masuk dalam pasar bsah.

Nape ye?

Anna Da Lady

Tuesday, July 10, 2012

Banyaknya restoran di Bangi sekarang ni ye

Tadi, kawan saya belanja makan di satu restoran yang quite 'glemer'..Restoran Horzion Garden.

Pertama kali dengar nama restoran ni, tertanya2 di mana ye. Dia ada sebut sebaris dengan Tutti Fruti.

Masalahnya, dah lama saya tak melepak2 di restoran sekitar Bangi since kahwin ni. Pastu, masa nak cari restoran tadi;

Kawan saya: Eh, awak...Kenapa guna jalan ni?
Saya: Hah, nape?

Kawan saya: Sebab nanti kena belok seksi sikit la. Tapi, ok ja.
Saya: Aik, bukan kalau sebaris dengan Tutti Fruit area depan sikit tu ke? Ala...Lupala. Ice room la. Confuse sebenarnya.

Kawan saya: Aa, ice room.
Saya: Banyak ye restoran kat Bangi ni.

Anna Da Lady

Monday, July 9, 2012

Pedang samurai!

Di satu petang, melalui perbualan telefon

Akak: Acik, nak tau dak, tadi ada orang mai mengamuk kat JPM ni.
Saya: Hah! Biaq betoi.

Akak: Aa...Siap bawak pedang samurai lagik. Dia ngan sorang lagi pompuan.
Saya: Ish, pedang samurai? Biaq betoi.

Akak: Betoila. Cuba gi baca berita online tengok.

Maka, sambil bercakap dalam telefon tu, saya pun semakla laman BH online.

Saya: Hah. Ada. Ditembak oleh polis.

Akak: Aa...Dengaq tau dia mengamuk sampai atas yang kami dok tu. Last-last, bila polis sampai, polis kata menyerah diri, dia takmau, siap ligan lagi. Akhirnya, terpaksa la dilepaskan tembakan.

Saya: Hmm..jaga diri tau. Tapi, ada ye pedang samurai.
Akak: Aa, pedang samurai

Tetiba teringat cerita Jepun dulu-dulu,
Anna Da Lady

Terima kasih Pakcik Polis Trafik di Bandar Putra Permai!

Alhamdulillah. Sejak Pakcik Polis Trafik ni menjaga lalulintas di jalan yang sesak terutama waktu pagi dan petang, maka, perjalanan saya rasa lancar jugak (hiraukan yang jem sikit2 tu)...

Terima kasih, Pakcik Polis Trafik. Nanti bulan pose, jaga awal sikit ye. Sebab confirm, ramai orang balik awal sebelah petang sebab kalut nak cari bahan bukak pose, terutama 'makcik' ni :)

Anna Da Lady

Thursday, July 5, 2012

Budak nakal!

Tadi, baru je mak saya call...

Terkejut saya "Mama new?" aka nombor mak saya yang baru...

Mama: Bila nak balik? Durian banyak ni.
Saya: Aik, mama kata nak mai sini. Tak jadi ka?

Mama: Macam mana mama nak gi sana. Durian ada sebijik dua ni.
Saya: Alah, sebijik dua je pun. Bukan seribu, dua ribu.

Mama: Ish budak ni..Buat lawak pulak. Banyakla. Kena tengokla.
Saya: Tulah, mama bagi perumpamaan yang tak tepat. Kata, cikgu bahasa.

Mama; Ish ish...
Saya: Hahaha...

Anna Da Lady

Salmon Fishing in the Yemen

Gara-gara tertengok Mr F tengok cerita ni semalam, dan juga gara-gara saya dan my BF, Mrs Lea tak dapat beli salmon di Warta Bangi (skang Giant), maka, bermulalah perbualan di bawah:

Mr F: Ha, ayang...cuba tengok ikan salmon ni. Dalam dia nampak tak telor2 tu?
Saya: Eh, ayang ingat salmon warna merah.

Mr F: Isi je merah, luaq camni.
Saya: Dia nak gi mana bawak telur-telur dia tu?

Mr F: Bila je sampai masa bertelur, si salmon ni akan berlawan arus untuk ke muara dari laut yang sejuk ni.
Saya: Hah? kuatnya dia...

Memang waktu ni, perangai saya dah macam budak-budak..heran, pastu tanya and tanya lagik..

Last-last, sebab Mr F 'malas' nak layan saya (ni ayat saya sendiri ye..hehe), maka dia pun gunalah perkhidmatan mr YouTube..maka saya yang macam 'jakun' ni pun layan video tu sambil mata hampir nak terpejam.

Ni info sikit pasal cerita tu: Kita guna khidmat cik Wiki kita :)

Salmon Fishing in the Yemen - Wikipedia, the free encyclopedia

en.wikipedia.org/wiki/Salmon_Fishing_in_the_Yemen

Ni info sikit pasal salmon:

Anna Da Lady

Tuesday, July 3, 2012

Apa beza mi bandung, mi rebus, mi jawa, mi udang?

Semalam, berbual dengan ofis mate pasal semua nama mi-mi di atas. Kami dok cakap, apa ye beza semua mi-mi ni?

Mula-mula, kawan cakapla, yang mi ni pekat, ni cair. Guna ubi keledek. Guna udang kering

Pastu saya sambung;

"EH, pasal pa haritu saya makan kat kedai A, rasa macam lebih kurang je?

"Hmmm, agaknya diaorang pun main lantak je kot?"

Skang, saya sedang mengidam mi bandung muar. Mana tempat yang best ya?

Anna Da Lady

Monday, July 2, 2012

Gaji banyak, tapi tak cukup?


Pernah dengar tak orang kata;

"Ish...mana pi abis duit ku ni...gaji banyak, tetapi rasa macam tak cukup je"

Dan juga...

"Alhamdulillah, walaupun gaji sedikit, tapi semua cukup"

Tu dia...Jadi, kekawan berada di kategori mana?

Apapun, Mr F selalu memperingatkan saya benda ni...

"Yang bagi rezeki tu bukan melalui apa yang kita kerja, tapi semuanya dari Allah. InsyaAllah semuanya cukup"

Ye, betoi...Dulu-dulu, saya selalu merasa tertekan dan asyik bertanya, bilalah gaji nak masuk ni. Tapi, alhamdulillah, walaupun ada ketika, rasa macam tak boleh berbelanja lebih, ada je rezeki Allah bagi dari segala segi :)


Dan betullah orang kata, keberkatan dalam rezeki tu penting. Walaupun gaji RM5k, tapi macam RM1k je, sebab tak berkat. TAPI, walaupun gaji RM1k, tapi macam RM5k je sebab berkat.


Apapun, semua kena bersangka baik.

Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady

Sunday, July 1, 2012

Labur RM100 dapat berganda-ganda?

Saya baru tertengok satu post oleh kawan saya di fb. Rasa teruja, sebab katanya, benda ni halal. Tapi, saya tergerak hati nak search di tenet pasal benda ni. Maka, saya terjumpa satu artikel yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk saya dan rakan-rakan.

Panjang lebar ceritanya: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html

Apa pun yang kita buat kena ingat yang Di Sana. Malah, dalam kerja sekalipun.

Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails