Sunday, April 29, 2012

290412: Suasana sebahagian Kuala Lumpur hari ini

Apa yang boleh dikatakan, sangat TENANG.

Bukan macam selalu, jalan sesak what so ever...

Harini, jalan sangat la best...Tapi, tak la kata, sampai boleh baring. Cuma agak kurang daripada biasa :)

Tengahari tadi, berkesempatan ke Low Yat. Mr F nak cari power supply Cooler Master di situ.

Pergi sana, hanya guna kapcai pinjam dari adik ipar :) Sonang celup sana, celup sini.

Mula-mula ingat jalan ssak, tapi pergi situ..fulamak! sonok..jalan dia bolehla dikatakan tak sesak seperti biasa...

Dalam Lowyat pun orang tak de la nak katakan sesak..Kenapa ye?Hehehe...

Cuma, ada satu benda penting nak utarakan kat sini...

Masa dalam perjalanan kami nak masuk Bukit Bintang, saya la sebagai pembonceng yang memang suka sangat tengok keadaan jalan sekeliling n karenah manusia, ter 'perasan' satu peristiwa yang bagi saya kalau berlaku di depan mata, confirm 'panik'

Saya perasan lepas je simpang KLCC, on da way nak pergi Jalan Bukit Bintang, ada satu taxi berhenti di tepi lorong n ada 3 orang polis di situ sambil vercakap menggunakan walkie talkie...

Saya perasan ada sorang wanita cina kalau tak salah di belakang tempat penumpang teksi tersebut. Tetapi yang saspen nya...Penumpang itu macam 'pengsan' atau something happen yang menyebabkan dia tak bergerak...Nampak dia mcm tak bergerak je, pejam mata...

Hmm, kenapa ye?
Anna Da Lady


Saturday, April 28, 2012

280412: Kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui @ Jepun

Sekarang, tengah menonton Majalah 3. Sangat meanrik isu minggu ini. Penjanaan tenaga diperbaharui di Jepun, seperti tenaga elektrik daripada sisa sampah, biomass, isirong kelapa sawit daripada Malaysia selain daripada tenaga nuklear.

Ada juga ditunjukkan Tokyo Motor Show yang menunjukkan kereta-kereta keluaran jepun yang menggunakan tenaga elektrik aka hybrid car. Kalau Mitsubishi, derang letak MieV.

Sememangnya, Jepun sebagai negara Timur yang sangat membangun dengan pesat dari segala segi.

Contohnya, Kawasaki city terkenal sebagai bandar lestari di sana. Pusat pelupusan sampah di situ sangat sistematik.

Bayangkan, untuk menguruskan sisa-sisa sampah tersebut menggunakan sistem automasi yang pelbagai.

Kalau diiuktkan dari apa yang ditonton, sisa-sisa tersebut aka dibahagikan kepada yang 'boleh dibakar' dan 'tidak boleh dibakar'. Then, baru yang boleh dibakar akan dibakar dalam satu tempat khas.

Yang paling menarik, wap pembakaran tadi akan di trasferkan ke 'pendandang' or aka boiler. Then, akan bertukar kepada tenaga elektrik :)

Sememangnya, Malaysia masih bertatih untuk ke arah tersebut dengan penubuhan pelbagai pusat kitar semula menggunakan konsep 3R.

Jepun pun mampu membangun sebegitu dalam hal pelupusan sampah setelah 16 tahun.

Dan yang paling mearik, lori sampah di sana, sangatlah bersih. bersih dan bersih. Sangat kagum tengok.

Kita bila lagi,
Anna Da Lady

Friday, April 27, 2012

270412: Susah juga nak mengarang

Sejak melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan pendidikan, writing a research paper and creating soalan exam, telah menjadi satu kerja yang wajib bagi saya.

Namun, sejak akhir-akhir ini, skill mengarang semakin merosot, terutama bila tulis paper. Need a major improvement. Itu kata my senior sebagai penasihat utama :)

Apapun, terima kasih, Bos atas kata-kata semangat itu. Harini after two days, saya resend semula paper yang perlu diperbetulkan untuk ditambah isi yang sepatutnya ada...Huhuhu...

Rasa macam masih ada yang kurang, tetapi saya tak suka 'peram' kerja lama-lama..biar orang lain komen dulu then, perbaiki lagi :)
Anna Da lady

Thursday, April 26, 2012

260412: Pilihanraya VS Cuti-cuti Malaysia

Sekarang ni, banyak ura-ura yang mengatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada bulan enam. Ada juga yang kata pada hujng bulan lima. Tapi, apapun semua ura-ura itu adalah sewaktu cuti sekolah. Jadi sambil cuti, sambil berpilihanraya :)

Terbaru, dalam blog-blog kata 9 Jun, which is bersamaan dengan hari Sabtu ye? Hmm..Musykil...musykil.
Sebab, saya dah lupa selalunya pilihanraya dibuat pada waktu hujung minggu ke waktu hari kerja ye? Tolong jawab...hehehe...

Apapun, tarikh pilihanraya sangat mempengaruhi cuti-cuti Malaysia group kerja saya. Kalau ikutkan kami satu kumpulan 'kena' pergi area Kelantan dari 1-4 Jun. Jika benarlah, 9 Jun, maka bolehlah diteruskan aktiviti ini.

Kita tunggu nanti,
Anna Da Lady

260412: Alhamdulillah

Kenyang masih terasa lagi after lunch hour tadi. Makan dengan kekawan.
Makanan 'Jepung' atas cadangan daripada colleague @Bangi.

Moga diberkati rezeki kami semua,
Anna Da Lady

Wednesday, April 25, 2012

250412: Pencarian aircond sudah tamat...

Sempena hari gaji 'sedunia' harini (haha..khusus untuk orang macam saya dan Mr F), maka kami berdua telah sekali lagi meronda kedai elektrik untuk mendapatkan apa yang dihajati sekian lama :)

AIRCOND!!!

Mula terasa kena beli sebab cuaca yang semakin panas sejak dua menjak ni. Tapi harini rasa sejuk plak :) Haish...Manatau nanti jadi panas mcm haritu agi..Kang, dua-dua tak boleh tidor...Baik, pergi cari aircond sebelum masa panas tu datang balik.

Maka, seperti biasa, kami pergi jelajah puchong, right after kedua-duanya sampai ke rumah, which is before Maghrib.

Mula-mula tengok kat 'Kots'. Sebab haritu ternampak catalogue promosi dia kata 2 aircond yang bagus, bleh dapat less than 3k. Tapi, bila pergi tengok, dia kata dah tamat promosi tu :( Keciwa jugak. Tapi dia kata yang tu jenis type biasa. Ok.

Maka, kami terus melihat brand aircond yang memang kami dok 'aim' selama ni. SAMSUNG 1hp siri asv10pspn. Di "Kots", reganya OKla. tapi, melebihi sikit apa yang kami pernah dapat masa di kedai "OK" bulan lepas masa kami tinjau first time.

Maka, lepas je tengok kat "Kots", kami terus terjah "OK". Mula-mula sampai, kami terus tuju di tempat aircond, dan minta salesman tu quotekan harga aircond plus installation.

"Harganya X, bang..."

Aik, X tu sama dengan apa yang "Kots" tawar...Maka, Mr F memulakan langkahnya.

"Haritu, Mr J cakap bleh dapat mcm ni. Cuba try tanya balik.."

Hahaha..gelabah kawan tu..dia p check balik...OK!

Hahaha..tu strateginya..walaupun hanya berbeza beberapa ringgit, tapi penting tau!!!

Maka, alhamdulillah, berjaya mengurangkan duit gaji dengan pembelian aircond ini :)
Lepas t, pergi Sengheng plak, saja tengok barang di situ. Reganya lebih kurang dengan "Kots" tetapi dapat rebat..Tolak semua tu, lebih kurang macam "OK" la...ala, biarla..yang penting misi berjaya!

InsyaAllah, Jumaat ni akan dipasang, moga lebih 'aman' selepas ni :)
Anna Da Lady

250412: HAlf...

Harini, half day untuk kali ke-3 kalau tak salah untuk bulan ini. Dan cuti sehari penuh hari Isnin ni :)

Syoknya cuti bila orang bekerja, terutama sebelah pagi. Sebab masih sejuk, udara nyaman je :)

Before keluar dari umah, keluar breakfast dengan Mr F dulu yang ada appointment dgn supplier@Puchong. Sepatutnya beliau kena jumpa pukul 10am, tapi 10am masih di kawasan rumah n 'melantak' breakfast di kedai mamak :) Oh, sonoknya.....

Lepas makan je, kami berdua berpisah. sorang arah selatan, sorang arah tenggara :)

Saya terus tuju ke Jusco Taman Equinne, sebab nak pergi kedai Mr DIY. Last time, saya ada nampak satu curtain yang jenis dipasang pada rod. Murah je and sesuai dengan tinggi sliding door saya :)

Buat masa sekarang, saya hanya pasang satu curtain je untuk layer hadapan. Layer belakang belum lagi, sebab belum jumpa yang sesuai. Saya nak cari yang nipis dan matching dengan color tema curtain di ruang tamu. Hijau, hitam, and maybe nak krim sebagai warna asas.

Tapi, yang ada di Mr DIY, hanya warna yang bukan di atas. WARNA HIJAU KOKO gitu. Kira Okla, cuma rasa kalau beli juga, tak memenuhi citarasa. Just tinggal di situ dulu. Jika rasa tak jumpa dalam masa terdekat ni, maybe boleh pergi ambik yang itu :)

Lepas tu, terus pergi area Presint 14, Putrajaya, setelkan bayar kereta and masuk Mydin (my fevret shopping 'complex'...) HEHEHE...Tengok di stu kot2 ada curtain yang sesuai..Ada, tapi tak cukup labuh. Kurang 10-15cm..Tak boleh..REJECT terus!!!

Misi mencari curtain bulan ini dan bulan hadapan,
Anna Da Lady


Tuesday, April 24, 2012

240412: Status sekarang

Happy + Bersemangat...




SEBAB!!!!

Esok, gaji nak masuk..tengok slip tadi..fuyoo...Alhamdulillah, ada kenaikan :)

Tapi, dah ada dalam kepala apa nak buat untuk dikeluarkan dengan apa yang masuk :)
Nak menyetelkan apa yang ter'tunggak' sebelum ni. Mostly pada kereta kesayanganku dan rumah kami dan juga pada keluarga tersayang kami.

Itulah orang kata, lagi banyak dapat, lagi banyak keluar..HAHAHA...'Gelak' mengatakan IYE!

Ok, sebab mood OK pagi ni sambil writing paper lagik, mari kita lihat benda2 berikut:

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?


Kak Ana, Yana, Acik, Kakcik, Acik Bong....
Semua tu dipanggil dalam keluarga


Ana...
Dipanggil oleh kawan sebelum sekolah menengah...


Kam...
Dipanggil oleh kawan semasa sekolah menengah, matrix, uni, kerja...Sebab konon nak nampak matured la :)


Sekarang, Mr F suh perkenalkan diri balik sebagai Ana, sebab nama tu nampak ladies sikit..hahaha :)


Ayam...
Ni Mr F panggil..hahaha..Nakal ye, awak...Sebab dia panggil saya Ayang..kalau nak nampak kelakar terbuang ng tambah m...JAdi saya pun serang balas panggil Abam pada dia :)



Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.



Taknak jawab. :)



Day 21- A picture of something that makes you happy.



My husband, parents and family. Tetapi lebih suka tengok gambar bebudak ini.










Cute sesangat,
Anna Da Lady






Monday, April 23, 2012

230412: Panas hingga ke pagi ini

Semalam, 220412, satu hari suntuk rasa 'bahangnya' cuaca...Akibat tiada hujan sepanjang hari...Ya, inilah dikatakan akhir zaman..Tapi, apapun kena ingat, lebih panas di 'sana' kan?

Seperti biasa, semalam lepak di rumah MIL@Ampang. Then, pukul 6 lebih baru bergerak balikr umah. Waktu tu, tengok temperature luar,

"Wah..masih 36deg..Panasnya..."

Malam tu, jenuh dok cakap kat Mr F..."Panasla..masuk bilik air banyak kali nak membasahkan muka dan tangan...Sejuk sikit rasa :)

Pastu, harini..datang ofis...

"Ha..takde aircond..."

Alamak, panas lagi..tapi, Alhamdulillah pukul 11lebih, dah ada udaraa sejuk dingin balik :)
Anna Da Lady

Saturday, April 21, 2012

210412: Masih di rumah KAMI

Ye, sampai sekarang, saya dan Mr F masih berada di depan komp. memasing. Sorang belah kanan, sorang belah kiri...

Mr F tengah khusyuk membaca artikel di tenet tentang gadget semasa, teknologi semasa, dan game semasa. Itulah salah satu senarai fevret Mr F.

Saya pula baru nak bersenang lenang membuka blog untuk ditaip entry selepas berhempas pulas mengemas rumah yang dah 'serabai' setelah diignorekan sejak sekian lama :)

Baru tadi je lelap sebentar melepaskan penat and baru je mengadap breakfast kami berdua yang cukup simple dan instant!

Supa cendawan Campbell (perisa Ayam Keju dengan Crouton) dan air Teacino Vanilla untuk Mr F dan air nescafe bersusu untuk saya...Baru rasa segar sikit...

Tadi...

Saya: Abang, bila kita nak keluar ni?
Mr F: Taknakla. Abang nak duduk rumah.


Saya: aik, selalu dia yang ajak kita keluar.
Mr F: penatla harini.

Ok..kita tunggu petang2 satgi confirm kena keluarnya :)
Mana pernah duduk umah satu hari suntuk :)

Anna Da Lady

Friday, April 20, 2012

200412: Quote D18- Plans/dreams/goals...

Nak meneruskan 30 hari dalam list spt tertera di sebelah sebelum ini...

Impian/Mimpi/Plan yang ingin direalisasikan:

1) Career-InsyaAllah, bersemangat nak sambung lagi satu step pengajian, tapi banyak liku yang perlu ditempuh sebelum ia menjadi nyata. Apapun, moga diberi kemudahan. Sekarang, dah nampak cahaya sikit-sikit :)

2) Jodoh-Alhamdulillah, kasih sayang saya bersama Mr F semakin hari semakin memekar :) Moga ia berkekalan dan diberkati Allah.

3) Aset-Alhamdulillah, kenderaan untuk bergerak dan tempat berteduh sudah ada. Cuma, tempat berteduh perlu dekorasikan ia menjadi lebih cantik dan mantop!!!!!. Dan motor kapcai perlu dicari, untuk kemudahan kami bergerak di tempat-tempat terdekat...Tapi, kekangan dari segi $$$, adalah penyebab agak slow 'bergerak' sekarang :)

Cuma, di sini nak kongsikan apa plan saya untuk rumah KAMI ini:

1) Garaj rumah

Keadaan semasa: Garaj ini sebenarnya dapat muatkan dua kereta dan sebijik motor. Tapi disebabkan 'ready made' tong sampah yang developer buat sampai makan space dan hanya sebelah sahaja ber'simen', maka hanya samaada satu kereta atau motor boleh masuk untuk dapat perking bawah bumbung. Boleh saja, dua-dua masuk. Kalau kereta saya nak parking dalam, saya kena tunggu Mr F parking depan dulu. Sebab kalau saya parking dulu, nanti motor Mr F tidak dapat tempat berteduh :)

Impian KAMI:
Dulu, 3 tahun yang lepas, Mr F ada tanyakan quotation untuk renovate garaj ni dengan spek spt di bawah:
- Buang tiang tengah,
- renovate bumbung garaj sampai ke depan dan biarkan ruang atas bersimen (manatau nak buat balkoni/tambah paras atas ke depan nanti)
- Simen cantik-cantik lantainya.
- Lebarkan gate.
Waktu tu, harganya lebih kurang RM20k. Taktaula sekarang berapa. Tapi, itu impian kami, bila ada rezeki nanti.

2) Dapur

Keadaan sekarang: Tiada kitchen cabinet. Lantainya sangat tak best. Developer just provide marble jenis yang memang TAK BEST. Kesat dan senang nampak kotor. Sinknya pun jenis tak elok.

Impian KAMI:
Nak luaskan kitchen ini. Tambah ke belakang sikit. Ada ruang untuk kami berbuat demikian.
Tinjau KC di IKEA untuk beri idea mcmn nak create the KC.
Apapun, KC tersebut tidak diperbuat daripada simen/alas nya tile/marble. Sebab Mr F komen, tak cantik. rosak alas kalau buat daripada tile ni.
Saya pernah kongsi KC impian dalam entry sebelum ni.

3) Bilik air

Keadaan sekarang: Entah apala nak jadi dengan pembuat rumah ni. Buat kerja memang TAK IKHLAS. Bayangkan, ketiga-tiga bilik air, kami kena tolak air ke ruang keluarnya. Kalau tak, ber'genang' air tu. Ye, lantainya tak rata n tinggi sikit daripada tempat keluar.

Impian KAMI:
- Kami kena pecahkan lantai tersebut semula. dan ganti dengan lantai yang baru. Hm, haritu tanya orang yang boleh buat, dia kata lebih kurang RM1k untuk satu bilik air.

Apapun, semua perlukan $$$ sekarang. Tapi saya pegang kata-kata ni:

Saya ambil daripada petikan daripada Prof. Dr Muhaya;

Financial freedom is such a buzz word now. It is something people are going for. Many are looking in direction of making more money. It has nothing to do with how much money we have or how much money we make. It is what we have inside us. Some people who make little can be happy and people who make tonnes of money are stressed. People who are contented with what they have do not have all the money in the world but they have financial freedom. MAny people who have lots of money but stressed.Financial freedom is an attitude to money not the amount. These are the attitudes for financial freedom 1. Do not worry about money, we say if I have more money I will not be worried. So choose not to worry- worry is a bad use of imagination. we begin to imagine a situation that may not happen. Decide to take action over finances. Imagine a life of abundance. 2. I can be happy regardless of my financial state. Do not make money be a condition for happiness. It is not the money that make you happy. It is the relationship with people and how we handle ourself that make us happy. 3. Money is a mean to an end not the end itself. Just set a goal how much money we give away to make a difference. Money is a tool to build a house, money is the means not the end. Have a purpose for spending money. If money is the end it will never be enough. 4. Say I am free- understand that we are free to earn. Do not feel guilty to earn money. 5. Say I am free to save. Leave money to people. 6. Say I am free to give money away. 7. I am free to spend. spend on ourself and others . be free to make choices. Earn all you can, save all you can and give all you can. when we have all three we are balanced and in financial freedom. Debt is the primary freedom killer. Chris Widener



Anna Da Lady

Thursday, April 19, 2012

190412: Bila baru 1 jam lebih berada di ofis, dah kena balik rumah...

Haiyak...tadi masa dekat ofis, baru tersedar wallet and kunci motor Mr F ada dalam handbag saya...

alamak..kena balik la ni...

Call Mr F...

"Abang...dompet abang ada kat ayang..ayang balik ni..30 minit lagi sampai..."

"Ok.."

Aik, tak de suara marah and seumpama dengannya plak..steady je :) hehe

Sampai2...tngok2 Mr F masih di tmpat perbarngan baca buku...takde pun sarung baju pejabat...

"aik..tak siap lagi?"

"Tak..satgi terus nak pergi PWTC.."

Ouh..alhamdulillah..hehe

Tapi, diri saya ni pulak terasa mcm nak demam..

Semalam dah amik half day sebab badan rasa lemah je...Balik rumah, terus tidur...Lega sikit...

Skang, rasa bdn panans2...tapi, tak pning lagi...

Takpe, chiaw dulu gi ofis balik,
Anna Da Lady

Tuesday, April 17, 2012

170412: Bila dah makin dikenali...

Baru tadi, terdengar satu wawancara di Buletin Utama dengan pemilik 'ST" tentang salah satu ubat slimnya yang dikatakan mempunyai bahan berbahaya...

Teringat tentang beberapa usahawan yang terkenal pernah menerima nasib yang serupa...Tapi, dalam keadaan yang berlainan..Pasal produk nya yang dikatakan 'was-was' samada halal atau tidak...

Tapi, apapun saya fikir semua ini dari sudut yang berbeza...

Ya..seperti kata pemilik ST dan pembekalnya, kemungkinan ini adalah salah satu sabotaj daripada pihak ke-3 yang tidak pasti siapa. Memang betul tu..kita kembali kepada hati manusia ini. Kalau si X tengok, si Y ni dah makin dikenali, maka mulalah si X nak 'pekena' something.

Tulah, saya selalu remind kepada diri saya dan keluarga, agar jaga diri ini dan ingat Allah. Segalanya mungkin berlaku kepada kita. Bila kita dah di atas, mesti ada yang di bawah nak jatuhkan kita. Ya, memang ini dah pernah berlaku dalam famili besar kami. Tapi, apapun yang berlaku, jangan sekali-kali lupa yang DI ATAS.

Janganlah berdendam, cuma doakan si pembuat terbuka hati untuk berubah,
Anna Da Lady

170412: Selesai beberapa benda

Baru rasa nak menarik nafas lega sikit, bila dah selesai hantar beberapa benda dan tanya benda penting kepada PIC:

1) Abstrak NVC kepada Dr MZN untuk dikomen
2) Chapter in book kepada Prof BMD untuk dikomen
3) Tesis seorang senior yang telah saya rabakkan...Aduhai..terpaksa diperbaiki sebelum diberi kepada pemegangnya :(
4) Call Bank-kena call balik 27/4. Hopefully, semua setel by that date.

Overall, rasa suka sebab dah siapkan benda2 ini yang berada dalam minda saya.

Cuma ada lagi satu benda yang tak habis2 dipikir2..pasal nak sambung study...hmm, moga diberi kemudahan untuk capai apa yang dihajati ini...buat masa sekarang, apa yang di dalam minda ni, adalah pilihan yang terbaik...

Anna Da Lady

Monday, April 16, 2012

160412: Dah bertambahla...

Sebelum ni rasa selesa je bila pakai baju bajan yang agak kecik :) Tak kecik mana pun..Tapi kategori kecik bagi saya la :)

Sampaila harini, bila pakai baju kebaya lama zaman tok nadok dulu, rasa...hmm..kenapa kain ni rasa ketat sikit

Risau tu tak lama..sebab sebelum ni pun perasan ada lebihan lemak liar biasa pada bahagian pinggang ku :)

Cuma, malam ni je rasa tergerak hati nak 'gunakan' satu benda yang memuktamadkan apa yang difikirkan.

Penimbang!!!

Ala.....Dah bertambahla beratku..Patut pun rasa semacam je..

Maka, mulai hari ni, saya telah mewartakan pada Mr F...

"No more dinner mulai hari esok dan seterusnya..."

Anna Da Lady

Saturday, April 14, 2012

140412: ...

Alhamdulillah, dengan rasminya hari ini saya telah bertambah satu angka lagi pada pukul 2 petang tadi :)

Tapi, kalau nak ikutkan, bila umur dah sebegini, setiap kali Tahun Baru je, mesti dah bertambah angka siap-siap. Lainlah kalau bebudak kan? Hehehe...Tapi, biasalah, nak jugak rasa muda...Jadi angka setiap kali Tahun Baru, adalah dipanggil secara umur tak rasmi :)

Jadi, mai kita godek apa yang berlaku dari masa pagi tadi hingga sekarang pukul 6pm.

Pagi-pagi lepas Subuh, 'terajin' masak breakfast berat untuk Mr F. Masak nasi putih, makan dengan ayam goreng kunyit plus sos tiram dengan sup cendawan...

Buat pun 'bersebab', Mr F kena bekerja di luar nanti, Lebih kurang dari tengahari sampai malam. Ntah pukul berapa..Ni pun saya masih di rumah Akak @ Bangi.

Pastu, dalam pukul 9.30am, bergerak keluar sama2, Mr F menghala ke ofisnya di S.A, saya ke Bangi, jemput Akak di sana...

Sampai je di Bangi, masuk ke dalam rumah jap, main ngan Boyz, then, bergerak terus ke Hentian Duta. Temankan Akak pergi jumpa Mak Wa aka mak mertua Akak. Beliau dah nak pulang ke kampong after 3 weeks di KL, bergilir2 dok umah ketiga-tiga anak beliau :)

Pastu, terus ke rumah Angah @ S.A..TTDI..Angah masak spesel harini. Nasi ayam..Marvellous :)

Sambil, makan dengan daging arnab goreng yang dibuat oleh Akak.

Sos nasi ayam, akak yang buatkan...Sebab Angah kata dia tak pandai buat mcm Akak..haha..Saya hanya jadi pemotong ulam-ulaman je..Sebab serahkan benda yang remeh temeh tu pada yang pakar..Alasan je tu...Hahahaha....

Lepak di situ sampai pukul 2...Sampaila tetiba...

Mr F: Ayang..Abang masih di ofis lagi ni.
Saya: Aik, kata kena gerak ke PWTC pukul 1.30pm?

Mr F: Ntah..Tetiba kata pukul 3 atau 4 satgi...
Saya: HA, mailah umah Angah dulu..makan nasi ayam...

Mr F: Ayang hantar sini boleh? Abang banyak keje la nak buat.
Saya: Ok...

Maka, alang-alang, dah keluar tu, Akak pun kata...

"Jomla kita keluar sekali.."

Maka, gerakla ke ofis Mr F after solat dan membungkus apa yang patut.

Then, after teman jap dia makan, terus balik ke Bangi..Tidor sebelum Asar...

Ouh sedapnya, tapi badan rasa 'berlemoih' sikit..sebab dok pakai baju yang sama dari pagi..Hehe...

Skang, dok menunggu2 panggilan daripada Mr F bila dia nak bergerak pulang dari PWTC,
Anna Da Lady

Friday, April 13, 2012

130412: Bila dah ambil ubat

Sekarang ni, ubat gatal sudah disapu pada bahagian2 yang berupa pelik :)

rasa pelik pulak..dah lama tak kena benda 2 gatal camni...Last sekali rasanya, masa zaman sekolah rendah...

zaman tu, memang teruk sakit kulit saya...:)

masalhnya, saya ni bukan jenis main kotor2 ni...

ntahla..maybe alregik kot pada seafood...tapi, zamn tu, satu badan kena sapu ubat warna biru..meamng pedih sikit...sapu before pergi sekolah...

Saya rasa this time pun kena sebab benda yg sama kot....ada masa kena stop sat mkn seafood...

Anna Da Lady

Thursday, April 12, 2012

120412: Kegatalan dari segala segi!!!

Cantik kan nombor tu? 120412? hehe...Jadi saya pun menggatal untuk menaip satu entry pada hari ni walaupun kerja menimbun dok atas meja :)

Tapi, harini rasa mood 'hepi'...Moga ia berkekalan selamanya :) No more episod sedih ye...

Tapi, di samping kegatalan tangan ni menaip, rasa kegatalan jugak pada badan...
Mr F kata, ni kena check ni..Mana tau, kot2 jadi kudis... :(

Tapi, ye lah kot...

Sejk dua menjak ni, rasa kulit ni sensitif sikit..Garu satgi, keluarla bintik2 merah...

Harus ke klinik bila masa mengizinkan...

Masalhnya, saya sangat tak suka pergi klinik dan seumpama dengannya,
Anna Da Lady

Wednesday, April 11, 2012

110412: Sehari bercuti...

Gempar ketika ini berikutan gempa yyang melanda pekan Acheh dalam 8 lebih Skala Rttcher sehingga menggegarkan Malaysia jugak...

Saya dapat tahu pun sebab bila selak FB sebaik sahaja kembali kami berdua daripada bersiar-siar di luar...Terkejut kejap!!!

Ok...Mari kita selak apa yang kita buat harini...

Dalam pukul 10 lebih, breakfast di rumah sambil mengadap TV menonton pertabalan Agong..5 Tahun sekali kot... :)

Menu breakfast harini: Milo dan oat plus sup cendawan crouton untuk Mr F dan saya pulak, Tea susu dan oat plus sup cendawan liar :)...

Dalam pukul 11 lebih, bergerak terus ke Damansara...Mutiara Damansara, to be exact...

As usual, kesesakan jalan raya bila menghala ke tempat ini...Fuh, ponet jugak :)

Tapi, apapun seronok, sebab dapt cuci mata masuk Ikea, masuk The Curve, masuk e-Curve dan last sekali masuk Tesco :)

Sampai rumah, after je solat asar, Mr F memulakan tugas rasminya bila rajin; basuh, polish, wax kereta dan motor kesayangan :)

Saya pulak, dengan tebas rumupt2 yang dah panjang di laman belakang...Bubuh baja pada pokok2 bunga...

N then masak serba sedikit...Menu untuk malam ni ialah sotong gorng tepung, bendi goreng dengan udang kering, kepala sotong masak kicap :)

Sekarang, kedua-dua perut kami telah diisi, maka kami menyambung tugas masing2...

Mr F dengan tugasnya menghabiskan sesi polish and wax...

Saya dengan meng 'iron' baju sambil menonton TV

Anna Da Lady

Saturday, April 7, 2012

070412: Gara-gara nak menghabiskan stok ayam kisar

Semalam, 060412, pergi ke supermarket mencari bahan untuk masak dinner.

Rasa nak masak western food tapi ala2 rasa Melayu :)

Maka, terjadilah spagetti bersama ayam kisar dengan sos tomato Prego.

Untuk Mr F tanpa cabai...Tapi untuk saya yang tekak Melayu dan mesti pedas, potong cili padi :)

Harini, 070412...

Lepas je breakfast, terus lajak pergi window shopping...Kat furniture store & Electric...Saja jamu mata :)

Pastu, lunch at Restoran Jaring, SJ...

Ni kali ke 2 saya jejak kaki di sini..Suka tempat ni sebab banyak pilihan lauk..Harga? Okla :)

Pastu, lajak pulak ke Bandar Putra Permai..Jamu mata tengok bed frame n mattress...Ada satu kedai ni, sangat bagus dia punya explanation...Banyak benda dia kongsi dengan kitaorang :)

Balik rumah, nak dekat pukul 6..Lepas je solat, terus masuk dapur, bersilat dengan periuk belanga...

Ramuan penting untuk makanan malam ialah
1) Macaroni
2) Ayam kisar lebihan semalam :)
3) Lada hitam

Siap...Macaroni goreng dengan telur n ayam kisar,
Anna Da Lady

Wednesday, April 4, 2012

040412: Apabila terjadi sesuatu di dalam pesawat...

Semalam di TV AlHijrah, ada sesuatu yang menarik di tontonkan...

Situasinya di mana, apabila kita berada dalam pesawat dan pesawat itu dirampas oleh pihak tertentu...

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengelak samada kita menjadi mangsa tebusan ATAU mengelak pesawat kita jatuh terhempas?

1) Apapun yang berlaku kita kena TENANG...Mungkin agak susah untuk lakukan kemudian, but INGAT...Tenang adalah kunci penyelesaian!

2) Selalunya pihak perampas akan menyuruh semua penumpang berada dalam satu kelompok...Dan ini bagus untuk kita sebagai mangsa...Atur strategi dengan kawan terdekat dengan menggunakan isyarat tangan yang mudah TANPA dilihat oleh perampas.

3) Gunakan apa-apa barang di depan anda sebagai senjata samada pakaian anda, jaket anda, pen anda, buku anda, bantal busuk anda!!!...

4) Lindungi diri anda sama ada dengan membalut tangan dengan jaket, memasukkan benda2 tebal dalam baju.

5) Gunakan handset (Alarm) dan set kan dalam 3 minute lagi berbunyi dan campak nya sejauh 3-5 kerusi hadapan dari kedudukan anda...

6) Bila jam berbunyi, maka selalunya pihak perampas akan melihat ke arah bunyi tersebut dan akan tunduk untuk mengambilnya..di sinilah titik permulaannya...

7) Dengan membuat suatu bunyi semangat yang kuat, mulakan langkah anda dengan berani tanpa menyerah kalah!

8) Kemudian ikat perampas tadi dengan kemas menggunakan apa yang ada (kabel, etc.)..Namun, pastikan perampas itu berada dalam keadaan melutut atau terbaring...Jangan sekali2 bagi dia berdiri...Jika beliau melawan, gunakan tangan anda dan letak bawah hidung dan naikkan ia...seperti dongakkan kepala.

Now, tiba masa untuk melihat si pilot bagaimana keadaannya...Selalunya access door ke pilot menggunakan satu jenis material "Kevlar" dan sangat kuat...Hanya barang yang sangat berat dna kuat boleh menolak pintu tersebut. Jadi mohon kerjasama mencari barang berkenaan dan letak atas kereta sorong...

Now, TOLAK! TOLAK! TOLAK! dan terbuka...

Jika pilot  masih OK, bagusla...Tapi jika pilot sudah diapa-apakan pihak perampas, maka sesuatu perlu dirancang sebelum masuk dalam kawasan pilot tadi.

1) Tanya sesiapa ahli dalam pesawat yang boleh control pesawat..Jika tiada, pilih sesiapa yang TENANG.

2) Bila dah pecah masuk, tumpaskan perampas dengan cepat..dan orang yang dilantik menjadi pilot, terus mendial 121.5 (kalau tak salah), iaitu frequency untuk berhubung dengan Unit kecemasan..Kenalkan diri anda, nombor pesawat dan siapa anda...

3) Dengar arahan seterusnya daripada unit terbabit...

Fuh..sangat menarik cerita ni...Mula2 mengantuk...Tapi lastly, tengok jugak...

Pastu harini terbaca satu artikel pasal......

Isteri selamat mendarat pesawat bila suami mati

Nak ucapkan selamat hari lahir kepada kawan baikku, Wani,
Anna Da Ladt

Sunday, April 1, 2012

010412: Sehari di rumah KAMI

Selalunya setiap ahad, jika berada di sekitar KL dan tak outstation, mesti pergi ke rumah MIL di Ampang dan hadir ceramah Haji...

But today, sangat berbeza, disebabkan hal ini...

Mr F: Hmm, ni nak kena pergi basuh kereta ni...
Saya: Aala..comotnya dibuat tahi burung semalam ni...Malulah bawa kereta comot camni...

Maka, pergila..dibawa kereta itu ke car wash...Penuh jugak setiap tempat cuci kereta tu...
Untuk makluman, kat area taman perumahan kami, memang sangat banyak pusat cuci kereta...

After 5-10 minutes pusing melihat 'vacancy' kereta, maka akhirnya berjumpa dengan pusat cuci kereta 'sun' :)

Lepas car wash plus vacuum, maka si pencuci mencadangkan...

Pencuci: Abang, ni daki tak boleh keluar la..Kena polish atau wax ni...
Mr F: Berapa lama ye?

Pencuci: Satu jam..
Mr F: Hmm, takpe la kot sebab ni dah nak dekat zuhur...

Pencuci: Ok...

Maka, selepas semua selesai dan solat zuhur di surau Taman, maka...

Mr F: Ayang...Abang takde semangat la nak pergi dengar ceramah tu..Mood nak basuh and kilatkan kereta dah datang!!!!!
Saya: Ikut Abangla...Nnati kita minta Mama update apa yang diceritakan...

Akhirnya, hampir satu hari Mr F 'bermain' dengan air, sabun, clay...
Dan saya pulak bermain dengan pokok 'munga' yang tak seberapa itu, penggunting pokok and rumput lalng...

last-last bila semua selesai, ada sorang Mamat India datang...

Mamat itu: Abang, nak tar tak depan ni?
Mr F: Berapa?

Mamat itu: Lebih kurang RM250..
Mr F: Kurangla lagi..Rm200...

Mamat itu: Okla...

Maka, akhirnya bertar jugak di depan tu...moga2 Cik Kucing tak lagi membuang 'shit' nya di situ :)
Anna Da Lady

Tidak perlu bawa kompas lagi...

Sekarang ni, di tempat kerja saya, ada isu pasal arah kiblat, di mana ada yang menyuarakan kiblat sekarang berlainan dengan apa yang ditunjukkan dalam kompas...

Maka pelbagai cara di hujahkan menentukan arah yang betul, sebelum Pejabat Mufti memberikan jawapan nya...

Ada yang mengutarakan kaedah lama-lama dulu
1) Dengan melihat kedudukan tiga bintang di langit

Ada yang meminta menggunakan khidmat 'pak internet' dengan
1) buat garisan perpendicular dengan kiblat masjid dengan surau di tempat kerja melalui gambar dari Google Maps
2) And paling menarik, hanya perlu tengok di sini... http://www.al-habib.info/qibla-pointer/

Saya sudah check dengan arah kiblat menggunakan khidmat Qibla Pointer dengan yang di rumah..Alhamdulillah, betul...

Tryla,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails