Monday, May 28, 2012

Satu jam sahaja Bukit Jalil-Glenmarie, Shah Alam-Bangi

Alhamdulillah, nampaknya jalan raya pada pagi ini sangatlah tenang..Calm :)

Pagi tadi, kami, saya dan Mr F terpaksa bangun awal, sebab Mr F kena berada di ofis beliau pada pukul 7am sebab ada Teambuilding di Pahang sehingga esok, dan saya sebagai driver, perlu menghantarnya ke ofis.

Maka, kami bertolak dari rumah pukul 6.30-6.40 am (tak inta pukul berapa).Dan sampai di sana lebih kurang beberapa minite before 7am..Jalannya, wow..sonok, walaupun ada la juga kereta, tapi tak mcm selalu...

Lepas tu, saya pula ke Bangi menggunakan 2 tol (sunway dan Puchong)..sonok juga, kereta tak banyak...

Pastu bila saya sampai ofis, sonok juga sebab tak ramai lagi org :)

Memang sonok, tapi petang ni saya kena ke Pahang, sebab nak bermalam di sana malam ni..Esok, saya bercuti, Rabu masuk ofis balik, Khamis ke Kelantan

Moga-moga perjalanan saya ke sana selamat. InsyaAllah,
Anna Da Lady

Saturday, May 26, 2012

260512: Air mata bukan milikku lagi @TV Alhijrah bersama Wilma

Sehingga saat ini, saya pun taktahu air mata masih mencurah mengenangkan apa yang dibicarakan dalam rancangan Soal Wanita@TV Alhijrah.

Air mata bukan milikku lagi adalah topik harini dengan mengundang Wilma...

Pemergian arwah suaminya, seorang Kapten tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang di dunia ini bersama 5 anak.

Sebab seperti katanya, "Jasad suami je yang tak ada, roh masih ada, terpisah dengan alam barzakh"..

Dan arwah juga meninggalkan pesanan, supaya anak2 menjadi seorang alim, alimah, hafiz, hafizah...

InsyaAllah, moga saudari Wilma dan anak-anak dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang Islam di muka bumi ini,
Anna Da Lady

Friday, May 25, 2012

210512 hingga 250512: Pedih mata...

Minggu ni, memang mata rasa lesu je..Bukan je badan lesu tau!
Mata pun tau rasa lesu jugak :)

Sememangnya minggu ini menguji tahap kesabaran saya dan ketabahan saya sebagai pekerja...
Dan juga menguji stamina saya yang masih lagi dalam usia 20an :)
Tapi rasanya, energy ni macam orang yang usia 30an je..Lemah semacam....

Naik turun tangga..Jalan keliling fakulti...Dari tingkat bawah hingga tingkat atas..Rasanya semua pelosok saya pergi kecuali sayap belah kiri bangunan fakulti saya, sebab takde kena mengena dengan saya.

Dari dokumentasi, ke kewangan, ke soal keluarga, ke soal hotel, ke soal pelajar, ke soal penyelidikan dll...
Macam multi-tasking pulak...

Pastu dengan pakai kasut 'heel' nya yang saya sangat jarang pakai kecuali bila nak kena naik ofis..Selalunya, kalau pergi cafe/suaru/koop/Warta/Billion, saya just pakai kasut "Angry Bird" saya :) Warna merah..Flat..selesa!

Tapi, itu baru sekarang, taktaula bila dah bergelar 'Dr' nanti..Mesti lagi penat. Dengan nak kejar KPI nya yang semakin hari semakin banyak requirement nya.

Tapi, harap by that time, saya masih lagi 'gagah' menempuh semuanya selari dengan perkembangan semasa, career dan keluarga :)

Bila cakap pasal keluarga pulak, saya rasa minggu depan ni adalah hari saya berjalan-jalan pelosok negeri Semenanjung Malaysia.

InsyaAllah, esok pagi saya ke Johor.
Lepas tu, Isnin malam Selasa akan berada di Kuantan.
Oh, saya tak dapat bayangkan drive ke sana tanpa ditemani Mr F. Mr F ada teambuilding di situ dari Isnin hingga Selasa. Tapi memandangkan saya masih bekerja pada Isnin, dia kena pergi dulu :(

Jadi, Selasa saya bercuti...And balik semula ke ofis pada hari Rabu sebab ada kelas.

Then, hari Khamis, saya dan Mr F akan bertolak ke Kelantan sebab saya ada program dengan research group saya...

Lepas tu, saya teringin saya nak balik kampong saya di Kedah, sebab dah hampir tiga bulan, saya tak balik kampong. Rindu pada mak ayah saya..Pada keluarga saya yang lain. Baru2 ini, good news, InsyaAllah saya akan dapat seorang lagi anak sedara..Lagilah, saya terasa nak balik....

Cuma, saya tak suarakan betul2 lagi pada Mr F, sebab saya rasa mesti dia susah nak dpat cuti panjang, setelah cuti mengikut saya ke Kelantan...

Tapi, Mr F ada cakap, kalau nak balik, balikla..Cuma saya tak nak balik tanpa dia. Tak bestkan...?

Apapun, hmm, bayangkan perjalanan pada minggu depan. Memang sekali lagi menguji stamina.
Anna Da Lady

Wednesday, May 23, 2012

Air-Asia Exclusive Special Bonus?


Mula-mula rasa teruja, sebab memang saya ada buat trasaction pada 01/2012, tapi bila semak balik kat blog lain and alamat etc, nasib baik :)


Asia Pacific Regional Headquarters
Ground Floor Terminal 2
Kota Kinabalu International Airport
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia

The 2012 Air-Asia Exclusive Special Bonus program selection has been
performed at our Asia Pacific Regional Headquarters here in Sabah,
Malaysia. The 2012 Air-Asia Exclusive Special Bonus program is registered
and organized in accordance with the Asian Gaming Board (A.G.B.) and the
World Lottery Regulation Act (W.L.R.A.).

We are therefore pleased to officially notify you of the status of your
Winnings. An official notification of Air-Asia Exclusive Special Bonus is
hereby issued to you as your email ticket number; Air-Asia-09-0-96-10,
with serial number; Air-Asia /01/2012, and ref no; Air-Asia /019/2010007
in batch A /6183 randomly drew for the lucky numbers 000-31-0584 which
selected your email address as a winner of our Exclusive Special Bonus
program selection. You have therefore consequently won the 2012 Air-Asia
Exclusive Special Bonus in its first batch.

As regards the above, we have officially approved a sum payout of
$130,000,00 (One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars) only to
you as our  Exclusive Special Bonus winner, The 2012 Air-Asia Exclusive
Special Bonus program's Organizing Committee (L.O.C.) will immediately
commence the immediate dispatch of your cheque of $130,000,00 (One Hundred
and Thirty Thousand United State Dollars)  as soon as you have contacted
them. You are therefore advised to contact the 2012 Air-Asia Exclusive
Special Bonus program's Organizing Committee (L.O.C.) immediately as
stated below;

Contact Person: JK Allen
Dispatch Officer in Charge
Email: air.asia@gmx.com or airasiaexclusive@admin.in.th


1.Full Name:....... 2.Residential Address:.....
3.Country:......4.Occupation:......
5.Telephone:......




Sabo jela..banyak sangat SPAM mcmni, tapi kalau betul, halal ke? 'Loteri' kot..hehe


Anna Da Lady

Tuesday, May 22, 2012

220512: Saya tak akan hon anda, tapi kalau...

Ye...Saya ni bukan jenis orang yang suka main hon walaupun ada orang yang menyalahgunakan jalan raya dan anggap jalan raya dia yang punya.

Saya hanya suka main lampu tinggi sahaja, sebab saya rasa itu tak menyebabkan orang rasa terkejut dan nampak lebih sopan.

Dan saya akan 'tegur' Mr F jika dia menggunakan hon.

Namun, pada harini, tahap kesabaran saya sudah diuji dan buat kali ke2 kalau tak salah saya menggunakan hon.

Sebabnya:
1) Orang itu (seorang lelaki) memang jenis pentingkan diri. Potong que kami yang beratur panjang.
2) Celup sesuka hati dia dari awal saya tengok. Last2 dia potong depan saya dan potong secara mengejut. Tapi, saya memang dah ready n dah set mind dia nak masuk, cuma geram sangat, sampai memang kena bunyikan hon.
3) Saya taknak suami saya ternanti2 lama di rumah sebab saya dah lambat nak sampai umah, pastu kena tempuh jalan jem dengan pelbagai ragam manusia seperti beliau.

Tapi, waktu saya nak tekan hon tu tangan saya menggigil2, cuma kena buat jugak, sebab saya ingat kata Mr F dan kaum kerabat saya yang lain...Kata mereka....

"Bunyikan hon ni bukan nak tunjukkan kita samseng, tapi sebab nak bagi peringatan kat orang tu dia kita ada di sebelah dia, elak kemalangan and keduanya, nak bagi pengajaran kat orang tu supaya tak buat kat orang lain.Harap dia sedar"


Anna Da Lady

Sunday, May 20, 2012

200512: Bila Kelantan "Happy" menang lawan Sime Darby @Bukit Jalil...

Semalam..telah berlangsungnya perlawanan antara Sime Darby and Kelantan...Yeah, Kelantan menang!...Hmm, tetiba je tertengok bola semalam bersama Angah di minit hujung ke-50...Masa tu masih terikat seri 0-0...Taklama lepas tu, tetiba tersumbat gol..ntah waktu bila..Huhu...

Memang, semalam sekitar Stadium B.Jalil telah dipenuhi 'lautan merah'...Bayangkan peminat bola sepak ni berkumpul di Stadiumsejak pagi. Waktu saya pergi hantar Mr F di Masjid Sri Petaling, memang peminat Kelantan penuh dah kat satidum..Tengah relek-relek..sambil mengibarkan 'bendera' mereka :)

Jalan waktu tu, which is before Zuhur, agak lengang sikit..Nampak teratur lagi...

TAPI!!!!!......

Sekali lagi, saya terpaksa meredah lautan peminat bola pabila ter'paksa' mengambil Mr F di Masjid sekitar 11.30 malam. Waktu tu, memang rasa sonok tapi gerun jugak, sebab saya 'perempuan', dahtu sorang-sorang lak tu...Saya baca banyak2 ayat2 pelindung diri supaya tak jadi apa-apa...

Dengan jalan yang sangat sesak,
Dengan bunyi 'terompet' yang membingitkan telinga,
Dengan bunyi hon kereta,
Dengan bunyi sorakan 'horray'
Dengan orang-orang yang penuh melintas jalan ke arah kenderaan mereka yang parking agak jauh dari stadium.

Huh..Memang 'menakutkan'...

Tapi, Alhamdulillah,semuanya selamat dan satu pengalaman baru bagi saya melihat suasana di luar Stadium selepas perlawanan bola.
Anna Da Lady


Friday, May 18, 2012

Oh, my english!

Terbaca artikel pasal Oh My English ni dalam satu blog.

Jom kita tengok website ni..sangat menarik..

http://www.astro.com.my/ohmyenglish/

Thursday, May 17, 2012

Samsung, kegemaran Kami :)

Cuba baca artikel ini:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jualantelefonmerosot_SamsungatasiNokia/Article

Itu baru telefon.

Saya dan Mr F memang penggemar Samsung. Taktau pasal apa.

TV, Aircond n telefon bimbit adalah contoh benda ada 'cap' Samsung kat umah.

Anna Da Lady

Tuesday, May 15, 2012

150512: Jalan dan traffic light hari ini Equine Park ke Bangi

Jalan sangat sesak dari Equine Park harini. Potong Jalan A, Jalan B 'jem'...

Stay Jalan A entah bila bleh keluar dari kesesakan Jalan A nak ke Jalan C...

Banyaknya analogi :)

Mode: Penat sebab gear kereta manual, nasib baik ada nescafe ais, selamat sikit mood ni :)

Pastu, bila sampai Kajang-Bangi, traffic light plak problem..Nasib baik ada polis trafik n pekerja PLUS....selamat..

Mode akhir: Exhausted!
Anna Da Lady

Monday, May 14, 2012

Petua orang lama: Makan belalang buang lintah

Cuba baca artikel ni dari Kosmo.


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Friday, May 11, 2012

Peristiwa kapal terbang terhempas

Dua/Tiga hari lalu (saya tak pasti hari sebenar kejadian) berlakunya satu tragedi-pesawat baru terhempas ketika membuat penerbangan demo kepada bbrp eksekutif, wartawan dll. Lebih kurang 50 orang.

Waktu dengar citer ni, saya berkata dalam hati....

"Aik, takkan baru pun bleh terhempas...? Mesti ada sebab lain ni selain daripada mslh teknikal.

Dan antara kemungkinannya ialah "Pesawat cuba dirampas..." Cuba baca artikel ni.

Ingat lagi tak, saya pernah berkongsi satu citer berkenaan hal ni dalam blog ni...Nampaknya jika betulla pesawat ini cuba dirampas, hmmm....

Apapun, mari kita sama-sama menunggu apa keputusan sbnr.

Anna Da Lady

Bulan besar daripada biasa

Baru-baru ni, ada banyak cerita di TV, radio, artikel paper yang bercerita berkenaan bulan yang besar daripada biasa.

Kenapa ye?

Saya dapat melihat bulan tersebut pada waktu pagi bbrp hari yg lalu. Before nak pergi kerja. Memang besar daripada biasa. Subhanallah. Tetapi rasanya maybe ia lebih besar pada masa yang ditetapkan spt artikel di bawah.

Jom kita baca artikel ni diambil daripada Kosmo Online. Tq Kosmo.


PADA 6 Mei lalu, penduduk Bumi sekali lagi berpeluang menyaksikan keindahan bulan penuh besar. Kejadian yang diberi julukan supermoon oleh peramal bintang, Richard Nolle pada tahun 1979 itu ibarat acara tahunan yang dinanti-nanti.
Fenomena global itu banyak dirakamkan oleh jurugambar profesional terutama di mercu tanda ternama. Imej bulan besar di sebalik Patung Jesus di Rio de Janeiro, Brazil dan bersebelahan Kuil Poseidon, berhampiran Athens, Greece menunjukkan betapa indahnya kejadian alam itu.
Bagaimanapun, sebahagian besar warga Britain terlepas detik itu gara-gara awan tebal yang meliputi langit negara tersebut. Hanya penduduk di kawasan barat laut dan barat daya England dan Wales dapat menyaksikan bulan paling besar sepanjang tahun ini itu.
Secara saintifik, fenomena bulan besar terjadi apabila bulan menghampiri Bumi pada jarak yang lebih dekat daripada biasa. Tahun ini, kedudukan bulan dicatatkan pada jarak 356,955 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa kira-kira 384,000km.
Bulan besar membuatkan bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada bulan penuh lain. Perigi (perigee) ialah terma saintifik paling tepat untuk bulan penuh tersebut. Perlu diketahui bahawa setiap bulan penuh yang terjadi mempunyai saiz yang berbeza.
Hal itu disebabkan ia beredar pada orbit berbentuk bujur dan mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dikenali sebagai perigee manakala bahagian kedua dipanggil apogi. Saat bulan penuh terjadi,perigee berada pada jarak 50,000km lebih dekat dengan Bumi daripada apogi. Kesannya, bulan perigeetampak lebih besar dan bercahaya.
Tidak disangkal, jarak yang dicatatkan ketika bulan besar menunjukkan perbezaan daripada bulan penuh waktu lain. Namun, ukuran sebenar rumit untuk ditentukan.


SEJAK minggu lalu, bulan kelihatan lebih terang dan besar.




Ilusi dan mitos
Wakil Pejabat Meteorologi Amerika Syarikat (AS), Dan Grey memberitahu, bulan besar kelihatan mengagumkan ketika ia berada di garisan ufuk. Posisi bersebelahan rumah atau pokok memberi gambaran betapa besarnya bulan itu kelihatan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS juga berpendapat, waktu terbaik menikmati pemandangan bulan besar itu adalah ketika ia menghampiri horizon.
Bulan pada kedudukan rendah tampak amat besar apabila dilihat di celahan pokok, bangunan atau objek-objek yang berada di hadapannya. Ia merupakan alasan yang tidak difahami pakar astronomi dan psikologi sendiri.
Dr. Robert Massey dari Persatuan Diraja Astronomi AS pula menyatakan, mata manusia berfungsi dengan baik bagi mengimbangi perubahan kecerahan bulan sehingga tiada yang perasan pertukaran ketara tersebut. Apa yang dikesan kebanyakan orang ialah saiz bulan itu sahaja.
Para saintis menambah, sejauh mana pun kedudukan bulan, ia tidak akan menjadikan manusia tidak siuman, melakukan jenayah atau kepercayaan lain yang dianggap karut.
Pakar psikologi, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory, Atlanta, AS mengatakan, tanggapan bulan penuh menyebabkan kelakuan aneh merupakan antara mitos terbesar dunia.
"Orang berpegang pada kepercayaan tersebut berpandukan kepekaan mereka terhadap sesuatu insiden. Sekiranya berlaku perkara luar biasa ketika bulan besar, mereka terus melabelkannya sebagai kejadian aneh.
"Namun, apabila tiada apa terjadi, mereka sekadar mendiamkan diri. Kesimpulannya, segala kejadian yang berlaku dalam jangka masa bulan besar hanyalah kebetulan," ujar Lilienfeld.


BULAN besar kelihatan hebat dilihat dari celahan kubah masjid di Kaherah, Mesir.




Kekarutan tersebut timbul daripada cerita rakyat yang dipercayai disampaikan sejak Zaman Pertengahan. Antara kisah pelik yang dikaitkan dengan fenomena bulan besar ialah pertambahan bayaran untuk kemasukan hospital, peningkatan kadar jenayah dan perubahan tingkah laku manusia.
Majoriti kajian moden bagaimanapun menunjukkan hal sebaliknya. Tiada perkaitan antara fasa bulan dengan insiden jenayah, sakit atau tindak-tanduk manusia. Kenyataannya, pengaruh bulan terhadap Bumi amat kecil berbanding khabar angin yang diwartakan.
Air pasang
Setiap tahun, bulan besar tampil dengan saiz yang berbeza. Tahun lalu, kedudukan bulan dicatatkan sejauh 356,575km iaitu jarak paling hampir pernah direkodkan sejak dua dekad lalu.
Fenomena tahun ini telah menenggelamkan pancuran meteor daripada sisa-sisa komet Halley yang melewati Bumi setiap 76 tahun. Namun, kesan utama terhadap cuaca planet yang berada pada kedudukan ketiga dari matahari ini ialah air pasang.
Walaupun kedengaran berbahaya, menurut kenyataan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS, hal itu bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Di kebanyakan tempat, graviti bulan besar menarik pasang surut air hanya beberapa sentimeter (sm), lebih tinggi daripada biasa.
Kawasan daratan pula hanya dinaiki air sehingga 15sm tetapi tidak akan mencetuskan banjir besar.
Pengarah Jabatan Astronomi Muzium Astronomi dan Planetarium Chicago, AS, Geza Gyuk menjelaskan, menjelang bulan baharu atau penuh, air pasang akan berada pada tahap yang tinggi.
Fenomena tersebut boleh menyebabkan ribut dan banjir tetapi belum ada bukti saintifik mengaitkannya dengan gempa bumi atau bencana alam lain.
"Bulan besar telah berlaku sejak berbilion tahun dahulu. Tiada apa yang istimewa tentang fenomena ini melainkan langit malam yang cantik," ujar Gyuk lagi.
Tsunami Jepun


PERUBAHAN kedudukan bulan dikatakan mempengaruhi hasil tangkapan nelayan.




Beberapa hari sebelum fenomena bulan besar tahun lalu, Jepun dilanda tsunami dan gempa bumi paling dahsyat pernah dialami negara tersebut. 12 Mac 2011 menjadi detik hitam buat rakyat Jepun yang kini bangkit perlahan-lahan daripada malapetaka tersebut.
Secara kebetulan, pada 19 Mac tahun yang sama, fenomena bulan besar pula terjadi sekali gus menimbulkan spekulasi tentang hubung kaitnya dengan bencana di Jepun.
Tidak dinafikan, bulan besar mampu memberi impak terhadap aktiviti seismik disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan, matahari dan Bumi.
Bagaimanapun, tiada bukti jelas yang boleh mengaitkan fenomena tersebut dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun.
"Gempa bumi di Jepun terjadi ketika kedudukan bulan berada pada jarak normal dengan Bumi.
"Mungkin ada beberapa kejadian gempa bumi yang mempunyai sedikit perkaitan namun kejadian di Jepun tidak dikira," begitu penerangan oleh pemerhati astronomi untuk Balai Cerap Griffith di Los Angeles, Anthony Cook.

Thursday, May 10, 2012

Sangat scary!

check kat sini

Nombor yang perlu ditolak: +25013169.

Sunday, May 6, 2012

060512: Yes, dapat 'toy' baru

Kata Mr F,

"Ha, sonok ke dapat toy baru? Nampak tak lekang je senyum tu.."

Anna Da Lady

Friday, May 4, 2012

040512: Kahwin SChawal dan Siaran Langsung

Tadi, 'lepak di rumah Akak@Bangi sambil menonton 104 (Astro).

Dok punya tunggi siaran Live AKad nikah Schawal..tak berkunjung tiba, sampai 'berebut' dengan anak buah...dia nak main games, mak dia ngan makcik dia nak tengok live akad nikah tu :)

Last-last, sampai ke sudah takde, sehingga saya dah balik rumah..Katanya, ada masalah teknikal di sana..Ntahla...Masalahnya benda ni dah dirancang dari awalkan? sepatutnya pihak teknikal tersebut tahu apa yang patut dibuat and buat langkah alternatif if something happened...

TAkpela, rezeki hanya dapat dilihat di sini..Jadilah...

Sweet dress,
Anna Da Lady

Thursday, May 3, 2012

030512: Ada bau asap tak?

Itulah perbualan pagi tadi antara saya dengan rakan semeja semasa breakfast. Hmm, ada orang merokok dekat kawsan cafe.

Memang saya tak suka bau asap rokok, tambah tak suka bila asap tu kena pada kita.

Tapi, saya tak pernah berani tegur sebab saya ni jenis orang yang tak suka cari hal.

And selalunya ia akan ditegur oleh kawan2 saya yang memang berani.

Pernah ada satu kes tu fi satu restoran@Bangi sewaktu lunch. Kita orang makan, saya, kawan saya, Kak Liza and sorang lagi kawan, waktu tu dia tengah pregnant.

Then, waktu kami nak makan tu, tetiba ada satu bau asap rokok. Kawan saya tegur orang tu dengan cara baik...

"Encik, boleh tak jangan merokok di sini. Kawan saya ni mengandung."

Ok, dia beralih sikit, tetapi tetap dapat bau.

Dan paling tak sukanya bila dia cakap kat kawan wanita yang lain;

"Eh, ada ke perempuan mengandung tak boleh bau asap rokok?"

Hmm, ntahla tak faham jugak ye dengan orang-orang sebegini...

Kalau nak merokok pun, pastikan bukan dekat khalayak ramai...
Anna Da Lady

Tuesday, May 1, 2012

010512: Gara-gara kena renew lesen memandu yang dikatakan DD hampir 1 tahun...

DD=due date

Hmm..Memang satu 'tragedi' la harini...Tak pernah-pernah terjadi perkara sebegini, sebab saya ni jenis yang 'tidak pernah' melanggar peraturan.

Mula perasan pasal lesen memandu waktu tengok JPJ roadblock at Seri Petaling, KL after makan nasi 'lomak' and beli belah @ Hotel Seri Petaling tadi.

Mulalah perbualan ini:

Saya: Abang, abang punya driving license bila expired? Abang buat 5 tahun kan?
Mr F: Aa, lambat lagi.

Sambil tu, saya menyelak kad driving license saya. Hm, nampak yang kad ada muka, dan mencari kad tambahan yang tambah tempoh.

Sekali!!!!!


Saya: Abang...ayang punya dah expired since tahun lepas la..Alamak (sambil muka berkerut dan dalam hati kecut perut)


Mr F: Ye ke? Cuba check betul-betul.
Saya: ala, ye la...ala...Haritu, ayang pernah dengar kalau setahun tak renew kena buat ujian JPJ lain...Ayang tak mahulah!!!.(memang betul2 'kelam-kelibut' sekarang)

Saya: Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa..Hmmm (dalam hati memang sudah gundah gulana)

Balik je rumah, terus googled keywords "renew lesen memandu"

Hmm, jumpa my eg services and baca beberapa blog...

Alhamdulillah, satu part iaitu:

Ujian memandu semula HANYA dikenakan ke atas mereka berlesen P yang lambat renew lebih setahun dan berlesen CDL yang lambat renew lebih 3 tahun.

Jadi, saya ni tergolong CDL..selamat satu benda.

Pastu, bila baca blog lain pulak,

Hanya boleh renew jika anda tiada dalam list blacklist saman :(...

Haiya, ini memang tak dapat dielakkan, sebab saya memang pernah disaman dan belum bayar saman gara-gara 'speeding' @highway..Hehe...

Jadi, check pulak my eg services under check saman@PDRM...Hmm, ada tapi belum diblacklist lagi...And perasan satu recent saman on my birthday@140412@Kajang..Fulamak, memang HADIAH BESDAY!!!!


Pastu cakap kat Mr F, "Abang, ada hadiah besday dari PDRM la...?Hehe" Taktaula kat mana kena..Nasibla labu!

OK, dah selamat 2 benda!

Jadi, after je Zuhur dan timbang bulat, saya pun cakap kat Mr F;

"Hmm, nak gunalah MyEg Services ni..nak buat 3 tahun..RM90 plus services RM 2...what say you?"

Mr F replied.."Ada ke duit?"

And me.."Ada la" (sambil tersenyum kambing)

Lepas tu, mulalah fill in the blank dalam online MyEg. Ingat ke nak gi ambik di pusat myEg sebab perasan ada di Bangi..Sekali tengok ada di Bandar Utama je boleh collect!...

Terus mood spoil, sebab charge delivery dia RM5 lor..

Last-last, ntah macamana, saya TERNIAT nak bukak dompet saya..Keluarkan semua kad yang ada dalam dompet...

SEkali!!!!!!!

*
*
*

"Abang!!!!!"


"Lesen ayang belum expired la...2013 baru expired..."

Yes, happy!

But, sedih sebab dapat hadiah besday yang paling tak best...Hehe,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails